Showing posts with label Logitech. Show all posts
Showing posts with label Logitech. Show all posts

Wednesday, 28 September 2022

Logitech M100r corded mouse repair

Semalam saya dirujuk sebuah tetikus (mouse) berjenama Logitech, model: M100r seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Logitech M100r

Pemilik memberitahu saya ianya gagal berfungsi dan meminta untuk diperiksa serta dibaiki.

Model: M100r

Ketika saya mengujinya, saya dapati lampu merah di bawah tetikus tidak menyala. Setelah dibuka dan diperiksa, tiada bacaan voltan 5v pada wayar berwarna merah & hitam pada papan litar tetikus.

kabel rosak...

Berdasarkan pengalaman serta logik, saya syak kabel putus di bahagian yang saya tandakan pada gambar di atas

Potong bahagian yang rosak...

Sebagai percubaan, saya potong bahagian yang disyaki putus dan sambung semula ke penyambung asalnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Setelah disambung kembali...

Masalah selesai dan tetikus boleh digunakan semula setelah bahagian wayar yang disyaki putus dipotong serta disambung kembali.

Siap...

Tetikus digital seperti ini tidak mudah rosak dan kerosakkan seperti di atas jarang berlaku. Tetikus tanpa wayar (wireless mouse) adalah pengubat kepada masalah di atas.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Friday, 25 June 2021

Logitech ULTIMATE EARS WONDERBOOM 2 bluetooth speaker repair

Semalam saya dirujuk sebuah speaker bluetooth buatan Logitech model: ultimate ears wonderboom 2 dengan masalah tidak mengecas apabila di sambungkan cabel USB.

ULTIMATES EARS WONDERBOOM 2

Sebelum dibuka, saya sempat mengujinya dan apabila butang 'power' ditekan, lampu merah berkelip-kelip beberapa kali dan padam.

soket untuk sambungan kabel usb...

Saya syak masalahnya pada soket penyambung kabel usb yang rosak dan tidak mengalirkan arus elektrik masuk kepada papan litarnya.

Buka penutup atas...

Untuk mengeluarkan serta memeriksa soket penyambung tersebut, kita perlu buka keseluruhan bluetooth sepeaker tersebut sebab ianya terletak pada bahagian bawah sekali.

Keluarkan penutup tepi...

Gambar-gambar di atas dan berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan sehingga soket usb tersebut berjaya dikeluarkan untuk diperiksa.

Buka 4 biji skru pada penutup atas...

Setelah penutup atas dibuka, benda pertama yang saya periksa ialah voltan baterinya dan saya dapat 3.14v sahaja.

Tanggalkan wayar...

Bateri yang digunakan ialah 3.7v dan bacaan 3.14v di atas memberitahu saya ianya memang tidak mengecas.

Kelarkan speaker & bateri...

Selain periksa voltan bateri, saya juga sambungkan kabel usb dan pemeriksaan pada kabel penyambung ke papan litar atas juga tidak menemui sebarang bacaan 5v.

Buka kesemua skru penutup bawah dari dalam...

Gambar di bawah menunjukkan penutup terakhir yang perlu dibuka untuk mengeluarkan soket usb di bawahnya.

Keluarkan soket pengecas...

Pemeriksaan awal setelah kabel usb disambungkan ke soket juga tidak menemui sebarang bacaan 5v pada pin pertama dan ke-5.

Sambungan soket ke papan litar tidak elok...

Pemeriksaan keterusan (continuity) mendapati sambungan pin soket tidak elok dan apa yang saya lakulan ialah pateri semula kelima-lima pin tersebut.

sambung bateri, speaker & soket pengecas untuk diuji...

Percaya atau tidak, setelah siap dipateri, saya periksa voltan semula pada pin 1 dan pin 5 dan mendapat bacaan 5v. Lampu putih juga menyala apabila saya sambungkannya ke papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pasang kembali semua yang telah dileraikan...

Gambar di atas menunjukkan semua yang telah saya leraikan sebelumnya dan perlu di pasang kembali semula.


Klip video di atas saya ambil setelah siap dipateri serta diuji. Klip video di bawah pula saya ambil setelah siap dipasang kembali dan diuji.

Selamat mencuba...

Friday, 18 December 2020

Logitech M185 wireless mouse repair

Tetikus (mouse) ini saya beli ketika membeli komputer riba acer aspire 4530 pada tahun 2009 dan telah 11 tahun berkhidmat bersama saya.

Logitech M185

Pagi semalam saya dapati butang klik sebelah kiri tidak berfungsi apabila ditekan walaupun bunyi 'tik' kedengaran. Butang klik sebelah kanan serta 'roller' masih elok bila saya uji dan ini bermaksud ianya bukan masalah bateri.

Bahagian bawah tetikus...

Tetikus ini mudah dibuka dan cuma perlu membuka sebiji skru pada bahagian dalam di mana baterinya di simpan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sebiji skru sahaja perlu dibuka...

Gambar di bawah menunjukkan tetikus telah saya buka dan tiada kerosakkan yang boleh dilihat dengan pandangan mata kasar.

Setelah tetikus dibuka...

Apabila saya uji suis klik sebelah kiri dengan multimeter dan ditekan dengan jari, ianya ada 'continuity'. Saya pasang kembali bateri dan diuji dengan menekan terus pada suis tersebut dan ianya boleh berfungsi.

Suis klik sebelah kiri masih elok...

Namun apabila dipasang kembali penutup merah atasnya dan menekan butang sebelah kirinya, ianya tetap tidak berfungsi. Jadi masalahnya ialah pada butang sebelah kiri itu sendiri.

Butang klik sebelah kiri haus...

Apabila dibelek dengan teliti pada butang sebelah kirinya, saya dapati bahagian tengahnya telah haus dan seterusnya menyebabkan suis tidak ditekan dengan habis serta tiada 'continuity'. 

Apa yang saya lakukan ialah kikis bahagian yang tinggi di sebelah kiri dan kanan butang tersebut sehingga kesemuanya sama rata seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tested -ok

Setelah berpuas hati yang butang klik sebelah kiri telah rata saya kikis, saya pasang kembali tetikus dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh berfungsi semula bila ditekan. Rasanya ia masih boleh berfungsi 10 tahun lagi selepas ini.

Masalah tetikus ini hampir serupa dengan suis komputer riba yang pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Selamat mencuba...