Showing posts with label Karcher. Show all posts
Showing posts with label Karcher. Show all posts

Tuesday, 15 March 2022

Karcher T191 vacuum cleaner repair

Sebelum ini saya pernah membaiki penyedut hampagas seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Karcher T191

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi penyedut hampagas yang serupa dengan masalah mengeluarkan 'bau hangus' apabila digunakan.

Pemegang 'carbon brush' pecah...

Masalah 'bau hangus' biasanya adalah disebabkan kerosakkan 'carbon brush' atau mungkin armature telah rosak.

Serpihan yang pecah...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati masalahnya ialah pada pemegang 'carbon brush' yang telah pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Carbon brush haus bahagian tepi...

'Carbon brush' tidak berada di kedudukan asalnya dan percikan api terhasil serta mengeluarkan 'bau hangus'  ketika digunakan sebab longgar.

Gam dengan super glue...

Apa yang saya lakukan ialah gam kembali serpihan yang pecah dengan menggunakan super glue seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Plastic welding...

Setelah di gam, saya lakukan 'plastic welding' pada bahagian yang pecah supaya lebih tahan. Gambar di atas menunjukkan bahagian pecah telah siap dibaiki.

Serpihan pecah yang hilang...

Saya juga melakukan 'plastic welding' pada bahagian yang pecah namun serpihannya tidak ditemui dan gambar di atas serta di bawah menunjukkan perbezaannya setelah dibaiki.

Plastic welding...

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara melakukan 'plastic welding' dan anda boleh rujuk di sini.

Masalah mengeluarkan 'bau hangus' selesai setelah bahagian pecah di atas telah saya baiki dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Thursday, 6 January 2022

Karcher T 15/1 Vacuum Cleaner repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki penyedut hampagas (vacuum cleaner) dengan cara 'old school'.

Karcher T15/1

Pemilik cuma memberitahu saya ianya tidak berfungsi sahaja dan pemeriksaan awal pada plug 3-pin serta kabel masih elok.

Seterusnya saya buka penutup bahagian atas dan mendapati ianya boleh berfungsi apabila telah diketuk seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Lokasi 'carbon brush'...

Cara 'troubleshooting' dengan mengetuk saya panggil 'old school' sebab banyak peralatan elektrik kembali berfungsi apabila telah ditampar terutamanya radio serta TV di zaman 80an sebab masalah 'cold solder joint' pada papan litar.

'Carbon brush' telah habis...

Penyedut hampagas ini tidak mempunyai papan litar dan ianya tiada kaitan dengan 'cold solder joint'. Masalah sedemikian adalah disebabkan 'carbon brush' telah pendek dan tidak menyentuh armature.

Gantikan dengan 'carbon brush' baharu...

'Carbon brush' cuma akan menyentuh armature ketika diketuk/tampar dan berfungsi sekejap. Masalah akan berfungsi setelah diketuk selesai setelah 'carbon brush' telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

Jika anda ada masalah penyedut hampagas yang tidak berfungsi, anda boleh lah gunakan cara ketuk/tampar bagi mengetahui punca masalah seperti telah saya kongsikan di atas.

Selamat mencuba...


 

Thursday, 9 September 2021

Karcher NT 35/1 Ap repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas (vacuum cleaner) berjenama Karcher, Model: NT 35/1 Ap dengan masalah tidak kuat menyedut.

Karcher wet & dry vacuum cleaner...

Kelebihan penyedut hampagas ini ialah ianya juga boleh digunakan untuk menyedut cecair.

Karcher Professional NT35/1 Ap

Pemeriksaan awal ketika mengujinya mendapati daya sedutannya amat lemah seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.


Biasanya masalah sedemikian adalah disebabkan oleh penapis udara (air filter) sumbat namun apabila saya buka bahagian penutup penapis udara, ianya kelihatan bersih seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka penutup filter...

Penapis udara tersebut kelihatan bersih pada bahagian atas namun bahagian bawahnya tersumbat teruk seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah saya keluarkan.

Filter sumbat...

Ada dua cara mengatasi masalah sedemikian iaitu:-

  1. Gantikan penapis udara yang baharu
  2. Cuba bersihkan penapis udara yang tersumbat.

Nasib agak baik sebab penapis udara ini masih basah dan tersumbat akibat sesuatu yang berwarna ungu (purple) seperti boleh dilihat pada klip video di atas ketika saya mencucinya menggunakan air.

Klip video di atas saya rakam setelah penapis udaranya telah saya bersihkan dan diuji. Sekiranya penapis udara tidak dapat dibersihkan, anda perlu menggantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

Tuesday, 1 June 2021

Karcher T 12/1 Professional Dry Vacuum Cleaner - beyond repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama Karcher dengan masalah boleh dihidupkan namun padam selepas beberapa saat sahaja dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Dari pendengaran saya, motornya juga berpusing dengan perlahan.

