Showing posts with label AKAI. Show all posts
Showing posts with label AKAI. Show all posts

Monday, 30 January 2023

AKAI GXC-710D cassette player repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah alat pemain kaset berjenama AKAI, model GXC-710D dengan masalah boleh berfungsi namun sangat perlahan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Untuk makluman semua, alat pemain kaset ini adalah keluaran tahun 70an (1976 - 1978) dan pemilik memberitahu saya ianya tidak pernah dibaiki serta telah lama disimpan sebab masalah di atas.

ALAI GXC-710D

Masalah alat pemain kaset seperti ini majoriti adalah disebabkan tali sawat (belting) telah keras atau mungkin tidak elastik lagi serta gagal menggerakkan bahagian mekanikal di dalamnya.

Model: GXC-710D

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, alat pemain kaset ini sedikit unik sebab motor yang digunakan adalah jenis AC dan disambungkan kepada sebiji 'running capacitor' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Nilai kapasitor yang digunakan ialah 7uf + 1uf dan disambung secara selari seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kapasitor motor - 7uf + 1uf

Apa yang saya lakukan ialah tanggalkan sambungan kapasitor kepada bahagian 1uf dan kelajuannya bertambah sedikit namun masih perlahan seperti boleh ditonton pada klip video pertama di atas.

128uf?

Nilai kedua-dua kapasitor tersebut ialah 128uf + 12.9uf seperti boleh dilihat pada gambar di bawah apabila diukur dengan menggunakan multimeter.

12uf?

Masalah selesai setelah saya gantikan kapasitor tersebut dengan menyambungkan 2 biji kapasitor 4uf untuk mendapatkan 8uf seperti kapasitor asal.

Sambung siri 2 biji 4uf = 8uf

Voltan elektrik yang melalui kapasitor ialah 52.76vac setelah kapasitor telah saya gantikan dengan yang baharu. Voltan sebelum kapasitor ditukar cuma kira-kira 30vac sahaja jika hanya disambung kepada bahagian 7uf namun akan turun kepada 23vac jika bahagian 1uf disambung bersama pada kapasitor asal.

52.76vac (kapasitor baru)

Selamat berDIY...

Thursday, 13 August 2020

AKAI AM-2600 stereo amplifier repair

AKAI AM2600 stereo amplifier

Kali terakhir amplifier saya ini dibuka untuk diselengara ialah pada tahun 2013 dan anda boleh membacanya di sini.

Setelah penutup atas dibuka...

Sebenarnya saya tidak berjaya membaikinya ketika itu dan cuma mengikat relay di dalamnya dengan benang untuk kegunaan sementara. Saya juga terlupa untuk membaikinya semula bila ada kesempatan dan tanpa disedari 7 tahun telah berlalu menggunakannya hanya dengan bantuan sehelai benang sahaja.

Kapasitor 2.2uF, 50v rosak...

Pagi ini tiba-tiba saya teringat bahawa ianya masih belum dibaiki lagi dan membukanya serta memeriksa satu per satu komponen yang ada pada papan litar.

Saya hanya menemui sebiji kapasitor sahaja dengan nilai 2.2uF, 50v seperti telah saya tandakan pada gambar di atas didapati rosak.

Gantikan kapasitor baru...

Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini relay kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Saya kagum dengan ketahanan komponen pada amplifier tersebut dan hanya sebiji sahaja yang perlu diganti setelah lebih 40 tahun berkhidmat. AKAI AM2600 adalah model keluaran Jepun pada tahun 70an iaitu antara tahun 1976 sehingga 1979.


Klip video di atas menunjukkan ianya telah kembali berfungsi semula setelah diuji. Jika anda perlukan schematic untuk amplifier ini, anda boleh rujuk di sini.

Selamat mencuba..

Monday, 15 July 2013

main amplifier adjustment - AKAI AM-2600


Main Amp P.C. Board M2-5432A

Reading before adjustment (Right side)

After adjustment (Right side)

After adjustment (Left side)

Front View of AKAI AM-2600

Tuesday, 18 June 2013

AKAI AM-2600

Berikut merupakan 'sound system' antik yang saya guna di rumah.

1. DVD berjenama Cornell, Model: CAV-DV207Xa
2. Equalizer berjenama Pioneer, CR-333
3. Radio berjenama SANSUI, Model T80
4. Kaset berjenama AKAI, Model: GXC710D
5. Vintage Amplifier berjenama AKAI, Model: AM-2600
6. Speaker berjenama SANSUI, Model: SP-2500A

Beberapa hari yang lepas amplifier telah gagal berfungsi. Bila dihantar ke kedai untuk diperbaiki, mereka kata tak ada alat ganti. Kini tak ramai yang arif membaiki barang eletronik antik dan mahu tak mahu, saya terpaksa baiki sendiri.
Yang bawah sekali itu ialah 'vintage amplifier' berjenama AKAI, model: AM-2600
Specifications (Vintage amp)
Power output: 60 watts per channel into 8Ω (stereo)
Frequency response: 20Hz to 20kHz
Total harmonic distortion: 0.1%
Damping factor: 60
Input sensitivity: 3mV (MM), 150mV (DIN), 150mV (line)
Signal to noise ratio: 75dB (MM), 95dB (line)
Channel separation: 55dB (MM)
Output: 150mV (line), 30mV (DIN)
Speaker load impedance: 4Ω to 16Ω
Semiconductors: 35 x transistors, 17 x diodes
Dimensions: 440 x 141 x 331mm
Weight: 10kg
'relay' tak berfungsi

Bahagian dalam 'relay' yang gagal berfungsi

pintasan yang telah saya buat - diikat dengan tali merah
Memandangkan saya sememangnya meminati bidang elektronik ketika di bangku sekolah, maka saya faham serba sedikit tentang permasalahan berkaitan elektronik. Gambar di atas menunjukkan 'relay' yang gagal berfungsi. Memandangkan tiada alat ganti di pasaran, maka saya terpaksa membuat pintasan dengan mengikatkannya dengan benang.

Sehingga blog ini ditulis, amplifier tersebut masih berfungsi dan saya yakin ianya akan terus berkhidmat.