Showing posts with label TEKA. Show all posts
Showing posts with label TEKA. Show all posts

Saturday, 24 December 2022

Dapur elektrik lambat panas

Banyak dapur elektrik seperti ini pernah dirujuk kepada saya untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: TEKA

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi dapur elektrik yang serupa dengan masalah kurang panas atau lambat panas.

Saya uji dapur elektrik tersebut dengan memasak air dan klip video di atas serta di bawah saya rakam sewaktu air telah mendidih dimasak.

Ia mengambil masa kira-kira 5 minit untuk air tersebut mendidih dan dari pandangan mata kasar, salah satunya kurang panas.

2,500W

Menurut label, kuasa maksima dapur elektrik tersebut ialah 2,500w dan ianya paling panas apabila dilaras ke-6.

Label tombol pelaras...

Untuk kepastian saya ukur arus elektrik yang diperlukan pada kedua-duanya sewaktu digunakan secara berasingan.

258v

Voltan bekalan elektrik sewaktu saya mengujinya ialah 258v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

4.4A

Arus elektrik yang diperlukan ialah 4.4A & 6.5A masing-masing dan ianya mengesahkan salah satunya memang kurang panas.

6.5A

Jika saya hidupkan kedua-duanya serentak, bacaan arus elektrik ialah 10.3A seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Jadi kuasa maksima dapur elektrik ini ialah 2,657W jika dikira dengan menggunakan 'watt's law'.

  • P=IV = 10.3 x 258 = 2,657w

Kuasa maksima sedikit tinggi berbanding dengan label iaitu 2,500w sebab voltan bekalan saya sedikit tinggi (258v) berbanding label 230v sahaja.

10.3A

Secara teori dapur elektrik tersebut tiada masalah dan saya tidak pasti kenapa pemilik mengadu ianya kurang panas atau lambat panas.


Dapur elektrik yang menggunakan elemen pemanas sememangnya ada masalah sedemikian sebab banyak haba akan hilang sewaktu berpindah dari pemanas ke kuali/periuk.

Monday, 1 November 2021

TEKA EM/30 2-PT Stainless Steel Stove/Hob repair

Sebelum ini saya pernah baiki dapur elektrik seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Timer rosak...

Hari ini saya kongsikan sebuah lagi dapur elektrik serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Keluarkan timer...

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter mendapati wayar hidup (L) yang melalui timer tidak ada keterusan walaupun timer telah dilaras.

Bahagian bawah timer...

Saya buka bahagian bawah timer dan pemeriksaan dengan mata kasar mendapati sebiji pelaras yang berwarna putih seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah sedikit lebur.

Gantikan suis yang rosak...

Banyak timer sedemikian gagal dibaiki sebab bahagian timer tidak berpusing masih saya simpan dan berjaya menemui sebiji yang elok.

Perbezaan elok & rosak...

Bahagian yang lebur seperti boleh dilihat pada gambar di bawah adalah punca suis gagal bersentuh setelah dilaras.

Suis yang rosak...

Timer ini berjaya saya baiki dan masih boleh digunakan semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Sekiranya timer ini gagal diselengara atau di baiki anda ada dua pilihan untuk menghidupkan dapur elektrik ini iaitu:-

  1. gantikan timer yang baharu (jika ada alat ganti)
  2. abaikan timer dan buat pintasan terus
Siap...

Banyak model dapur elektrik tidak mempunyai timer pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Kelebihan model dapur elektrik yang mempunyai timer ialah ia akan padam keseluruhannya jika masa timer telah tamat dan lebih selamat jika terlupa masakan yang dimasak.

Selamat mencuba...

Wednesday, 30 December 2020

TEKA E/60 2P Stainless Stove/Hob repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk dapur elektrik seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Teka E/60 2P

Pagi ini saya dirujuk lagi sebuah lagi dapur elektrik yang serupa dengan masalah tidak berfungsi bila dibekalkan arus elektrik.

Fius 13A putus...

Pemeriksaan awal pada plug 3-pin mendapati fiusnya putus dan ianya sebenarnya meletup serta berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Jika fius meletup dan berwarna hitam bermaksud ada litar pintas.

Litar pintas pada elemen pemanas...

Setelah dibuka dan diperiksa, salah satu elemen pemanasnya mengalami litar pintas apabila diukur dengan menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Litar pintas tersebut ialah di antara elemen pemanas dengan chassis (wayar bumi). Elemen pemanas yang elok tidak seharusnya mempunyai sebarang bacaan rintangan di antara element pemanas dengan chassis.

Siap & tested - ok

Dapur elektrik tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah fius serta elemen pemanas yang rosak diganti.


Selamat mencuba...

