Saturday, 28 December 2013

Spark Plug Cable/Ignition cables (kabel pencucuh) - Satria GTi

Masalah kerosakan kabel pencucuh untuk kereta Satria GTi saya telah lama wujud dan harga kabel yang baru ialah RM400++. Memandangkan harga kabel tulen teramat mahal dan tiada alat ganti tulen buat masa ini walaupun di pusat servis PROTON, maka saya cuba kabel 'aftermarket' yang lebih murah.
504Ω (jenama MASTECH, tak boleh pakai...)
Kabel pertama yang saya cuba berjenama MASTECH (4 core), 10mm,  dengan harga RM110.00 dari kedai alat ganti tempatan. Kabel tersebut cuma bertahan sebulan sahaja.
Beli online di sini, jenama QUARDCORE tapi juga tak boleh pakai...
345Ω (QUARDCORE)
Kabel kedua pula saya beli secara online dan menurut penjualnya ianya berjenama QUARDCORE, juga 10mm, buatan USA dengan harga RM140.00. Setelah tiba melalui poslaju dan puas membelek kotak serta kabel tersebut namun tiada satu perkataan QUARDCORE pun yang saya jumpai. Di luar kotak pula tertera 8mm sahaja tetapi kabel yang dihantar 10mm. Kena tipu la pula.... Kabel ini cuma bertahan seminggu sahaja...
Kabel asal, 10,410Ω (8mm sahaja)
Untuk makluman, masalah yang dihadapi apabila kabel pencucuh bermasalah ialah kelancaran pemanduan terjejas ketika bergerak perlahan (rpm 1000 ke 2000) namun setelah meluncur laju, tiada masalah kelancaran pemanduan.

Masalah kelancaran pemanduan yang saya maksudkan ialah kereta kehilangan daya pecutan ketika mula memecut dan terdapat 'misfire'. 
Heat shrink tube, RM8/meter
Setelah menghabiskan ratusan ringgit dan hanya bertahan seketika sahaja, maka saya cuba pula DIY dengan membaiki kabel asal. Apa yang saya lakukan ialah dengan membungkus bahagian penyambung ke palam pencucuh (spark plug) dengan 'heat shrink tube' dan berikut merupakan langkah-langkannya.
sukat & potong 'heat shrink tube'...

masukkan 'heat shrink tube'...

Panaskan dengan pemetik api...

Siap...
Setelah selesai membaiki keempat-empat kabel tersebut dan diuji, ternyata masalah kehilangan daya pecutan serta 'misfire' telah tiada lagi. Mudah-mudahan ianya boleh bertahan lama sementara menunggu kabel tulen dari pusat servis PROTON.

Banyak kabel pencucuh 'aftermarket' di pasaran mempromosikan kelebihan kabel mereka dengan rintangan rendah seperti yang anda boleh lihat pada gambar-gambar di atas.

MASTECH - 504Ω
QUARDCORE - 345Ω
Kabel asal - 10,410Ω

Kabel rintangan tinggi lebih baik atau kabel rintangan rendah? Dari pengalaman saya di atas saya memilih kabel rintangan tinggi. Apa kata anda? 
Kabel tulen Proton Waja Campro - 6,300Ω

Thursday, 26 December 2013

P0501 (V-signal)

Kejadian lampu enjin (malfunction indicator light) menyala pada kereta satria GTi saya berlaku pada beberapa hari yang lalu. Sekiranya lampu tersebut menyala, sistem 'On Board Diagnostic (OBD)' pada ECU akan menghasilkan kod tertentu.
Malfunction indicator light (MIL)
Kod yang dihasilkan pada sistem OBD kali ini ialah P0501 dan ianya berkaitan dengan 'vehicle speed signal' atau nama singkatannya 'V-signal'. Kod tersebut menyatakan bahawa ECU kereta tidak mendapat bacaan yang munasabah untuk kelajuan kereta.
Periksa ECU - OBD code P0501
Untuk kereta proton, masalah ini disebabkan oleh sensor kelajuan (speedometer switch) pada bahagian belakang speedometer yang telah rosak. Ianya terletak di tengah-tengah speedometer seperti pada gambar di bawah.
Bahagian belakang speedometer

Tanggalkan skru untuk periksa Vehicle speed sensor (V-sensor)
Sekiranya anda tidak pasti sensor tersebut rosak atau sebaliknya, anda boleh memeriksanya dengan multimeter. Laraskan multimeter anda ke bahagian ohm (Ω).  Caranya mudah sahaja iaitu dengan menyambungkan multimeter kepada kedua-dua terminal sensor tersebut dan putarkan speedometer dengan pemutar skru.

