Showing posts with label Telebest. Show all posts
Showing posts with label Telebest. Show all posts

Tuesday, 28 February 2023

TeleBest 850HT Telephone Repair

Hari ini saya telah dirujuk sebuah telefon dengan masalah semua butang gagal berfungsi bila ditekan.

TeleBest 850HT

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya pada mulanya tidak menemui sebarang komponen yang meragukan.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan dengan teliti mendapati sebiji kapasitor dengan label C031 (470uf, 10v) pernah diganti namun disambung seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

C031 - kapasitor 470uf, 10v

Saya telah buka kapasitor C031, buang sambungan dan dipateri terus ke papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Masalah butang gagal berfungsi bila ditekan pada telefon ini selesai dengan hanya membaiki sambungan kapasitor C031 sahaja.

Selamat berDIY...

Saturday, 17 December 2022

TeleBest 210BC telephone repair

Semalam saya dirujuk sebuah telefon berjenama TeleBest model 210BC dengan masalah tiada suara dan butang dial tidak berfungsi bila ditekan.

TeleBest 210BC

Masalah tiada suara selesai setelah speaker telah saya gantikan dengan yang baharu namun butang dial masih tidak berfungsi setelah ditekan.

Setelah penutup belakang dibuka...

Papan litar kelihatan elok dan tiada tanda-tanda ada kerosakkan apabila diperiksa dengan pandangan mata kasar.

Buka PCB...

Seterusnya saya periksa papan litar dengan menggunakan multimerter dan mendapati satu litar tiada keterusan dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Pada mulanya saya cuba pateri sahaja namun masih tiada keterusan dan seterusnya saya sambungkannya dengan 'enamel copper wire' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung litar putus...

Masalah selesai setelah litar yang putus telah saya sambung seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Selamat mencuba...

Monday, 12 December 2022

TeleBest 210BC telephone - tone/pulse

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah telefon berjenama TeleBest model 210BC dengan masalah tidak mendail setelah butang nombor ditekan.

TeleBest 210BC

Pemeriksaan serta ujian ke atas telefon tersebut mendapati ianya boleh berfungsi apabila mode dail pada 'pulse' namun gagal berfungsi setelah dilaras ke mode 'tone'.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Setelah PCB dibuka...

Memandangkan  ianya gagal berfungsi setelah dilaras ke mode 'tone' saya bercadang untuk memutuskan litar mode 'tone' dan hanya mode 'pulse' sahaja digunakan.

Suis untuk 'pulse' dan 'tone'...

Sebagai percubaan, saya buang pateri dan tanggalkan terminal 'tone' pada suisnya dari papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

tanggalkan terminal untuk 'tone'...

Masalah selesai dan telefon boleh digunakan semula namun hanya mode 'pulse' sahaja berfungsi walaupun ianya dilaraskan ke mode 'tone'.

Selamat mencuba...

Wednesday, 21 July 2021

TeleBest 210BC Telephone Repair

Telefon ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Kali ini dia kembali dengan masalah langsung tidak berfungsi iaitu tidak berdering dan tiada suara ketika ganggang diangkat.

Pernah dibaiki pada 01/11/2019

Pemeriksaan awal mendapati salah satu pin pada soket penyambung telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pin soket putus...

Untuk pengetahuan semua, telefon seperti ini biasanya digantung di dalam bilik air yang lembap dan boleh menyebabkan bahagian logam berkarat serta putus.

Cabut pin penyambung yang putus...

Cara membaikinya ialah cabut pin yang putus dan gosok bahagian yang putus dengan kertas pasir sehingga bersih.

bersihkan bahagian yang putus...

Seterusnya sambungkan pin dengan menggunakan dawai yang sama saiz. Saya guna kaki komponen yang dipotong serta dipateri sambungannya.

Paterikan penyambung baharu...

Setelah siap disambung, masukkan pin tersebut ke kedudukan asal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Masukkan ke dalam soket...

Pastikan pin yang disambung itu cukup panjang supaya sambungannya elok seperti asal.

Potong pin yang terlebih panjang...

Seterusnya bengkokkan pin mengikut spesifikasi asal supaya tiada masalah penyambungan kelak.

Siap...

Telefon ini juga telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Friday, 18 June 2021

TeleBest 210BC Telephone Repair

Banyak telefon seperti ini telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini, sini dan sini.

TeleBest 210BC

Pagi ini saya dirujuk sebuah lagi telefon serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi bila ganggang diangkat termasuk tidak berdering jika ada panggilan masuk.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, masalahnya ialah pada suis ganggang yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Suis tidak berfungsi...

Tiada 'continuity' bila ditekan atau dilepaskan ketika saya periksa menggunakan multimeter.

Sembur WD40 pun tak menjadi...

Saya cuba bersihkan suis tersebut dengan menyemburkan WD40 kedalamnya dan masalah masih sama seperti sebelumnya.

Buka suis untuk diselengara...

Seterusnya saya buka suis tersebut dari papan litar dan dileraikan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bahagian tembaga teroksida...

