Showing posts with label KDK. Show all posts
Showing posts with label KDK. Show all posts

Monday, 13 February 2023

KDK K14X2 ceiling fan repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah kipas siling berjenama KDK dengan masalah boleh dihidupkan namun berpusing perlahan serta gagal menerima isyarat dari alat kawalan jauh.

KDK K14X2 ceiling fan

Masalah sedemikian biasanya ialah pada papan litar (PCB) dan benda pertama ditemui ialah seekor cicak terkorban seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup tengah dibuka...

Setelah papan litar dikeluarkan dan diperiksa, saya cuma menemui sebiji IR receiver rosak. Saya pernah kongsikan cara memeriksa IR receiver dan anda boleh dirujuk di sini.

M14C24800

Untuk makluman semua, terminal IR receiver yang digunakan sedikit berbeza seperti boleh dilihat pada label gambar di bawah. Terminal output (S) pada sebelah kiri, terminal +ve (V) pada tengah dan terminal -ve (G) pada sebelah kanan.

IR receiver rosak...

Masalah tetap sama dan IR receiver yang baru ditukar rosak semula setelah diuji. PCB ini gagal saya baiki sebab kerosakkannya melibatkan microprocessor.

Beli PCB baru...

Dipendekkan cerita, saya belikan PCB yang baharu dengan nombor rujukan M14C24800. PCB ini juga boleh digunakan pada kipas siling berjenama Panasonic model F-M14C2VBHH.

Pasang PCB baru...

Masalah selesai setelah papan litar telah saya gantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

Thursday, 7 July 2022

KDK KQ409 fan repair

Banyak kipas angin berjenama KDK pernah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

KDK KQ409 fan

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi kipas angin siling berjenama KDK, model KQ409 dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: KQ409

Gambar di bawah menunjukkan keadaan motor setelah penutupnya saya buka dan ianya dipenuhi dengan habuk.

Setelah penutup belakang dibuka...

Habuk tersebut telah menyebabkan pengudaraan motornya tidak baik dan lebih panas dari normal yang seterusnya akan memutuskan 'thermal fuse'.

Buka motor kipas...

Untuk menukar 'thermal fuse', kita perlu membuka motornya dan kedudukannya adalah seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Lokasi thermal fuse...

'Thermal fuse' pada kipas angin jenama KDK dan Panasonic sangat mudah ditukar dan ianya tidak diikat pada gegelung (coil).

Gantikan thermal fuse baharu...

Rating 'thermal fuse' yang digunakan ialah 2A, 139°C seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

2A, 139°C

Majoriti rating 'thermal fuse' yang digunakan ialah 114°C namun untuk kipas ini ianya sedikit tinggi.

Checking - 367.7Ω

Kipas angin ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah 'thermal fuse' yang putus saya gantikan dengan rating 2A, 135°C.

Selamat mencuba...

Sunday, 6 June 2021

KDK KB40A table fan repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah kipas angin berjenama KDK, model KB40A dengan masalah tidak berpusing setelah dibekalkan elektrik.

Jenama: KDK

Sebelum ini saya pernah membaiki kipas angin berjenama KDK dan anda boleh rujuk di sini.

Model: KB40A

Dari pengalaman lepas, saya jangkakan masalahnya sama iaitu kerosakkan pada thermal fuse.

Kedudukan thermal fuse...

Setelah dibuka dan diperiksa, ternyata thermal fuse putus dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Buka penyambung thermal fuse...

Cara membuka thermal fuse ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Buka penutup untuk keluarkan thermal fuse...

Gambar di bawah ialah thermal fuse asal yang telah saya keluarkan dan 'rating' yang digunakan ialah 2A, 114C.

Thermal fuse rosak - 2A, 114C

Cara untuk mengetahui thermal fuse masih elok atau rosak ialah dengan memeriksa 'continuity' menggunakan multimeter.

Gantikan thermal fuse yang baru...

Seperti biasa, saya juga akan periksa kapasitornya dan kali ini ianya perlu ditukar berikutan nilai bacaannya cuma tinggal 565nF (0.565uF) sahaja apabila diukur dengan menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kapasitor rosak - 565nF sahaja

Label asal kapasitor ialah 1.5uF, 400v dan pastikan anda tukarkan dengan nilai yang sama iaitu 1.5uF. Jika ketika anda mencari kapasitor yang baru dan nilai terdekat yang ada ialah 1.8uF atau 1.2uF, pilihlah nilai yang lebih rendah iaitu 1.2uF dan bukannya nilai yang lebih tinggi.

Kapasitor baru - 1.5uF

Walaupun 1.8uF boleh digunakan namun peluang anda akan merosakkan kipas anda sangat tinggi dan boleh berakhir dengan kerosakkan total serta tidak dapat dibaiki lagi.

Kedudukan penyambung kapasitor...

Gambar-gambar berikut merupakan bacaan rintangan setelah butang kelajuan dilaras.

  1. No. 0 - 0Ω
  2. No. 1 - 439Ω
  3. No. 2 - 392Ω
  4. No. 3 - 283Ω
No. 0 - 0Ω

No. 1 - 439Ω

No. 2 - 382Ω

No. 3 - 283Ω


Komponen yang rosak...

Kerosakkan kipas di atas adalah berpunca daripada kapasitornya yang rosak. Cara untuk mengetahui kapasitornya rosak dan perlu diganti ialah kipas akan mulai berputar dengan perlahan walaupun telah dilaras ke no. 3.