Sekiranya anda mendapat bacaan yang berubah-ubah setelah speedometer tersebut diputar, sensor tersebut adalah dalam keadaan baik. Jika tiada perubahan bacaan setelah speedometer diputar, sensor tersebut telah rosak dan perlu diganti.
Ada bacaan...

Putar dengan pemutar skru & tiada bacaan...
Sensor tersebut boleh didapati di pusat service Proton dengan harga RM25.40 sebiji. Sebenarnya sensor tersebut hanya mengandungi sebiji 'reed switch' sahaja dan ianya boleh didapati di kedai eletronik dengan harga dalam lingkungan kira-kira RM5.00 sahaja.
Reed switch
Jika anda membeli 'reed switch' seperti boleh dilihat pada gambar di atas, anda kenalah mengeluarkan 'reed switch' lama dan mempatrikan 'reed switch' yang baru pada sensor tersebut.
 
cuma sebiji 'reed switch' sahaja...
Untuk makluman, simptom kerosakan sensor tersebut ialah lampu enjin (MIL) akan menyala jika memandu melebihi 110km/j.

Identify Oxygen Sensor Damage and Contamination

New Oxygen Sensor with no defects.

Oxygen Sensor damaged through contamination by antifreeze.

Oxygen Sensor that has been damaged by a rich fuel mixture.

Oxygen Sensor that has been damaged by silicone poisoning.

Oxygen sensor that has been damaged by lead poisoning.

Tuesday, 24 December 2013

BR1M 3.0 (BR1M 2014)

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2014 kini telah dibuka kepada semua rakyat malaysia yang layak untuk memohon. Anda boleh memohon serta mengemas kini permohonan anda di sini.

Senang saja - semua di hujung jari.
syarat kelayakan untuk BR1M 2014 ialah:- Baca sendiri di sini. ;)

Wednesday, 18 December 2013

Saturday, 14 December 2013

Candy Crush Saga - Dreamworld

Siri baru Candy Crush Saga kini dikenali sebagai "Dreamworld" bermula dari peringkat 1 sehingga ke peringkat 65. Saya hanya mengambil masa selama 2 hari (12/12/2013 & 13/12/2013) sahaja untuk menamatkan kesemua 65 peringkat.
Klik burung pada bahagian atas sebelah kiri...
Burung tersebut akan membawa anda ke 'Dreamworld'.
12/12/2013
13/12/2013
Dah sampai peringkat 65
Peringkat 65 - tunggu lagi...
Peringkat 95 - 30/1/2014
Peringkat 110 - 13/02/2014
Peringkat 125 - 22/02/2014
Peringkat 140 - 28/02/2014
Peringkat 365 - 02/08/2014

Friday, 13 December 2013

Beurer Glass Scale (BEU-GS14)

Alat penimbang berjenama beurer, model BEU-GS14 saya dibeli pada 09/06/2011 dengan harga RM109-00 dan mempunyai jaminan selama 5 tahun (1825 hari). Setelah beroperasi selama 2 tahun 3 bulan ianya telah rosak dan dihantar untuk tuntutan jaminan.
Rosak pada 09/09/2013
Proses tuntutan jaminan mengambil masa 3 bulan disebabkan penjual (fitness concept) tidak mempunyai model penimbang tersebut lagi di pasaran tempatan dan terpaksa membuat tempahan terus dari Jerman.
Penimbang baru diganti pada 10/12/2013
Kini separuh (2 tahun 6 bulan) tempoh jaminan telah berlalu. Mudah-mudahan dengan penimbang yang baru, masalah yang sama tidak berulang lagi.

