Monday, 25 February 2013

DIY - ganti 'power window' Proton Satria GTi

Kejadian 'power window' kereta Proton Satria GTi saya rosak berlaku pada hari pertama tahun baru cina yang lalu (10/2/2013). Namun ianya hanya dibaiki pada 20/2/2013 setelah puas mencari alat gantinya di serata pelusuk Miri. Untuk makluman, alat ganti tulennya berharga RM776.20 dan harus ditempah melalui cawangan Proton.
1. Tanggalkan kesemua skrew...

2. Tanggalkan ke tiga-tiga skrew untuk mengeluarkan motor yang rosak...

3. Gantikan motor 'power window' yang baru...

4. Selepas ditukar dengan motor yang baru...
Jika boleh dipusing dengan tangan, sah motor tersebut telah rosak...

Kenapa harus membelanjakan sejumlah RM776.20 untuk alat ganti yang tulen sedangkan dengan harga RM35 (alat ganti untuk Proton wira) juga boleh digunakan. Takda siapa yang tahu kita guna alat ganti tiruan sebab ianya tersembunyi di dalam pintu.

Dengan harga RM776.20 saya boleh membeli sebanyak 22 biji motor tiruan. Saya juga yakin 22 biji motor tiruan boleh berkhidmat lebih lama dari sebiji motor tulen.

Nampak gayanya jika kita memiliki kereta nasional, kita perlu berbelanja lebih untuk penyelengaraan. Haruskah kita menyokong kereta nasional? Tepuk dada tanya iman...

DIY - ganti mentol lampu brek Perodua Kancil

1. Tanggalkan skrew...

2. Tanggalkan keempat-empat skrew...

3. Ganti mentol yang rosak...

4. Pasang kembali lampu brek dengan memasukkan bahagian bawah dahulu.

Mentol yang rosak, harga sebiji mentol cuma RM1.00 sahaja. Selamat mencuba...

Bulan Purnama (Full Moon) - Feb 2013

Kalendar yang kita guna seharian adalah berasaskan kitaran bulan mengelilingi bumi. Bulan penuh akan muncul sekali setiap bulan.

Terdapat banyak kalendar di seluruh dunia dan majoriti adalah berasaskan kitaran bulan termasuk kalendar maya. Dalam banyak-banyak kalendar, saya hanya menggunakan kalendar lunar dan kalendar barat atau 'Gregorian calendar'.

'Gregorian calendar' merupakan kalendar yang digunakan oleh kita seharian iaitu dari bulan Jaunari sehingga bulan Disember untuk setahun, manakala kalendar lunar pula digunakan oleh orang-orang cina. Dalam kalendar lunar, bulan penuh ialah pada hari ke 15 manakala hari pertama pula anak bulan tidak kelihatan langsung.

Berbeza dengan kalendar islam, hari pertamanya ialah dua selepas hari pertama pada kalendar lunar. Ini disebabkan bagi menentukan hari partama dalam kalendar islam, anak bulan harus kelihatan. Maksudnya kalendar islam adalah sama dengan kalendar lunar (berasaskan kitaran bulan) tetapi lewat dua hari setiap bulan jika tarikhnya dibandingkan dengan kalendar lunar.

Berikut merupakan imej bulan yang saya rakam menggunakan kamera DSLR dengan lensa 55-200mm. 24/2/2013 merupakan hari terakhir perayaan tahun baru cina atau 'chap goh mei' yang bermaksud malam lima belas iaitu bulan penuh.

21/02/2013 - 初十二

23/02/2013 - 初十四

24/02/2013 - 初(Chap Goh Mei)
25/02/2013 - 初
26/02/2013 - 初
27/2/2013 - 初 (1/250s, 2.0eV, iso100, f8)
28/02/2013 - 初 (1/200s)
01/03/2013 - 初二十 (1/125s)
3/3/2013 - 初廿 (1/160s)
4/3/2013 - 初廿 (1/125s)
5/3/2013 - 初廿 (1/30s)

Tuesday, 19 February 2013

Tuntutan BR1M 2.0

BR1M 2.0 merupakan singkatan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia ke-2 dan saya merupakan salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan. Ianya mulai diedarkan sejak Februari 1, 2013 dan saya telah dimaklumkan untuk menuntut BR1M 2.0 melalui pesanan sms seperti pada gambar berikut.
Siapa pandai baca? tolong 'translate'...
Walaupun saya telah dimaklumkan untuk menuntut BR1M 2.0 mulai Februari 18, 2013 namun saya hanya punya masa terluang pada hari ini untuk membuat tuntutan. Gambar berikut merupakan proses dari mula sehingga menerima RM500 tunai dalam masa sejam.
1. Kaunter pertama - semak kelulusan permohonan

Kaunter ke dua - ambil baucher tunai

Dapat dah, tulis nama & nombor kad pengenalan sendiri...

Kaunter ke tiga - tunaikan baucher

Ini saja yg tinggal, sampul surat & RM500 tunai...