Apabila diperiksa, saya dapati filter pada bahagian dalamnya sumbat seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Setelah filter yang sumbat saya bersihkan dan diuji, masalah tetap sama iaitu motor berputar dengan perlahan dan padam dengan sendiri setelah beberapa saat sahaja.

Saya buka bahagian motor dan mendapati 'carbon brush' telah retak/pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pemeriksaan pada armature menggunakan multimeter mendapati terdapat litar pintas di antara commutator dan bahagian chassis seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Gambar di bawah pula menunjukkan bahagian commutator yang mengalami litar pintas ke bahagian chassis dan ianya tidak dapat dibaiki.

Penyedut hampagas ini tidak dapat dibaiki dan perlu menukar motor yang baru.

Tuesday, 2 March 2021

Karcher A 2004 vacuum cleaner repair

Semalam saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama Karcher, model: A 2004 dengan masalah padam sendiri ketika digunakan.

Karcher A 2004

Setelah penyedut hampagas tersebut saya buka dan diperiksa dengan menggunakan multimeter, kesemuanya elok tanpa sebarang masalah.

Model: A 2004

Ianya juga berfungsi ketika diuji namun apabila saya pasang kembali penutupnya yang berwarna kuning, ianya gagal berfungsi.


Pemeriksaan seterusnya mendapati kabel bermasalah seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Potong bahagian yang putus...

Setelah bahagian kabel yang putus saya potong dan disambung kembali, masalah kadang-kadang padam sendiri selesai dan telah berjaya di selamatkan.

Selamat mencuba...

Monday, 7 December 2020

Karcher K5.600 high pressure washer repair

Sabtu lepas saya dirujuk sebuah 'high pressure washer' berjenama KARCHER, Model: K5.600 dengan masalah pam motor tidak berhenti walaupun ianya tidak digunakan.

Jenama: KARCHER

Secara amnya motor 'high pressure washer' akan berhenti apabila tidak digunakan dan hanya mengepam ketika digunakan iaitu setelah picu ditekan.

Model: K5.600

Pemilik memberitahu saya pada mulanya suis pam tersebut rosak serta tidak dapat dipusing. Dia telah membukanya dan memasang suis baru seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Suis yang diubahsuai oleh pemilik...

Setelah dia mengubahsuai dengan memasang suis yang baru, pam tersebut terus mengepam sejurus sahaja suis dihidupkan tanpa henti-henti.

Suis asal dikunci skru...

Pemilik meminta bantuan saya untuk mengenalpasti serta memperbetulkan masalah pam motor yang tidak padam-padam sejurus sahaja suis dihidupkan.

Setelah penutup dibuka...

Pemilik juga memberitahu saya yang suis asal telah dibukanya setelah memasang suis baru. Menurutnya suis tersebut hanya berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sahaja.

banyak harus dibuka untuk keluarkan suis...

Gambar di atas menunjukkan 'high pressure washer' tersebut telah saya leraikan untuk mengeluarkan bahagian suis. Setelah suisnya saya buka seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, saya dapati banyak komponen di dalamnya telah hilang dan bahagian yang berwarna merah merupakan suis untuk memadamkan pam motor jika tidak digunakan.

Suis asal telah dibuka oleh pemilik...

Saya minta pemilik mencari semula komponen di dalam suis yang telah dibukanya dan gambar di bawah menunjukkan komponen asal suis telah dipasang semula.

Pasang kembali suis asalnya...

Setelah siap dipasang kembali kesemua yang telah saya leraikan di atas dan diuji, masalah pam motor tidak padam-padam telah selesai dan 'high pressure washer' tersebut telah kembali normal. Klip video di bawah dihanar oleh pemilik kepada saya ketika beliau mengujinya.


Jika anda mempunyai masalah suis pada 'high pressure washer' seperti di atas, pastikan anda tidak membuka/buang suis asalnya sebab ianya bukan sekadar sambung/putuskan bekalan elektrik sahaja.

Fahamkan dahulu fungsi peralatan elektrik anda sebelum membuat sebarang pengubahsuaian. Jika anda tidak faham, sila rujuk kepada pakar. Kesilapan pengubahsuaian boleh membahayakan pengguna.

Fikir-fikirkan...

Friday, 31 January 2020

Karcher T191 vacuum cleaner repair

Penyedut hampagas seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Karcher T191
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak dapat dihidupkan. Penyedut hampagas ini pernah dan telah dirujuk kepada saya sebanyak dua kali sebelum ini dan masalahnya ialah wayar penyambung tanggal seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Setelah penutup dibuka...
Sebelum ini saya cuma sambung balik wayar yang tertanggal dan saya kembalikannya kepada pemilik. Saya rasa ada yang tak kena sebab wayar yang sama tanggal dan jika saya cuma sambungkan kembali wayar tersebut sahaja, saya yakin masalah yang sama akan berulang.