Thursday, 12 December 2013

Penghawa Dingin bocor

Boleh dikatakan majoriti pemilik penghawa dingin pernah mengalami masalah kebocoran pada 'indoor unit' penghawa dingin dan tidak ramai yang tahu kenapa ianya berlaku. Bila kejadian sebegini berlaku, pemilik biasanya akan memanggil jurutenik untuk mencuci atau membaikinya.

Terdapat dua kemungkinan kenapa pengahawa dingin bocor (mengeluarkan air pada 'indoor unit').
  1. 'indoor unit' kotor dan perlu dibersihkan
  2. terdapat kebocoran gas (kekurangan gas)
Gambar berikut merupakan keadaan di mana penghawa dingin kekurangan gas dan bahagian luaran paip akan menghasilkan satu lapisan ais. Bila ais tersebut cair ia akan menyebabkan kebocoran pada 'indoor unit'.
Lapisan ais terbentuk pada terminal atas (warna putih)

Pandangan dekat lapisan ais yang terbentuk...
Gambar di atas dirakam ketika 'compressor' penghawa dingin saya yang rosak telah diganti dan belum diisi dengan gas yang mencukupi. Tekanan gas untuk penghawa dingin 1 kuasa kuda (1HP) ialah di antara 60psi ke 70psi sahaja.

Wednesday, 11 December 2013

2014 Chinese Zodiac Forecast

JVC KD-S595 CD player

Alat pemain cakera padat (CD player) merupakan elemen yang penting dalam sesebuah kereta. Hari ini saya nak kongsikan cara yang paling mudah untuk membetulkannya sekiranya alat pemain cakera padat anda tidak berfungsi seperti biasa.

Masalah yang sering terjadi ialah bila CD dimasukkan, alat pemain tersebut tidak dapat membaca CD yang ingin anda mainkan dan mengeluarkannya semula. Sekiranya anda menghantarkannya kepada jurutenik, mereka biasanya akan mengenakan bayaran untuk menukarkan 'lens'.

Berikut merupakan langkah-langkah yang harus anda lakukan untuk membuka alat pemain cakera padat berjenama JVC, model KD-S595 sehingga 'lens'nya kelihatan untuk dibersihkan.
Pandangan hadapan
Setelah penutup atas dibuka
Setelah PCB ditanggalkan
Tanggalkan juga bahagian mekanikal...
Bersihkan 'laser lens' dengan kapas yang bersih.
Anda harus membersihkan 'lens' tersebut dengan benda-benda yang bersih. Saya menggunakan kapas untuk mengeringkan telinga dan lap sehingga tiada debu yang melekat pada bahagian atas lens. Selepas puas hati dengan tahap kebersihan 'lens' tersebut, pasang kembali kesemua komponen yang telah ditanggalkan.

Selamat mencuba...

Monday, 2 December 2013

Rado Diastar

Jam Rado Diastar saya dibeli pada 03/11/1998 dan pernah dibaiki sekali (terlupa tarikhnya) disebabkan jarum saatnya tidak bergerak langsung.

Hari ini pula dimasuki air dan terpaksa ditukar 'crown'nya seperti pada gambar di atas. Kos penyelengeraan serta mengantikannya pula ialah RM150-00.

Jam tersebut saya beli dengan harga RM800.00 pada tahun 1998 dan kini jam baru yang sama berharga RM2,680.00 seunit.

Sunday, 1 December 2013

Penghawa Dingin SAMSUNG AS09R Series

Setelah 20 hari berlalu akhirnya penghawa dingin saya yang bermasalah kini beroperasi semula. Berikut merupakan hari-hari yang terpaksa saya lalui tanpa penghawa dingin:-
  1. 11/11/2013 - Aduan ke toll free samsung (1-800-88-9999).
  2. 12/11/2013 - Jurutenik mengesahkan kerosakan 'compressor'.
  3. 25/11/2013 - 'compressor' telah dibaiki namun PCB pula didapati rosak
  4. 27/11/2013 - menerima panggilan daripada samsung menanyakan status penghawa dingin.
  5. 30/11/2013 - Pasang PCB baru serta mengisi gas (R22).
Perbandingan PCB Baru (kiri) & lama (kanan)

