Showing posts with label Printer. Show all posts
Showing posts with label Printer. Show all posts

Sunday, 5 January 2025

E9 error on HP Ink Tank Wireless 415

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah pencetak (printer) berjenama HP seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pemilik hanya memberitahu saya ianya gagal berfungsi sahaja dan dalam masa yang sama, ianya juga telah dirujuk kepada kedai yang menjual 'printer' serta tidak mampu dibaiki.

Sewaktu saya mengujinya, saya dapati ada 'error code' muncul pada skrin iaitu E9 seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Untuk mengetahui masalah 'error code' tersebut, tekan butang dengan huruf 'i' seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan gambar di bawah ialah maklumat yang dicetak oleh 'printer'.

Langkah seterusnya ialah ikut arahan pada bahan cetakan di atas untuk melakukan pemeriksaan sendiri.

1. Pemeriksaan pada tangki ink mendapati ianya tidak kosong/habis serta mencukupi pada pandangan serta pengetahuan saya.

2. Seterusnya saya ikut arahan ke-2 iaitu buka kedua-dua pintu 'printerhead' dan membuka/menutup bahagian yang telah saya labelkan pada gambar di atas dan masalah selesai.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY...

Tuesday, 16 March 2021

STAR SP700R printer repair

Mesin pencetak (printer) ini sebenarnya rosak pada masa yang sama dengan sebuah komputer yang telah saya baiki sebelum ini di sini.

STAR SP700R

Mesin pencetak ini digunakan di restoran dan menurut pemilik, ianya rosak setelah 'blackout' atau bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

Model: SP700R

Setelah dibuka, komponen pertama yang didapati rosak ialah sebiji kapasitor utama dengan nilai 150uF, 400v kelihatan kembung seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar mendapati banyak lagi komponen lain yang turut rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. Sebiji kapasitor 150uF, 400v
  2. 2 biji diod berlabel PS206 (2A, 600v)
  3. sebiji fius 3.15A
Komponen yang rosak telah ditukar...

Saya tidak menemui alat ganti untuk diod PS206 (2A, 600v) dan terpaksa menggantikan kesemua 4 biji diod yang bertindak sebagai 'rectifier' dengan 2A05 (2A, 600v).

Mesin pencetak tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya tukar.

 Selamat mencuba...

Monday, 2 November 2020

CASIO KL-780 EZ-Label Printer repair

Minggu lalu saya dirujuk sebuah mesin pencetak untuk mencetak label dengan masalah baterinya cepat habis walaupun tidak digunakan.

CASIO KL-780

Pemilik memberitahu saya bahawa kali terakhir baterinya hanya bertahan sehari sahaja dan tidak berfungsi lagi pada hari berikutnya.

Label pada bahagian belakang...

Benda pertama yang saya periksa ialah baterinya dan kesemuanya masih elok iaitu melebihi 1.5v setiap satu dan ianya masih baru.

6 biji bateri = 9v

Seterusnya saya buka mesin tersebut, jelas kelihatan papan litar yang bersambung dengan bateri kelihatan telah terhakis seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup belakang dibuka...

Selain daripada itu, salah satu wayar kelihatan lebih besar berbanding dengan yang lain iaitu berwarna kuning seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Sambungan wayar tersebut tidak dipateri pada terminal negatif (-ve) bateri dan cuma disangkutkan pada lubangnya sahaja tanpa dipintal.

Wayar kuning penah ditukar...

Saya cuba pateri kembali sambungan pada bahagian negatif bateri tersebut namun tidak berjaya sebab wayar tembaganya telah teroksida dan berwarna hitam. Kerosakkan wayar tembaga tersebut adalah disebabkan oleh cecair bateri yang bocor sebelum ini.

Gantikan kembali warna hitam untuk wayar -ve...

Saya gantikan wayar kuning tersebut dengan wayar berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Secara amnya, wayar berwarna hitam ialah untuk terminal negatif manakala wayar berwarna merah pula untuk terminal positif.

Siap...

Saya pasti wayar berwarna kuning tersebut telah ditukar sebelum ini oleh seseorang dan tidak dipateri sebab bahagian yang teroksida akibat cecair bateri tidak dibersihkan dan ianya tidak akan melekat jika dipateri.

Bateri yang cepat habis seperti dikhabarkan oleh pengadu sebenarnya adalah disebabkan sambungan pada terminal negatif yang tidak elok apabila ianya dialih. Selain menukar wayar kuning tersebut, saya juga bersihkan papan litar yang telah terhakis supaya tidak terhakis lagi dan mungkin boleh menyebabkan litar pintas suatu hari kelak.

Tested - ok

Sehingga blog ini ditulis, mesin pencetak tersebut telah dipulangkan kepada pemilik lebih daripada seminggu tanpa sebarang aduan.

Selamat mencuba...

Wednesday, 5 February 2020

Brother HL-L2360DN toner counter reset

Setiap mesin pencetak (printer) mempunyai jangka masa tertentu untuk menukar toner. Kadang-kadang ketika kita ingin mencetak sesuatu, mesin pencetak pula meragam minta ditukar toner.
Brother HL-L2360DN
Hari ini saya kongsikan cara bagaimana membuat 'reset toner' pada mesin pencetak berjenama Brother, Model: HL-L2360DN. Ikut langkah-langkah seperti pada gambar berikut.
1. Buka penutup hadapan mesin pencetak...

2. Tekan butang power sehingga mesin pencetak padam...

3. Tekan butang 'go' dan 'power' serentak kira-kira 3 saat...

4. Lepaskan butang 'go' dan 'power' selepas mesin pencetak dihidupkan...

5. Tekan butang 'go' sebanyak 9 kali...

6. Selepas lampu network berkelip sekali, tekan butang 'go' sebanyak 5 kali lagi...

Tutup penutup hadapan mesin pencetak & cetak...
Jika anda tidak berjaya 'reset', boleh rujuk kepada klip video di bawah untuk keterangan lanjut.

Selamat mencuba...

Friday, 30 November 2018

Baiki BROTHER HL-L2360DN printer

Hari ini saya kongsikan pula masalah printer berjenama BROTHER, model: HL-L2360DN yang tidak mengeluarkan kertas yang dicetak.
Pandangan atas printer
Ketika printer ini dihidupkan, ianya mengeluarkan bunyi yang nyaring dan saya yakin ianya adalah disebabkan masalah mekanikal iaitu kerosakan pada gear.
Model: HL-L2360DN

Buka penutup bahagian kiri printer
Buka penutup bahagian kiri printer dan apa yang anda lihat di dalam ialah seperti pada gambar di bawah.
Setelah penutup kiri di buka
Buka ribbon pada bahagian atas dengan mencabut ribbon tersebut di bahagian yang berwarna biru.
cabut 3 keping ribbon yang berwarna putih
Lepas itu buka kesemua skrew untuk mengeluarkan kepingan besi dan keadaan di dalam adalah seperti pada gambar di bawah.
Setelah penutup besi dibuka
Gear yang bertanda pada gambar di atas ialah gear yang telah rosak. Untuk gambaran jelas anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Gear yang telah putus
Untuk makluman, tiada alat ganti tersebut di pasaran dan apa yang saya lakukan ialah melekat kembali bahagian yang patah tersebut dengan 'super glue'.
Bahagian yang putus di gam kembali menggunakan 'super glue'

Hidupkan printer

Boleh digunakan semula...

Setelah beberpa ketika.. 'sleep'

Kemudian... 'deep sleep'

Tested - ok (printing)
Selamat mencuba...