Showing posts with label PRU15. Show all posts
Showing posts with label PRU15. Show all posts

Sunday, 6 November 2022

Undi siapa PRU15?

Semalam (05/11/2022) telah berlangsungnya hari penamaan calon dan semua calon yang bakal bertanding telah diketahui untuk dipilih.

Jumlah calon PRU15

Persoalan sekarang ialah siapa yang harus di pilih? Ada yang kata pilih calon berdasarkan parti, ada yang kata pilih calon yang berkelayakan berdasarkan akedemik atau merit tanpa mengira parti dan sebagainya.

Bagi negeri-negeri yang tidak membubarkan dewan undangan negeri (DUN), pengundi hanya perlu memilih ahli parlimen (MP) dan mereka ini adalah kalangan yang akan atau bakal dipilih menjadi menteri jika berjaya membentuk kerajaan.

Berikut adalah cara bagaimana saya memilih MP:-

  1. Saya dari dulu tidak akan memilih calon dari parti yang berpaksikan agama seperti PAS.
  2. Saya juga tidak akan memilih calon dari parti yang hanya untuk satu kaum sahaja seperti UMNO, MIC, MCA, GTA & Bersatu.
  3. Jika kesemua calon adalah dalam golongan 1 & 2 di atas, saya akan pilih calon berdasarkan merit, pengalaman serta kelayakan akedemik.
  4. Saya juga tidak akan memilih calon yang telah mewakili ahli dewan undangan negeri (ADUN).

Pilihanraya umum (PRU) akan diadakan pada 19hb November dan kali ini melibatkan pengundi 18. Jumlah pengundi kali ini ialah seramai 21.2 juta dan 1.2 juta adalah mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun.

Jumlah pengundi PRU14 ialah 15.3 juta dan PRU kali ini menyaksikan pertambahan seramai 5.8 juta pengundi baharu iaitu 1.2 juta undi 18 dan selebihnya (4.6 juta) mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang tidak berdaftar.

PRU14 lepas telah menyaksikan gabungan kerajaan Barisan nasional tumbang setelah kira-kira 60 tahun berkuasa sejak mencapai kemerdekaan. Punca utama kekalahan adalah disebabkan kebangkitan rakyat menentang kerajaan kleptrokrat.

Kerajaan yang terbentuk selepas PRU14 ialah kerajaan pakatan harapan (PH) iaitu gabungan parti PKR, Bersatu, DAP dan Amanah serta sokongan GPS. Kerajaan PH hanya bertahan selama 22 bulan dan diganti oleh kerajaan perikatan nasional (PN) dari gabungan parti BN, PAS, Bersatu dan GPS.

Perdana menteri PN di bawah pimpinan parti bersatu, Muhyiddin Yassin hanya bertahan 17 bulan sahaja sebelum bertukar kepada perdana menteri dari parti umno, Ismail Sabri selama 15 bulan sahaja sebelum parlimen dibubarkan pada 10/10/2022.

Kejatuhan kerajaan PH yang dipilih rakyat tumbang sebab Perdana Menteri ketika itu menggunakan sentimen perkauman dan buktinya boleh ditonton pada klip video di bawah. Dalam masa yang sama parti UMNO serta PAS sebagai pembangkang juga meniupkan sentimen perkauman serta agama untuk kembali berkuasa semula selepas itu.

PRU14 juga telah menyaksikan rakyat yang mengundi dengan memilih parti daripada memilih calon untuk mencapai kejayaan menjatuhkan kerajaan keptrokrat pimpinan BN. Hasil yang kita dapat ialah ada menteri yang dipilih dengan cara 'tangkap muat'.

PRU15 kali ini tidak jauh berbeza dengan PRU14 sebab ramai 'penyamun' masih bebas dan perlukan kuasa untuk 'survival'. Sekiranya tiada kerjasama/gabungan di antara parti-parti besar, tiada parti yang mampu capai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara solo.

Memandangkan misi membenteras 'penyamun' masih belum selesai dan bagi mengelakkan mereka dari terlepas serta kembali bermaharajalela, senario sama seperti PRU14 harus diteruskan pada PRU15 kali ini iaitu memenangkan PH.

Apa kata anda?

Sunday, 30 October 2022

12 TANDA-TANDA HAMPIRNYA PILIHAN RAYA

1. Akan muncul makhluk yang datangnya 4 tahun sekali di tempat-tempat awam seperti di pasar borong, pasar malam, stesen bas, kawasan nelayan dan ada yang datang ke rumah-rumah.

2. Menteri-menteri mula menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing-masing di kawasan pendalaman. Masuk dengan berjalan kaki, berbasikal dan naik motosikal. Malah ada yang memikul kampit beras dan hamper seberat 1kg.

3. Jalan-jalan kampung yang berlopak 3 tahun mula diturap dengan tar setebal yang mungkin, malah jalan yang tak rosak juga di tar lapisan baru.

4. Upacara pecah tanah disana sini, perasmian sana sini untuk pembinaan bangunan-bangunan seperti klinik, hospital dan sekolah untuk kebajikan rakyat.

5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kepada orang-orang kampung sebagai bekalan selama 4 tahun.

6. Menteri-menteri akan menyuapkan makanan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas di dada akhbar. Tiada lagi perasaan jijik.

7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin 5 sen seminggu setiap liter.

8. Menteri-menteri akan tebar roti canai di gerai-gerai di sana sini. Malah siap hidangkan makanan untuk pelanggan.

9. Menteri akan rajin asah sabit, cuci longkang, menoreh getah, kait kelapa sawit dan sebagainya.

10. Tiba-tiba sahaja setiap kali kita makan di gerai atau warung tak payah bayar. Ada yang dah bayar. Makan banyak percuma.