Perbandingan PCB Baru (kiri) & lama (kanan)
Ketika pertama kali jurutenik membuat pemeriksaan, anggaran perbelanjaan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
  1. RM180 - gaji (labour charges) untuk menggantikan 'compressor' yang baru serta mengisi gas.
  2. RM100 ke RM150.00 - kos penghantaran 'compressor' dari Kuala Lumpur
Setelah siap, saya perlu membayar RM380.00 seperti pada gambar di bawah. Kos menggantikan compressor di tambah RM50.00 menjadi RM230.00 sebab 'capi-tube' ditukar. Saya buka balik penutup 'compressor' dan saya yakin 'capi-tube' tidak ditukar sebab sebelum ini saya pernah membukanya untuk menukar kapisitor 'compressor'. Cuma 'compressor' sahaja yang telah ditukar.
Jumlah harus dibayar...
Apa yang mengejutkan saya pula ialah, mereka tak menyuruh saya membayar kos penghantaran dan hanya perlu membayar kos PCB yang baru iaitu RM150.00.

Sebelum jurutenik meninggalkan rumah saya, dia sempat memberitahu saya bahawa PCB tak ada 'warranty' tapi kalau ada kebocoran gas mereka akan baiki tanpa bayaran.

Apa yang tidak memuaskan hati saya ialah:-
  1. kenapa PCB boleh rosak sedangkan ketika pertama kali mereka memeriksa penghawa dingin saya semuanya berfungsi dengan baik dan cuma 'compressor' sahaja yang tidak menjalankan tugasnya. 
  2. PCB yang baru pula tak ada 'warranty'
  3. Begitu juga dengan bayaran tambahan RM50.00 untuk menukar 'capi-tube' yang tidak wujud.
  4. Ketika pemeriksaan dibuat (sebelum dibaiki) tekanan gas terlampau tinggi (90psi) sedangkan untuk penghawa dingin 1hp (1 kuasa kuda) cuma memerlukan tekanan sebanyak 60psi sehingga 70psi sahaja.
Say NO to samsung product!!!

Tuesday, 26 November 2013

DIY ganti 'brake pad' hadapan Perodua Kelisa

Bilakah kali terakhir anda menukar 'brake pad' kereta anda? 'Brake pad' sesebuah kereta mempunyai jangka hayat tertentu dan harus diganti jika perlu. Sejak kereta Perodua Kelisa saya dibeli pada tahun 2006 sehingga ke hari ini, saya telah menggantikan 'brake pad' hadapan sebanyak 3 kali.

'Brake pad' pertama ditukar bila kereta saya telah digunakan sejauh 50,000km. 'Brake pad' kedua pula ditukar setelah hanya berjalan sejauh 25,000km dan 'brake pad' yang ketiga pula diganti setelah 30,000km perjalanan. Secara purata, anda harus memeriksa serta menggantikan 'brake pad' setelah 20,000km perjalanan.

Harga sepasang 'brake pad' hadapan adalah bergantung kepada jenama serta kualiti dan biasanya dalam lingkungan RM25.00 ke RM35.00. Jika anda membeli alat ganti tulen Perodua, harganya di atas RM50.00.

Cara untuk menggantikan 'brake pad' hadapan adalah lebih mudah dan berikut merupakan langkah-langkan yang harus anda lakukan:-
Tanggalkan tayar hadapan kereta anda.

Beginilah keadaan brake sebelum di buka.

Tanggalkan ketiga-tiga klip sebelum menanggalkan pin.

longgarkan 'brake pad' dengan pemutar skru.

Gantikan 'brake pad yang baru dan masukkan klip serta pin.

masukkan klip kedalam lubang pin.

Klip kedua ialah untuk mengelakkan kilp pertama tertanggal.

Dah siap, kilp pertama & kedua...

Masukkan klip ketiga dari bahagian bawah dahulu.

kemudian masukkan bahagian tengah & akhir sekali bahagian atas...

Dah siap...
Setelah 'brake pad' yang baru siap dipasang, pamkan pedal brake beberapa kali sehingga normal seperti sediakala (biasanya 3 - 5 kali dah cukup). Pasangkan kembali tayar kereta dan pada permulaan anda tidak digalakan membrek secara mengejut, sebaliknya pandu perlahan-lahan dan membrek secara perlahan-lahan sehingga anda yakin dan puas 'brake pad' yang baru berfungsi sepenuhnya.

Selamat mencuba...