Showing posts with label Dongcheng. Show all posts
Showing posts with label Dongcheng. Show all posts

Thursday, 27 August 2026

Dong Cheng DMY02-185 circular saw repair

Gergaji elektrik berjenama Dong Cheng, model DMY02-185 ini telah lama ditinggalkan oleh pemilik kepada saya beberapa tahun yang lalu.

Dong Cheng DMY02-185 circular saw...

Menurut pemilik, kali terakhir digunakan ianya berasap sebelum gagal berfungsi. 

Model: DMY02-185

Setelah dibuka serta diperiksa, kerosakkannya ialah pada motor seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Stator & armature terbakar...

Kedua-dua stator dan armature pada motor terbakar akibat panas melampau.

Gambar di bawah ialah alat ganti yang baru saya beli dan kesemuanya tulen dari kilang Dong Cheng, China.

Alat ganti baru...

Gambar berikut menunjukkan perbezaan stator yang rosak dengan yang baru.

Gantikan stator baru...

Gergaji elektrik ini berjaya diselamatkan setelah kesemua komponen yang rosak telah diganti iaitu:-

  1. Armature 
  2. Stator 
  3. Carbon brush 

Gambar tangkap layar di bawah ialah kos alat ganti yang saya beli melalui atas talian, LAZADA.

Jumlah kos - RM109.69

Apa kata anda, adakah ianya berbaloi dibaiki atau lebih berbaloi lagi jika beli gergaji elektrik yang baru?

Renung-renungkan... 

Wednesday, 15 January 2020

Dongcheng DSM10-100 angle grinder repair

Grinder ini pernah saya baiki dahulu dan anda boleh membacanya di sini.
Wayar putus..
Hari ini ianya dirujuk kepada saya dan masalahnya ialah langsung tidak berfungsi apabila arus elektrik dibekalkan.
Buka wayar...
Pemeriksaan pada wayar mendapati wayar penyambungnya putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Potong bahagian yang putus..
Oleh kerana bahagian yang putus adalah pada hujung wayar maka cara membaikinya ialah potong dan buang bahagian wayar yang putus dan sambung kembali kepada grinder tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Sambung kembali ke grinder...
Jika wayar yang putus itu berada pada bahagian tengah, anda boleh memilih untuk menukar wayar yang baru atau menyambung kembali bahagian yang putus.
Tested - ok

9.52mΩ
Selamat mencuba...

Saturday, 28 December 2019

Dongcheng DSM10-100 angle grinder repair

Kali ini saya dirujuk sebuah grinder berjenama Dongcheng, Model: DSM10-100 dengan masalah tidak berpusing apabila arus elektrik dibekalkan.
Jenama: Dongcheng
Ketika saya menguji, ianya sah tidak berpusing namun setelah saya ketuk grinder tersebut, ianya masih boleh berpusing semula.
Model: DSM10-100
Jika grinder anda mengalami masalah sedemikian iaitu boleh berpusing setelah diketuk, masalahnya ialah pada carbon brush yang telah/hampir habis dan harus ditukar.
Buka penutup pada pemegangnya...
Setelah penutupnya dibuka, anda boleh melihat keadaan bagaimana carbon brush yang telah habis dan harus digantikan dengan yang baru.
Carbon brush tidak bersentuh...
Ketika membeli carbon brush yang baru, pastikan saiz adalah sama dan saiz carbon brush yang saya perlukan bersaiz 10mm x 6mm.
Keluarkan carbon brush...
Jika anda tidak dapat membeli saiz yang 100% sama, anda boleh membeli yang besar sedikit dan apa yang anda perlu lakukan ialah asah carbon brush tersebut dengan kertas pasir sehingga  saiz yang sama diperolehi.
Gantikan carbon brush yang baru...
Setelah carbon brush tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, ianya kembali berfungsi seperti biasa tanpa perlu diketuk lagi.
Tested - ok
Selamat mencuba...