Tuesday, 7 July 2020

TEKA E/60 2P Stainless Stove/Hob repair

Sebelum ini saya pernah membaiki dapur elektrik seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.
TEKA E/60 2P
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi dapur elektrik yang serupa dengan masalah salah satu pelaras suhunya telah rosak dan tidak dapat dihidupkan.
Pecah...
Apabila dibuka serta diperiksa, pelaras suis tersebut telah pecah dan sebahagiannya telah lebur seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Lebur...
Masalah yang saya hadapi kali ini ialah alat ganti baru yang saya guna sedikit berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Cara penyambungannya telah saya labelkan pada gambar di atas. Gambar di bawah menunjukkan ianya telah siap disambung dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya.
Sebelum menguji dapur elektrik tersebut, ukur rintangan untuk setiap nombor pada pelarasnya di plug 3-pin dan anda seharusnya mendapat nilai rintangan yang berkurangan mengikut nombor secara konsisten seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah.
402Ω - Nombor 1
Untuk kepastian, anda boleh bandingkan nilai rintangan pada kedua-dua pelaras tersebut. Pastikan bacaannya hampir sama mengikut nombor masing-masing.
314Ω - Nombor 2

218Ω - Nombor 3

97Ω - Nombor 4

66Ω - Nombor 5

41Ω - Nombor 6
Setelah berpuas hati, bekalkan arus eletrik dan uji dapur elektrik tersebut.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 3 September 2019

TEKA E/60 2P Stainless Stove/Hob repair

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana melabelkan pelaras suhu pada pemanas elektrik (Stove). Pemanas elektrik yang saya maksudkan berjenama TEKA, Model: E/60 2P dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Jenama: TEKA
Pemanas elektrik berjenama TEKA pernah saya baiki sebelum ini dan cara-cara memeriksanya, anda boleh baca di sini.
Model: E/60 2P
Pemilik mengadu bahawa label pada pelaras suhu pemanas elektriknya tidak nampak dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Sebelum...
Caranya mudah sahaja:-
  1. Umpilkan kedua-dua tombol pelaras suhu.
  2. Buang cat hitam dengan menggunakan kertas pasir sehingga bersih.
  3. Laraskan tombol pelaras suhu dan tandakan satu per satu.
  4. Sembur cat 'clear' supaya label tersebut tidak tanggal/luntur ketika membersihnya.
  5. Tunggu sehingga kering dan SIAP.
Selepas...
Sembur cat 'clear' supaya tulisan tidak luntur...
Selamat mencuba...

Saturday, 24 August 2019

TEKA EM/30 2-PT Stainless Steel Stove/Hob repair

Kali ini saya kongsikan cara bagaimana mengenalpasti masalah pemanas elektrik (stove) berjenama TEKA, Model: EM/30 2-PT dengan masalah litar pintas.
TEKA EM/30 2-PT
Pemilik memberitahu saya bahawa fius 13A pada plug 3-pin putus juga walaupun baru ditukar. Bila saya periksa 'continuity' pada plug 3-pin, litar pintasnya ialah pada terminal live (L) dan neutral (N).
Suis pelaras suhu
Setelah diperiksa, litar pintasnya ialah pada suis pelaras suhu dan untuk membaikinya kita harus membukanya untuk membuat pemeriksaan.
Bahagian belakang suis pelaras suhu
Cara membukanya amatlah mudah iaitu dengan mengumpil klip yang saya telah tandakan pada gambar di bawah.
Umpil klip yang bertanda di atas untuk membukanya...

Setelah suis pelaras suhu dibuka...
Gambar di atas dan di bawah merupakan keadaan di dalam suis tersebut setelah dibuka. Jelas kelihatan bahagian yang mengalami litar pintas telah saya tanda pada gambar di bawah dan berwarna hitam.
Litar pintas (shorted)
Setelah bahagian yang mengalami litar pintas saya buka, ianya tidak dapat dibaiki dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah. Jadi jalan terakhir ialah menukar suis tersebut dengan yang baru.
Setelah bahagian litar pintas dibuka...
Setelah suis yang baru di pasang, anda harus menguji terlebih dahulu sebelum membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan pemanasnya. Gambar berikut adalah cara bagaimana memeriksa untuk memastikan kesemuanya berkeadaan baik.
Tiada 'continuity' - pada nombor 0
Anda cuma perlu mengukur rintangan di antara terminal live (L) dan terminal neutral (N) pada plug 3-pin. Tiada bacaan jika pelaras suhu pada nombor 0 dan setelah dilaras ke nombor 1 ianya mempunyai bacaan seperti boleh di lihat pada gambar di bawah.
331Ω - pada nombor 1

270Ω - pada nombor 2

180Ω - pada nombor 3
Secara amnya anda harus mendapat bacaan rintangan menurun dari nombor 1 sehingga nombor 6 seperti pada gambar-gambar di atas & di bawah.
90Ω - pada nombor 4
Periksa kedua-dua suis pelaras suhu dan setelah berpuas hati baru lah anda bekalkan arus elektrik untuk ujian terakhir bagi memastikan pemanasnya menghasilkan haba.
60Ω - pada nombor 5
Sekiranya anda tidak mendapat sebarang bacaan pada nombor tertentu bermaksud:-
  1. kemungkinan suis pelaras suhu rosak atau
  2. kemungkinan sebahagian pemanas telah rosak/putus dan harus diganti.
30Ω - pada nombor 6
Selamat mencuba.