Showing posts with label Thermostat. Show all posts
Showing posts with label Thermostat. Show all posts

Tuesday, 29 November 2022

TOTALINE digital room thermostat repair

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah 'digital thermostat' berjenama TOTALINE dengan masalah layar indikator berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Setelah dibuka dan diperiksa, benda pertama yang ditemui ialah ada kesan letupan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Kesan letupan tersebut berpunca daripada fius dengan rating 6A seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

fius 6A meletup...

Masalah indikator berkelip-kelip masih sama walaupun fius telah saya gantikan dengan ynag baharu.

474 = 470nf = 0.47uf

Pemeriksaan seterusnya mendapati sebiji kapasitor bergoyang bila ditolak dengan jari dan setelah dibuka, salah satu terminalnya telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

kapasitor rosak...

Saya telah gantikan kedua-dua kapasitor dengan label 474 (0.47uf) sebab rosak dan sebiji lagi nilainya telah jauh menurun dari asal iaitu 470nf.

Tested - ok

Masalah indikator berkelip-kelip selesai dan telah berjaya diselamakan. Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.


Selamat berDIY...

Thursday, 12 May 2022

TOTALINE digital room thermostat repair

Banyak thermostat penghawa dingin seperti ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: TOTALINE

Masalah thermostat ini ialah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya hanya menemui sebiji kapasitor dengan nilai 470uf, 25v rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kapasitor 470uf, 25v rosak...

Walaupun kapasitor tersebut kelihatan elok namun nilai kapasitannya cuma 307nf sahaja apabila diukur dengan multimeter.

307nf sahaja (rosak)

Kapasitor merupakan komponen 'wear & tear' dan harus diganti bila tiba waktunya seperti bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery).

Siap...

Thermostat ini berjaya diselamatkan setelah dengan hanya menggantikan sebiji kapasitor dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Wednesday, 5 January 2022

TOTALINE digital room thermostat repair

Banyak thermostat digital seperti ini pernah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: TOTALINE

Kali ini saya kongsikan kerosakkan yang lebih serius pula seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kesan meletup di bawah papan litar...

Saya dirujuk dua buah thermostat digital dengan masalah yang sama iaitu ada kesan letupan pada bahagian bawah papan litar.

Sambung litar yang putus...

Setelah dibersihkan serta diperiksa, nasib agak baik iaitu hanya satu litar sahaja yang putus dan telah saya sambung kembali seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing...

Apabila diuji, thermostat digital ini boleh dihidupkan namun ada lagi masalah iaitu bekalan elektrik sentiasa ada pada bahagian kipas yang dilabel nombor 3 (high) walaupun telah dipadam (tekan butang power).

Gantikan relay yang rosak...

Pemeriksaan semula mendapati sebiji geganti (relay) rosak serta mengalami litar pintas seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Litar pintas pada relay yang rosak...

Kedua-dua thermostat digital ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah litar yang putus disambung kembali serta geganti yang rosak telah ditukar.

Siap...

Selamat mencuba...

Friday, 21 August 2020

TOTALINE digital room thermostat repair

Sebelum ini saya pernah membaiki thermostat seperti ini dan anda boleh membacanya di sini, sini, sini serta sini.

Bahagian bawah papan litar...

Masalah kali ini ialah langsung tidak dapat dihidupkan setelah arus elektrik dibekalkan. Bila saya buka dan periksa papan litarnya, tiada komponen yang didapati rosak.

ada litar terputus...

Setelah puas membelek-belek papan litarnya, akhirnya saya menemui satu litar yang terputus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

litar yang putus telah dibaiki...

Litar yang terputus tersebut adalah pada bahagian bekalan masuk arus AC dan ini bermaksud tiada bekalan elektrik langsung kepada papan litar. Gambar di atas menunjukkan litar yang putus telah saya baiki dengan sambung kembali menggunakan wayar.

