Showing posts with label Subwoofer. Show all posts
Showing posts with label Subwoofer. Show all posts

Thursday, 28 March 2024

NT-468SW 8 inch 3 voice coil subwoofer repair

Awal tahun ini saya telah dirujuk sebuah subwoofer berjenama NT POWER, model NT-468SW dan cuma dimaklumkan ianya bisu.

NT POWER subwoofer

Sebelum ini saya pernah dirujuk subwoofer serupa namun jenama berbeza dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Model: NT-468SW

Sewaktu saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan namun senyap seribu bahasa atau sunyi sepi.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, benda pertama yang menarik perhatian saya ialah speakernya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Ini adalah kali pertama saya jumpa speaker dengan '3 voice coil'.

3 voice coil speaker...

Pemeriksaan awal pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak dengan menggunakan multimeter.

Bekalan ke pin 'mute' IC TDA7851...

Seterusnya saya putuskan bekalan ke pin MUTE dengan menanggalkan perintang R52 dan ianya juga tetap gagal menghasilkan sebarang output ke speaker.

Keluarkan IC TDA7851 yang rosak...

Memandangkan tiada komponen yang rosak ditemui, saya syak 'audio IC' rosak. Audio IC yang digunakan ialah TDA7851. 

Saya yakin IC tersebut rosak sebab ianya tidak panas sewaktu mengujinya selepas dibekalkan arus elektrik.

TDA7851

Masalah bisu pada subwoofer ini selesai setelah dengan hanya menggantikan IC TDA7851 sahaja.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam setelah menggantikan 'audio IC' dan untuk pengetahuan semua, bunyi bass terhasil adalah jauh lebih bertenaga berbanding subwoofer serupa dirujuk sebelum ini.

Selamat berDIY...

Friday, 28 July 2023

Audiobahn AB-10AWDsubwoofer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah subwoofer berjenama Audiobahn, model AB-10AWD dengan masalah boleh dihidupkan namun tiada suara.

Audiobahn AB-10AWD

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk woofer yang hampir serupa seperti ini namun jenama yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.

Model: AB-10AWD

Setelah dibuka, pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar tidak menemui sebarang kerosakkan.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan berakhir setelah mendapati bahawa salah satu sambungan ke speaker telah tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

sambungan speaker tanggal...

Masalah selesai dan subwoofer ini kembali berfungsi semula hanya dengan menyambung kembali sambungan yang tanggal di atas.

Selamat berDIY...

Wednesday, 17 May 2023

DB DRIVE DBS10A subwoofer rosak

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah subwoofer berjenama DB DRIVE, model DBS10A dengan masalah boleh dihidupkan namun gagal menghasilkan suara.

Jenama: DB DRIVE

Subwoofer seperti ini direka khas untuk kegunaan di dalam kereta yang tiada ruang untuk menyimpan woofer yang besar seperti kereta hilux.

Model: DBS10A

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya telah uji dan ianya boleh dihidupkan namun bisu. Lampu indikator merah menyala sewaktu dihidupkan dan bertukar ke warna hijau selepas itu. Ini memberitahu kita bahawa tiada kerosakkan pada papan litar.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan seterusnya pada speaker mendapati tiada keterusan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Speaker rosak...

Bacaan keterusan untuk speaker seperti ini ialah 2Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Speaker elok - 2Ω

Kerosakkan seperti ini boleh dibaiki dengan menggantikan speaker yang baharu atau mungkin baiki speaker yang rosak. Sebelum ini saya pernah kongsikan cara-cara membaiki speaker yang rosak di sini.

Keterangan lanjut cara-cara mengenalpasti kerosakkan speaker boleh ditonton pada klip video di atas.


Selamat berDIY...

Tuesday, 1 March 2022

JBL Venue SUB12/230 repair

Hari ini saya dirujuk sebuah subwoofer berjenama JBL model SUB12/230 dengan masalah lampu merah menyala dan tidak bertukar kepada warna hijau apabila dibekalkan arus elektrik.

JBL Venue SUB12/230

Pemilik hanya memberitahu saya ianya tidak berfungsi dan tidak mengeluarkan suara/bunyi langsung.

model: SUB12/230

Gambar di bawah menunjukkan papan litarnya setelah saya buka dan semuanya kelihatan elok serta bersih dengan pandangan mata kasar.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan seterusnya pada bahagian bawah papan litar mendapati sebiji kapasitor bipolar kembung serta meletup seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Sebiji kapasitor kembung & meletup...

Selain kembung serta meletup, salah satu terminalnya juga telah tertanggal dari papan litar. Saya juga tidak pasti kenapa kapasitor tersebut dipasang di bawah papan litar.

Salah satu terminal telah tanggal (6.8uF, 100v)

Label pada papan litar untuk kapasitor tersebut ialah C72 dengan nilai 6.8uF, 100v dan ianya adalah kapasitor bipolar.