Saya juga dapati motor tersebut boleh bergerak ketika saya cuba pusing motornya dan akhirnya saya dapati dua biji skrunya telah hilang seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Kunci balik skru serta sambung balik wayar yang tertanggal...
Saya gantikan skru yang telah hilang serta ketatkan ketiga-tiga skru tersebut dan apabila saya cuba pusing motornya semula, kali ini tidak bergerak lagi. Saya juga sambung kembali wayar yang tertanggal dan diuji tanpa sebarang masalah lagi. Saya juga yakin lepas ini masalah yang sama tidak akan berulang lagi.

Saya tidak tahu kenapa skrunya boleh hilang dan saya tidak menjumpainya pada bahagian dalam penyedut hampagas tersebut. Kemungkinan ianya pernah dibuka seseorang dan lupa memasangnya kembali.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 31 December 2019

Troubleshooting - motor

Hari ini saya kongsikan cara untuk 'troubleshoot' motor pada penyedut hampagas (vacuum cleaner) dengan masalah mengeluarkan 'bau hangus' sejurus dihidupkan.

Penyedut hampagas yang dirujuk kepada saya kali ini berjenama Karcher. Apabila saya buka, periksa serta uji motornya, apa yang boleh dilihat adalah seperti pada klip video di bawah.
Motor yang elok jika diuji sepatutunya seperti boleh dilihat pada klip video di bawah iaitu cuma sedikit sahaja percikan api kelihatan apabila motor berpusing dan bukannya seperti klip video di atas.

Selain daripada percikan api yang kuat kelihatan, melalui pendengaran saya motornya juga berputar lebih perlahan dari biasa dan menghasilkan haba yang tinggi iaitu cepat panas walaupun diuji sekejap sahaja.

Jika anda menghadapi masalah sedemikian, cara-cara untuk memastikan kerosakkan pada motor boleh anda lihat pada klip video di atas.
Commutator

Jika anda pasti armature mengalami masalah, apa yang anda boleh lakukan untuk membetulkan keadaan ialah bersihkan 'commutator' pada armature. Jika setelah dibersihkan masalah tetap sama, anda ada beberapa pilihan sahaja iaitu:-
  1. Tukar armature yang baru
  2. rewind armature
  3. tukar motor yang baru
  4. beli penyedut hampagas baru
Selamat mencuba...

Tuesday, 3 December 2019

Karcher NT 361 Eco wet & dry vacuum cleaner

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama KARCHER, Model: NT 361 Eco dengan masalah butang suis jika dilepas, penyedut hampagas tersebut akan padam.
Jenama: KARCHER, Model: NT 362 Eco
Maksudnya jika nak guna penyedut hampagas tersebut, kena tekan butang suis dan tidak boleh dilepaskan. Jadi, masalahnya ialah pada butang suisnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Butang suis
Setelah butang suis tersebut saya umpil dan dikeluarkan, salah satu kaki suis tersebut bengkok dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Salah satu kaki butang tersebut bengkok...
Oleh kerana butang suis tersebut diperbuat daripada plastik/getah, jadi untuk meluruskannya anda perlu panaskan dan bengkok kembali. Saya menggunakan pemetik api dan panaskan bahagian yang bengkok tersebut dan kepit dengan menggunakan 'long nose plier' dan tunggu sehingga sejuk.

Gambar di bawah menunjukkan salah satu kaki suis yang bengkok telah saya luruskan dan setelah dipasang kembali kepada penyedut hampagas tersebut dan diuji, masalah yang disebutkan di atas telah selesai.
Dah lurus...
Selamat mencuba...

Thursday, 12 September 2019

Karcher T 12/1 Professional Dry Vacuum Cleaner repair

Hari ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama Karcher, Model: T 12/1 dengan masalah tidak dapat dihidupkan walaupun telah di bekalkan arus elektrik.
Karcher T 12/1
Setelah diperiksa, punca tidak dapat dihidupkan ialah pada suis utamanya di mana jika ditekan dengan kuat ianya boleh dihidupkan namun bila dilepaskan suis tersebut ianya akan padam semula.
Tiada 'connectivity' walaupun suis telah 'on'...
Memandangkan suis tersebut memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan alat ganti yang baru, maka saya cuba buka dan baiki suis tersebut.
Buka & keluarkan suis dari sambungan...

Buka penutup suis..
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan suis yang telah saya buka.
Setelah kesemua dibuka...
Gambar di bawah menunjukkan salah satu spring pada suis tersebut telah putus.
Spring suis putus...
Jadi sementara menunggu suis yang baru tiba, saya baiki spring yang putus tersebut. Spring tersebut tidak dapat di sambung dan apa yang saya lakukan ialah tarik spring tersebut sehingga sama panjang dengan asalnya dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Tarik & panjangkan spring yang putus...

Pasang kembali...
Setelah berpuas hati dengan spring yang telah saya tarik, saya pasang kembali dan periksa 'continuity' suis tersebut. Ianya menunjukkan 'continuity' ketika di tekan.
Pasang penutup suis...

Gam bahagian bawah suis dengan gam silikon..

Sambung kembali...
Akhir sekali suis tersebut saya sambungkan semula kepada penyedut hampagas tersebut dan diuji, kini ianya boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...