11. Aircond kereta menteri rosak secara tiba-tiba, cermin kereta sentiasa dbuka untuk melambai tangan, mesra rakyat agar muka dikenali.

12. Masalah rumah, masalah tanah yang berlarutan 4 tahun dapat diselesaikan dalam tempoh 1 minggu.

Friday, 28 October 2022

Pilihanraya & jalan raya berpisah tiada...

Pilihanraya umum (PRU) ke-15 telah ditetapkan oleh suruhanjaya pilihanraya minggu lepas dan hari ini saya kongsikan satu suasana yang amat sinonim dengan pilihanraya tak kira PRU atau PRN (pilihanraya negeri) iaitu jalan raya.

Korek jalan highway...

Sejak dulu, kini dan mungkin selamanya jika menghampiri tarikh pilihanraya, kerja membaiki, menaiktaraf serta 'resurface' jalan akan kelihatan di mana-mana.

Resurface...

Tidak terkecuali juga PRU kali ini serta PRN lepas di Miri, Sarawak telah menyaksikan kerja mengorek serta 'resurface', jalan yang paling sibuk di Miri iaitu Jalan Pujut-Lutong.

Jentera berat...

Gambar-gambar di atas saya ambil minggu lepas dan untuk pengetahuan anda saya juga pengguna jalan tersebut setiap hari dan tidak nampak sebarang kerosakkan sebelum dikorek & 'resurface'.

Tanam paip air...

Gambar-gambar berikut pula adalah situasi yang kita boleh lihat di taman perumah yang sedang dalam proses pembinaan sehingga siap untuk diduduki.

Tanam paip gas...

Pemaju akan tar jalan di kawasan projek perumahan dan apa yang berlaku ialah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah. Jalan yang baru siap akan dipotong untuk kerja-kerja membekalkan air, elektrik, gas, telco dan lain-lain ke kawasan perumahan.

Tanam cable elektrik...

Pemandangan seperti ini (jalan dipotong) biasanya akan berakhir setelah jalan pecah serta berlubang dan pihak bandaraya akan melakukan 'resurface' bila tiba/dekat PRU/PRN. Setelah melalui beberapa kali PRU/PRN, jalan raya akan menjadi lebih tinggi dari tapak rumah kita dan bila hujan, air pula mengalir masuk ke kawasan rumah kita.

Tanam cable telco...

Kerja 'resurface' juga tidak memperdulikan faktor keselamatan dan sering kelihatan ada bahagian tertentu yang tidak ditampal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kadang-kadang mereka abaikan sahaja penutup parit dan ditumbus terus dengan tar.

Selepas resurface...

Jika jalan lurus pula ada sahaja 'bump' di tambah pada permukaan jalan bagi mengurangkan kelajuan serta elak jalan raya daripada menjadi litar untuk merempit.

'bump' untuk elak merempit...

Gambar di bawah saya ambil dari lama sosial dan ianya merupakan projek kilat sewaktu PRU/PRN.

Adakah suasana sebegini sedang berlaku di tempat anda?

Thursday, 20 October 2022

PRU15

Hari penamaan calon - 05/11/2022

Hari mengundi awal - 15/11/2022

Hari mengundi - 19/11/2022

Tuesday, 11 October 2022

Berakhirnya kerajaan keluarga malaysia

Parlimen ke-14 telah dibubarkan semalam (10/10/2022) dan pilihanraya umum (PRU) ke-15 akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pilihanraya kali ini sedikit berbeza dengan sebelumnya sebab banyak dewan undangan negeri (DUN) tidak dibubarkan berikutan rampasan kuasa setelah pakatan harapan (PH) ditumbangkan sehingga terbentuknya kerajaan pintu belakang atau kerajaan tebuk atap sekarang.

PRU kali ini juga buat pertama kalinya melibatkan pengundi 18 dan saya percaya akan merubah lanskap politik negara.

PRU ke-14 telah menyaksikan kerajaan barisan nasional pimpinan umno selama kira-kira 60 tahun telah tumbang berikutan kebangkitan rakyat menentang kleptrokrasi dan setakat ini hanya bekas perdana menteri ke-6, Najib Razak telah dijatuhkan hukuman serta dipenjarakan.

Ramai yang lain masih di peringkat membela diri serta rayuan di mahkamah. Saya berpendapat PRU kali ini adalah desakan umno agar pemimpin mereka yang dalam proses rayuan serta membela diri boleh terlepas dari hukuman jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Jadi, perjuangan masih belum selesai untuk menentang pemimpin yang tidak berintegreti dan harus diperangi habis-habisan. Kerajaan yang bersih adalah harapan negara untuk maju, makmur serta stabil akan datang. Boleh kah ianya direalisasikan pada PRU kali ini?

Kita tahu manifesto utama PRU lepas ialah perangi kleptrokrasi dan sama-sama kita lihat apa pula yang mereka canangkan kali ini untuk memenangi hati pengundi.

Marilah kita ramai-ramai keluar mengundi kelak supaya tiada pertikaian di kemudian hari dan bukannya seperti beberapa PRN lepas yang menyaksikan peratusan keluar mengundi yang sangat rendah sebab pelbagai faktor yang disengajakan.

Faktor yang disengajakan juga berlaku pada PRU kali ini iaitu diadakan pada musim tengkujuh agar ramai tidak dapat keluar mengundi dan keputusan akan berpihak kepada penyokong tegar sahaja.

Jadi, PRU kali ini adalah sambungan kepada PRU ke-14 lepas yang belum selesai untuk membina negara yang bersih, makmur serta stabil.

Selepas ini kita tunggu hari penamaan calon untuk mengetahui siapa yang bakal dicalonkan.

Adakah anda layak mengundi? Klik di sini untuk membuat semakan kelayakan mengundi serta lokasi anda membuang undi kelak.