Pagi ini saya dirujuk sebuah TV Box berjenama EVPAD dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
![]() |
| EVPAD TV Box |
Pemeriksaan awal pada adapter mendapati masih elok dan ada menghasilkan output 5v.
![]() |
| Model EVPAD-3S |
Setelah dibuka dan diperiksa, tiada komponen yang meragukan serta rosak ditemui dengan pandangan mata kasar.
![]() |
| Setelah penutup bawah dibuka... |
Seterusnya saya sambungkan bekalan 5v dan mendapati tiada voltan langsung pada papan litar apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter.
![]() |
| Litar pintas pada bahagian bekalan... |
Pemeriksaan seterusnya pada bahagian input mendapati ada litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
| Litar pintas pada sebiji kapasitor jenis SMD... |
Pemeriksaan menggunakan multimeter pada bahagian input mendapati litar pintas tersebut berpunca dari sebiji kapasitor jenis SMD seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
![]() |
| Gantikan kapasitor baharu... |
Saya tidak pasti berapa nilai kapasitor tersebut dan apa yang saya lakukan ialah gantikan dengan sebiji kapasitor yang sama saiz. Nilai kapasitor yang saya gantikan ialah 1uF sahaja apabila diukur dengan multimeter.
![]() |
| Bacaan rintangan pada kapasitor rosak... |
Gambar di atas dan di bawah adalah bacaan rintangan yang saya dapat apabila kapasitor rosak diukur dengan multimeter. Bacaan rintangan juga berbeza apabila terminal multimeter saya terbalikkan.
![]() |
| Bacaan rintangan pada kapasitor rosak... |
Kapasitor yang elok tidak seharusanya mempunyai bacaan rintangan dan jika ada pun cuma ESR (equivalent series resistor) sahaja dan tidak dapat diukur dengan multimeter biasa.
![]() |
| Testing... |
TV Box ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kapasitor yang mengalami litar pintas di atas telah saya gantikan.
![]() |
| Tested - ok |
Selamat mencuba...