Tested - ok

Setelah siap dibaiki dan diuji, ianya telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Saturday, 13 June 2020

TOTALINE digital room thermostat repair

Sebelum ini saya pernah membaiki thermostat digital seperti ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan di sini.
Komponen yang rosak...
Masalah kali ini juga sama iaitu langsung tidak dapat dihidupkan dan setelah dibuka serta diperiksa, komponen yang rosak ialah sebiji perintang 47Ω/1W dan sebiji kapasitor 470uF, 25v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Indikator rosak...
Setelah komponen yang rosak di atas ditukar dan diuji, ianya kini boleh dihidupkan semula namun indikator juga rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Keluarkan indikator yang rosak...
Indikator yang rosak tidak dapat dibaiki dan harus digantikan dengan yang baru. Gambar di bawah menunjukkan thermostat tersebut telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan semula.
Siap & tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 5 May 2020

TOTALINE digital room thermostat repair

Digital thermostat seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Penyambung (connector) tanggal...
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi digital thermostat dengan masalah penyambung (connector) tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Buka papan litar...
Caranya mudah sahaja iaitu buka papan litarnya dan pasang kembali penyambung ke kedudukan asal serta pateri pada bahagian bawah papan litar.
Pateri kembali ke kedudukan asal...
Hampir kesemua bahagian bawah papan litar pada bahagian penyambung telah retak dan saya pateri kembali kesemuanya seperti boleh dilihat seperti pada gambar di atas.
Siap...
Selamat mencuba...

Monday, 8 July 2019

TOTALINE digital room thermostat repair

Minggu lepas saya telah membaiki digital thermostat yang juga berjenama TOTALINE dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: TOTALINE
Masalah kali ini ialah ianya boleh dihidupkan namun kipas angin gagal berfungsi. Ketika saya menguji dengan menukar kelajuan kipas angin, kedengaran bunyi 'tak' setiap kali kelajuan kipas diubah. Ini bermaksud relay yang mengawal kelajuan kipas berkeadaan baik. Jadi kenapa kipas angin masih gagal berpusing?
Setelah penutup dibuka...
Setelah diperiksa, cuma sebiji fius 6A didapati rosak dan anda boleh melihat fius tersebut seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
Fius 6A putus...
Setelah fius tersebut saya ganti dan diuji, masalah kipas tidak berpusing telah selesai.
Fius baru (6A)
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday, 3 July 2019

TOTALINE digital room thermostat repair

Sebelum ini saya pernah membaiki digital thermostat tetapi jenama yang  berlainan dan anda boleh membacanya di sini. Kali ini jenama digital thermostat yang cuba saya baiki ialah TOTALINE.
Jenama: TOTALINE
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah ianya langsung tidak dapat dihidupkan.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
  1. Sebiji perintang 10Ω (1W)
  2. Sebiji kapasitor 470uF, 25v
  3. Sebiji 'tact switch' 
Komponen yang rosak
Sebelum saya menguji digital thermostat tersebut, saya juga terjumpa dua 'cold solder joint' seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Cold solder joint
Setelah kesemua telah selasai dibaiki dan diuji, kini digital thermostat tersebut kembali beroperasi semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 23 March 2019

ELSONIC AC206 Room Thermostat Repair

Dulu saya pernah berkata, 'kerosakan peralatan eletronik ini bermusim' dan hari ini saja saya telah dirujuk dua peralatan eletronik untuk penghawa dingin iaitu thermostat untuk di baiki.
Pandangan depan AC206
Kali ini thermostat digital berjenama ELSONIC, Model: AC206. Masalahnya ialah tidak berfungsi walaupun telah dibekalkan dengan eletrik.
Pandangan belakang AC206
Setelah dibuka dan diperiksa, 2 komponen didapati rosak iaitu voltage regulator (78L05) dan sebiji kapasitor 220uF, 50V seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
Voltage regulator & kapasitor baru..
Setelah kedua-dua komponen tersebut diganti dan diuji, ternyata ianya telah diselamatkan dan boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...