Kapasitor merupakan komponen 'wear & tear' dan harus diganti bila tiba waktunya. Jika dibiarkan dan terus digunakan, ia akan menyebabkan motor kipas mengalami panas melampau dan seterusnya memutuskan thermal fuse.

Jika thermal fuse tidak putus, ianya akan mengakibatkan kerosakkan gegelung stator dan biasanya tidak dapat dibaiki lagi.

Kerosakkan sedemikian biasanya terjadi jika pengguna membuat pintasan pada thermal fuse yang putus.

Jadi, gantikan thermal fuse yang putus dan bukan mengambil jalan mudah dengan membuat pintasan.

Fikir-fikirkan dan selamat mencuba...

Monday, 20 April 2020

KDK 5 blades ceiling fan repair

Di musim PKP ini kipas angin merupakan peralatan elektrik yang penting di waktu siang.
Papan litar kipas siling...
Pagi ini saya dirujuk sekeping papan litar untuk kipas angin siling berjenama KDK dengan masalah boleh berputar tetapi terlalu perlahan.
0.82uF cuma tinggal 0.57uF
Sebelum ini saya pernah membaiki kipas siling yang juga berjenama KDK dengan masalah yang sama dan boleh dibaca di sini. Papan litar kali ini berbeza berbanding dengan kipas berjenama KDK yang saya baiki dahulu.
Tambah sebiji 0.33uF...
Setelah diperiksa menyeluruh, tiga biji kapasitor didapati rosak iaitu:-
  1. Sebiji kapasitor 1.8uF, 400v
  2. Sebiji kapasitor 0.82uF, 275v
  3. Sebiji kapasitor 0.1uF, 275v
0.5 + 0.3 = 0.8uF
Saya tidak mempunyai kapasitor 0.82uF dan terpaksa mengubahsuai dengan menambahkan sebiji 0.33uF kepada kapasitor asal yang cuma tinggal 0.57uF seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Siap...
Gambar di atas menunjukkan papan litar yang telah siap dibaiki. Setelah diuji, masalah berputar dengan perlahan telah diatasi dan kembali berkhidmat seperti kipas yang baru.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Friday, 22 November 2019

KDK wall Fan repair

Semalam saya dirujuk sebuah kipas dinding berjenama KDK dengan masalah tidak berpusing walaupun telah dibekalkan arus elektrik.
Jenama: KDK
Pemeriksaan awal mendapati bahawa tiada 'continuity' pada wayar hidup (L) dan neutral (N) di plug 3-pin dengan menggunakan multimeter.
Setelah penutup dibuka,,,
Setelah dibuka bahagian motornya dan diperiksa menyeluruh, komponen yang didapati rosak ialah:-
  1. Kapasitor (1.5uF, 400v)
  2. Thermal fuse (114C, 2A)
Bearing digunakan...
Buka motornya...
Kualiti kipas elektrik ini sangat baik dan ia menggunakan bearing untuk memegang bahagian rotor kipas.
Thermal fuse putus...
Kipas elektrik yang biasa hanya menggunakan bush tembaga untuk memegang rotornya.
Buka penyambung thermal fuse...
Thermal fuse yang digunakan dilabel 114C, 2A dan ianya bermaksud thermal fuse tersebut akan putus jika suhu mencecah 114 darjah celcius atau lebih dan ia mampu mengalirkan arus elektrik sehingga 2A.
Thermal fuse 114C, 2A
Gambar di atas menunjukkan kedudukan thermal fuse tersebut dan ianya terletak agak jauh sedikit dari coil (gegelung wayar tembaga).
Tukar thermal fuse baru...
Biasanya suhu thermal fuse yang digunakan pada kipas elektrik ialah di antara 110c sehingga 135c dan pemilihannya adalah bergantung kepada kedudukan thermal fuse tersebut.
Thermal fuse baru - ok
Jika thermal fuse terletak dekat dengan gegelung wayar, maka suhu thermal fuse yang lebih tinggi akan dipilih manakala jika ianya terletak jauh dari gegelung wayar, suhu thermal fuse yang lebih rendah akan dipilih.
Pasang balik apa yang telah dibuka...
Setelah kedua-dua komponen yang rosak di atas ditukar dan diuji, kipas dinding tersebut masih boleh digunakan lagi.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 29 October 2019

KDK 5 blades ceiling fan repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sekeping papan litar untuk kipas angin berjenama KDK dengan masalah ianya boleh berpusing tetapi terlalu perlahan.
Papan litar kipas berjenama KDK
Papan litar tersebut amat mudah dan senang diperiksa. Pemeriksaan menyeluruh mendapati hanya dua biji kapasitor yang perlu ditukar dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Kapasitor yang rosak...
Jika anda mempunyai kipas angin yang tidak berputar dengan kelajuan yang sepatutnya iaitu terlalu perlahan, jangan tunggu sehingga berhenti berpusing baru cuba dibaiki.
Sepatutnya 0.82uF (820nf)
Ini disebabkan ketika kipas angin mulai berputar dengan perlahan, coil kipas angin akan menjadi panas dan akhirnya akan mengakibatkan 'thermal fuse' putus atau mungkin juga coil akan putus.
Sepatutnya 0.1uF (100nF)
Jika coil putus, kos membaikinya sangat mahal dan tidak berbaloi untuk dibaiki.
Kapasitor yang rosak telah ditukar...
Setelah kedua-dua kapasitor tersebut ditukar dan diuji, ianya kembali berfungsi seperti baru.
Tested - ok
Selamat mencuba...