Kapasitor baharu 6.8uF, 100v

Setelah kapasitor tersebut saya gantikan serta diuji, subwoofer tersebut masih gagal berfungsi dan lampu merah tidak bertukar ke warna hijau.

Gantikan kapasitor baharu...

Pemeriksaan seterusnya mendapati kesemua kapasitor yang bersaiz kecil rosak dan perlu di ganti.

Kapasitor lain turut rosak...

Kesemua kapasitor yang rosak ialah:-

  • sebiji 6.8uF, 100v (bipolar)
  • sebiji 0.1uF, 50v
  • sebiji 1uF, 50v
  • 6 biji 22uF, 25v
  • sebiji 100uF, 25v
  • 2 biji 47uF, 16v
  • sebiji 4.7uF, 50v
  • sebiji 10uF, 25v
  • sebiji 33uF, 25v
Semua kapasitor yang rosak...

Subwoofer ini berjaya diselamatkan setelah kesemua kapasitor yang ditemui rosak di atas telah saya gantikan dan kembali berfungsi semula.

Testing - lampu hijau menyala...

Ini merupakan pengalaman pertama saya membaiki subwoofer dengan masalah hampir kesemua kapasitor rosak dan biasanya prosses 'recapped' ini hanya diperlukan untuk amplifier yang telah berusia puluhan tahun.

Tested - ok

Saya juga dapati lampu hijau akan bertukar ke warna merah jika tiada isyarat (signal) kepada bahagian input (line level in). Saya juga dapati haba dari 'heatsink' sangat panas ketika digunakan dan kemungkinan besar ianya adalah punca kerosakkan pada kesemua kapasitor kecilnya.

Selamat mencuba...

Wednesday, 15 December 2021

APX 218S subwoofer repair

Baru-baru ini saya dirujuk dua biji subwoofer model APX 218S dengan masalah gagal menghasilkan bunyi apabila disambung kepada amplifier.

APX 218S subwoofer

Pemeriksaan awal pada bahagian penyambung kabel di belakang subwoofer mendapati tiada keterusan dan mungkin disebabkan coil speaker telah rosak atau juga mungkin ada pendawaiaan yang tertanggal.

Model: APX 218S

Pemeriksaan awal setelah bahagian penyambung belakang dibuka mendapati tiada masalah pendawaiaan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penyambung belakang dibuka...

Subwoofer ini dilengkapi dengan dua biji woofer 18 inci yang disambung secara selari seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup hadapan dibuka...

Setelah woofer dibuka, jelas kelihatan kabel berwarna merah telah tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Wayar merah putus...

Untuk pengetahuan semua, kabel berwarna merah tersebut telah rapuh dan putus apabila dibengkokkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah wayar merah rapuh adalah disebabkan kualiti tembaga yang digunakan meragukan. Gambar di bawah menunjukkan keadaan wayar setelah penyalutnya saya belah.

Mungkin tembaga dicampur dengan aluminium...

Pemeriksaan pada woofer masih elok dan bacaan rintangannya ialah 8Ω. Kedua-dua speaker disambung selari dan ianya memerlukan amplifier 4Ω.

rating speaker - 8Ω

Subwoofer ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kabel berwarna merah yang telah rapuh saya gantikan dengan yang baharu.


Selamat mencuba...

Tuesday, 5 March 2019

DEBEZT Car Audio Subwoofer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki subwoofer kereta berjenama DEBEZT. Subwoofer ini boleh dihidupkan namun hanya mengeluarkan sedikit sahaja bunyi bass walaupun 'volume' & 'treble' telah dilaras maksima.
DEBEZT Car Audio Subwoofer
Seteleh dibuka dan di periksa papan litar utama, komponen yang rosak ialah seperti berikut:-
  1. 2 biji peringtang 681Ohm, 1W (Biru, Kelabu, Choklat)
  2. 2 biji 12V zener diod, 1W
Papan Litar Utama

Beginilah rupa perintang 681ohm yang telah hangus.
Perintang yang baru
Pada mulanya saya hanya menukar 2 biji perintang sahaja dan setelah diuji, ianya masih mengeluarkan sedikit bunyi bass sahaja seperti sebelumnya. Bunyi bass kedengaran adalah seperti kekurangan bekalan eletrik.

Apabila diukur output pada zener diod juga menunjukkan 12V dan tiada tanda-tanda kerosakan zener diod bila diukur dengan multimeter.

Namun tiada komponen lain yang didapati rosak dan saya terpaksa mencuba untuk menukar sahaja zener diod 12V, 1W tersebut kerana ianya berhampiran dengan perintang yang hangus. Setelah diganti zener diod barulah subwoofer tersebut mengeluarkan bunyi bass yang sepatutnya.
Tested - OK
Selamat mencuba...