BR1M 2.0 merupakan singkatan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia ke-2 dan saya merupakan salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan. Ianya mulai diedarkan sejak Februari 1, 2013 dan saya telah dimaklumkan untuk menuntut BR1M 2.0 melalui pesanan sms seperti pada gambar berikut.
|
Siapa pandai baca? tolong 'translate'... |
Walaupun saya telah dimaklumkan untuk menuntut BR1M 2.0 mulai Februari 18, 2013 namun saya hanya punya masa terluang pada hari ini untuk membuat tuntutan. Gambar berikut merupakan proses dari mula sehingga menerima RM500 tunai dalam masa sejam.
|
1. Kaunter pertama - semak kelulusan permohonan |
|
Kaunter ke dua - ambil baucher tunai |
|
Dapat dah, tulis nama & nombor kad pengenalan sendiri... |
|
Kaunter ke tiga - tunaikan baucher |
|
Ini saja yg tinggal, sampul surat & RM500 tunai... |
Secara keseluruhan, kesimpulan saya tentang pemberian BR1M 2.0 ini adalah bermotifkan PRU13 atau kalau dengan istilah saya sendiri iaitu 'Beri Rasuah 1 Malaysia. Sebabnya ialah seperti berikut:-
1. Fahamkan sms yang saya terima di atas.
2. Semua pegawai yang bertugas berpakaian dengan logo dacing (Barisan Nasional) & logo SUPP (Sarawak United Peoples' Party)
3. Lihat saja pada kaunter pertama dan ke dua, jelas tertera kawasan mengundi.
4. Di dalam 'surat kelulusan' juga tertera kawasan mengundi.
4. Ketika berada di kaunter pertama, saya diberitahu bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai penerima BR1M 2.0 setelah pegawai tersebut menyemak melalui komputernya. Namun setelah diberitahu bahawa saya dipanggil melalui sms untuk datang menuntut, pegawai tersebut menyemak semula dan saya diberi 'surat kelulusan'. Setelah diberikan 'surat kelulusan', pegawai tersebut menyuruh saya mengisi nama, nombor kad pengenalan & nombor telefon pada sehelai kertas dengan tertera perkataan:-
Kami Sokong Datuk xxx. Saya menjawab 'sorry, don't talk politic here' dan meninggalkan kaunter tersebut tanpa mengisinya.
Ketika menunggu giliran untuk menunaikan baucher, saya sempat terlihat dua wanita yang tidak mahu menunggu giliran dan memberikan baucher tunai tersebut kepada pegawai bank di situ untuk menunaikan bagi pihak mereka. Apakah ini SOP mereka?
Setelah mengambil baucher tunai pada kaunter ke dua, saya perlu berjalan kaki ke tingkat 3 untuk menunaikan baucher tersebut. Apa yang memeranjatkan saya kali ini ialah pegawai bank yang mengeluarkan wang tunai mengambil baucher tunai serta 'surat kelulusan' saya. Ketika ditanya kenapa surat tersebut mereka ambil, dengan selamba pegawai tersebut menjawab '
only money belong to you'.
Saya amat tidak bersetuju dengan pengambilan 'surat kelulusan' BR1M 2.0 kerana di dalam surat tersebut terkandung nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat serta nombor telefon setiap penerima. Banyak perkara yang mereka boleh lakukan dengan data pribadi individu tersebut.
Pihak pengurusan juga turut menyediakan laluan khas kepada warga emas, ibu mengandung serta OKU ketika menunaikan baucher BR1M 2.0.
Menurut firasat saya, kerajaan menjual data tersebut kepada pihak bank dengan pulangan membantu menunaikan baucher tunai BR1M 2.0. Untuk makluman, pihak bank yang bertugas pada hari ini ialah Maybank.
Kepada sesiapa yang terbaca 'diary' saya kali ini, ribuan kemaafan saya pohon sekiranya nukilan saya ini bakal menyinggung mana-mana pihak.