Secara keseluruhan, kesimpulan saya tentang pemberian BR1M 2.0 ini adalah bermotifkan PRU13 atau kalau dengan istilah saya sendiri iaitu 'Beri Rasuah 1 Malaysia. Sebabnya ialah seperti berikut:-

1. Fahamkan sms yang saya terima di atas.

2. Semua pegawai yang bertugas berpakaian dengan logo dacing (Barisan Nasional) & logo SUPP (Sarawak United Peoples' Party)

3. Lihat saja pada kaunter pertama dan ke dua, jelas tertera kawasan mengundi.

4. Di dalam 'surat kelulusan' juga tertera kawasan mengundi.

4. Ketika berada di kaunter pertama, saya diberitahu bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai penerima BR1M 2.0 setelah pegawai tersebut menyemak melalui komputernya. Namun setelah diberitahu bahawa saya dipanggil melalui sms untuk datang menuntut, pegawai tersebut menyemak semula dan saya diberi 'surat kelulusan'. Setelah diberikan 'surat kelulusan', pegawai tersebut menyuruh saya mengisi nama, nombor kad pengenalan & nombor telefon pada sehelai kertas dengan tertera perkataan:- Kami Sokong Datuk xxx. Saya menjawab 'sorry, don't talk politic here' dan meninggalkan kaunter tersebut tanpa mengisinya.

Ketika menunggu giliran untuk menunaikan baucher, saya sempat terlihat dua wanita yang tidak mahu menunggu giliran dan memberikan baucher tunai tersebut kepada pegawai bank di situ untuk menunaikan bagi pihak mereka. Apakah ini SOP mereka?

Setelah mengambil baucher tunai pada kaunter ke dua, saya perlu berjalan kaki ke tingkat 3 untuk menunaikan baucher tersebut. Apa yang memeranjatkan saya kali ini ialah pegawai bank yang mengeluarkan wang tunai mengambil baucher tunai serta 'surat kelulusan' saya. Ketika ditanya kenapa surat tersebut mereka ambil, dengan selamba pegawai tersebut menjawab 'only money belong to you'.

Saya amat tidak bersetuju dengan pengambilan 'surat kelulusan' BR1M 2.0 kerana di dalam surat tersebut terkandung nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat serta nombor telefon setiap penerima. Banyak perkara yang mereka boleh lakukan dengan data pribadi individu tersebut.

Pihak pengurusan juga turut menyediakan laluan khas kepada warga emas, ibu mengandung serta OKU ketika menunaikan baucher BR1M 2.0.

Menurut firasat saya, kerajaan menjual data tersebut kepada pihak bank dengan pulangan membantu menunaikan baucher tunai BR1M 2.0. Untuk makluman, pihak bank yang bertugas pada hari ini ialah Maybank.

Kepada sesiapa yang terbaca 'diary' saya kali ini, ribuan kemaafan saya pohon sekiranya nukilan saya ini bakal menyinggung mana-mana pihak.

2013 F1 2nd pre-season testing at Barcelona

Test Day 1 (Fastest Times)
P Driver Team Time
1  RosbergMercedes 1m22.616s
2  RaikkonenLotus 1m22.623s  +0.007
3  AlonsoFerrari 1m22.952s  +0.336
4  VettelRed Bull 1m22.965s  +0.349
5  MaldonadoWilliams 1m23.733s  +1.117
6  RicciardoToro Rosso 1m23.884s  +1.268
7  PerezMcLaren 1m24.124s  +1.508
8  Di RestaForce India 1m24.144s  +1.528
9  GutierrezSauber 1m25.124s  +2.508
10  ChiltonMarussia 1m26.747s  +4.131
11  PicCaterham 1m27.534s  +4.918
Test Day 2 (Fastest Times)
P Driver Team Time
1  PerezMcLaren 1m21.848s
2  VettelRed Bull 1m22.197s  +0.349
3  RaikkonenLotus 1m22.697s  +0.849
4  HamiltonMercedes 1m22.726s  +0.878
5  AlonsoFerrari 1m23.247s  +1.399
6  BottasWilliams 1m23.561s  +1.713
7  RicciardoToro Rosso 1m23.718s  +1.870
8  Di RestaForce India 1m23.971s  +2.123
9  HulkenbergSauber 1m24.205s  +2.357
10  ChiltonMarussia 1m25.115s  +3.267
11  PicCaterham 1m26.243s  +4.395
Test Day 3 (Fastest Times)
P Driver Team Time
1  AlonsoFerrari 1m21.875s
2  HulkenbergSauber 1m22.160s  +0.285
3  GrosjeanLotus 1m22.188s  +0.313
4  RosbergMercedes 1m22.611s  +0.736
5  MaldonadoWilliams 1m22.675s  +0.800
6  BottasWilliams 1m22.826s  +0.951
7  ButtonMcLaren 1m22.840s  +0.965
8  SutilForce India 1m22.877s  +1.002
9  WebberRed Bull 1m23.024s  +1.149
10  VergneToro Rosso 1m23.366s  +1.491
11  ChiltonMarussia 1m25.690s  +3.815
12  van der GardeCaterham 1m26.177s  +4.302
Test Day 4 (Fastest Times)
P Driver Team Time
1  HamiltonMercedes 1m23.282s
2  ButtonMcLaren 1m23.633s  +0.351
3  VergneToro Rosso 1m24.071s  +0.789
4  BianchiForce India 1m25.732s  +2.450
5  GutierrezSauber 1m26.239s  +2.957
6  van der GardeCaterham 1m27.429s  +4.147
7  MassaFerrari 1m27.563s  +4.281
8  WebberRed Bull 1m27.616s  +4.334
9  ChiltonMarussia 1m29.902s  +6.620
10  GrosjeanLotus 1m34.800s  +11.518