Masalahnya ialah pada bahagian dalam suis yang diperbuat daripada tembaga dan telah berkarat serta berwarna hitam.

Gosok guna kertas pasir hingga berkilat...

Apa yang saya lakukan untuk membersihkannya ialah gosok dengan menggunakan kertas pasir sehingga bersih.

Siap...

Telefon di atas telah berjaya diselamatkan hanya dengan menyelengara suis sahaja seperti di atas dan masih boleh digunakan semula.


Selamat mencuba...

Thursday, 16 April 2020

TeleBest 210BC Telephone Repair

Banyak telefon seperti ini telah dirujuk kepada saya serta berjaya dibaiki dan anda boleh membacanya di sini.
TeleBest 210BC
Masalah telefon yang dirujuk kepada saya kali ini ialah tiada bunyi kedengaran apabila ganggangnya diangkat.
Setelah penutup dibuka...
Saya menjangkakan kerosakkannya pada speaker dan setelah dibuka serta diperiksa, speakernya masih elok dan tidak rosak namum salah satu wayar penyambung kepada speakernya putus seperti telah saya labelkan pada gambar di atas dan di bawah.
Wayar speaker putus...
Pemeriksaan pada komponen di papan litar juga tidak menemui sebarang kerosakkan dan kerja membaiki kali ini hanya menyambung kembali wayar yang putus di atas.
Sambung kembali wayar yang putus...
Setelah wayar penyambung kepada speaker tersebut saya sambung kembali dan diuji, ianya masih boleh digunakan dan tidak membisu lagi...
Tested - ok

Selamat mencuba...


 

Tuesday, 3 March 2020

TeleBest 850HT Telephone Repair

Telefon sebegini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
TeleBest 850HT
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi telefon yang sama namun masalah yang berbeza iaitu keypad tidak berfungsi bila ditekan.
Buzzer pecah...
Setelah dibuka, benda pertama yang saya nampak ialah buzzernya pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Cara membaikinya anda cuma perlu gam balik dengan menggunakan 'super glue' sahaja.
Gam balik buzzer pecah dengan 'super glue'...
Seterusnya pemeriksaan pada papan litar mendapati salah satu wayar yang disambung kepada suis ganggang telefon telah putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Sambungan putus...
Untuk membaiki sambungan wayar yang putus, perlu buka papan litar suis dan paterikan wayar tersebut ke kedudukan asalnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Dah sambung balik...
Setelah siap menyambungkan wayar yang putus dan diuji, masalah kepad tidak berfungsi telah selesai dan telefon tersebut masih boleh digunakan.
Siap...
Untuk makluman semua, kerosakkan seperti ini adalah berpunca daripada telefon tersebut terjatuh dari tempat tinggi dan terdapat kesan rekahan serta pecah pada bahagian luar telefon.
Tested - ok
Jaga baik-baik telefon anda dan elakkan daripada terjatuh dari tempat tinggi ketika bergayut di talian telefon.

Selamat mencuba...

Monday, 6 January 2020

TeleBest 210BC Telephone Repair

Telefon seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.
TeleBest 210BC
Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah pemerima tidak dapat mendengar suara kita. Untuk menguji masalah sedemikian kita cuma perlu sambungkan telefon ke talian telefon dan bila diangkat, kita juga tidak dapat mendengar suara kita sendiri.
Setelah penutup dibuka...
Pada mulanya saya mengesyaki mikrofon rosak dan bila diperiksa ianya masih elok.
Litar putus...
Seterusnya saya periksa komponen pada papan litar dan tiada yang didapati rosak. Pemeriksaan teliti pada papan litar akhirnya saya menemui salah satu bahagian litarnya putus dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
Tidak bersambung...
Bahagian yang putus itu saya sambung kembali dengan menggunakan dawai seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Sambung kembali guna dawai...
Litar yang putus sedemikian biasanya adalah disebabkan telefon terjatuh dari tempat tinggi dan setelah siap disambung serta diuji, penerima kini boleh mendengar suara pemanggil semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 19 November 2019

TeleBest 850HT Telephone Repair

Telefon seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Telebest 850HT
Semalam saya dirujuk sebuah lagi telefon berjenama TeleBest, Model: 850HT dengan masalah tidak berfungsi langsung.
Setelah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, cuma sebiji kapasitor yang didapati bergoyang bila disentuh dan lokasinya anda boleh lihat pada gambar di atas.
papn litar telah putus...
Setelah kapasitor tersebut saya buka dan periksa, ianya masih elok namun sambungan pada papan litarnya telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Sambung balik...
Jadi saya pasang balik dan sambung papan litar yang telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan setelah diuji, ianya masih boleh digunakan lagi.
Tested - ok
Untuk makluman semua, kebanyakan kerosakan telefon adalah disebabkan terjatuh dan telefon yang saya baiki ini juga tidak terkecuali.

Bukti ianya mangsa terjatuh ialah buzzer telefon tersebut pecah ketika saya buka dan telah saya gam balik menggunakan 'super glue'.

Selamat mencuba.