Sunday, 6 November 2022

Undi siapa PRU15?

Semalam (05/11/2022) telah berlangsungnya hari penamaan calon dan semua calon yang bakal bertanding telah diketahui untuk dipilih.

Jumlah calon PRU15

Persoalan sekarang ialah siapa yang harus di pilih? Ada yang kata pilih calon berdasarkan parti, ada yang kata pilih calon yang berkelayakan berdasarkan akedemik atau merit tanpa mengira parti dan sebagainya.

Bagi negeri-negeri yang tidak membubarkan dewan undangan negeri (DUN), pengundi hanya perlu memilih ahli parlimen (MP) dan mereka ini adalah kalangan yang akan atau bakal dipilih menjadi menteri jika berjaya membentuk kerajaan.

Berikut adalah cara bagaimana saya memilih MP:-

  1. Saya dari dulu tidak akan memilih calon dari parti yang berpaksikan agama seperti PAS.
  2. Saya juga tidak akan memilih calon dari parti yang hanya untuk satu kaum sahaja seperti UMNO, MIC, MCA, GTA & Bersatu.
  3. Jika kesemua calon adalah dalam golongan 1 & 2 di atas, saya akan pilih calon berdasarkan merit, pengalaman serta kelayakan akedemik.
  4. Saya juga tidak akan memilih calon yang telah mewakili ahli dewan undangan negeri (ADUN).

Pilihanraya umum (PRU) akan diadakan pada 19hb November dan kali ini melibatkan pengundi 18. Jumlah pengundi kali ini ialah seramai 21.2 juta dan 1.2 juta adalah mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun.

Jumlah pengundi PRU14 ialah 15.3 juta dan PRU kali ini menyaksikan pertambahan seramai 5.8 juta pengundi baharu iaitu 1.2 juta undi 18 dan selebihnya (4.6 juta) mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang tidak berdaftar.

PRU14 lepas telah menyaksikan gabungan kerajaan Barisan nasional tumbang setelah kira-kira 60 tahun berkuasa sejak mencapai kemerdekaan. Punca utama kekalahan adalah disebabkan kebangkitan rakyat menentang kerajaan kleptrokrat.

Kerajaan yang terbentuk selepas PRU14 ialah kerajaan pakatan harapan (PH) iaitu gabungan parti PKR, Bersatu, DAP dan Amanah serta sokongan GPS. Kerajaan PH hanya bertahan selama 22 bulan dan diganti oleh kerajaan perikatan nasional (PN) dari gabungan parti BN, PAS, Bersatu dan GPS.

Perdana menteri PN di bawah pimpinan parti bersatu, Muhyiddin Yassin hanya bertahan 17 bulan sahaja sebelum bertukar kepada perdana menteri dari parti umno, Ismail Sabri selama 15 bulan sahaja sebelum parlimen dibubarkan pada 10/10/2022.

Kejatuhan kerajaan PH yang dipilih rakyat tumbang sebab Perdana Menteri ketika itu menggunakan sentimen perkauman dan buktinya boleh ditonton pada klip video di bawah. Dalam masa yang sama parti UMNO serta PAS sebagai pembangkang juga meniupkan sentimen perkauman serta agama untuk kembali berkuasa semula selepas itu.

PRU14 juga telah menyaksikan rakyat yang mengundi dengan memilih parti daripada memilih calon untuk mencapai kejayaan menjatuhkan kerajaan keptrokrat pimpinan BN. Hasil yang kita dapat ialah ada menteri yang dipilih dengan cara 'tangkap muat'.

PRU15 kali ini tidak jauh berbeza dengan PRU14 sebab ramai 'penyamun' masih bebas dan perlukan kuasa untuk 'survival'. Sekiranya tiada kerjasama/gabungan di antara parti-parti besar, tiada parti yang mampu capai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara solo.

Memandangkan misi membenteras 'penyamun' masih belum selesai dan bagi mengelakkan mereka dari terlepas serta kembali bermaharajalela, senario sama seperti PRU14 harus diteruskan pada PRU15 kali ini iaitu memenangkan PH.

Apa kata anda?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.