Showing posts with label Black&Decker. Show all posts
Showing posts with label Black&Decker. Show all posts

Monday, 9 August 2021

Black & Decker GWC1820PC cordless blower repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah 'blower' berjenama Black & Decker, model GWC1820PC dengan masalah langsung tidak berfungsi.

Black & Decker cordless blower

Pemeriksaan awal pada bateri lithium yang digunakan masih elok dan bacaan voltan yang saya dapat ialah 20.31v.

Model: GWC1820PC

Seterusnya saya buka 'blower' tersebut dan mendapati suis yang telah saya tandakan pada gambar di bawah hanya bergerak sedikit sahaja dan tidak menghidupkan suisnya apabila dilaras.

Setelah dibuka...

Saya keluarkan pelaras suis seperti ditandakan pada gambar di bawah dan membersihkan permukaan yang mengelonsor apabila dilaras.

Selengara suis...

'Blower' ini telah berjaya diselamatkan dengan hanya membersihkan pelaras suis sahaja seperti di atas.

BL2018 - 18v, 2.0Ah, 36Wh

Selamat mencuba...

Wednesday, 20 January 2021

BLACK&DECKER PW1570TD high pressure washer repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah 'high pressure washer' berjenama BLACK&DECKER, Model: PW1570TD dengan masalah tidak berfungsi langsung walaupun arus elektrik telah dibekalkan.

Jenama: BLACK&DECKER

Pemilik memberitahu saya ianya telah dirujuk kepada pembekal sebelum ini dan diberitahu motornya telah rosak serta tidak dapat dibaiki lagi.

Model: PW1570TD

Menurut pemilik lagi, kejadian padam secara tiba-tiba ketika digunakan telah berlaku beberapa kali sebelumnya namun masih boleh digunakan semula apabila telah sejuk. Jadi saya syak mungkin 'thermal fuse' rosak atau putus.

Thermal fuse...

Seperti biasa, pemeriksaan pada plug 3-pin serta kabel kesemuanya elok dan setelah dibuka serta diperiksa,  'thermal fuse' juga elok seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Carbon brush habis...

Pemeriksaan seterusnya pada 'carbon brush' mendapati salah satunya telah haus serta pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Kedudukan 'carbon brush' ialah berlabel nombor 7 pada gambar di bawah.

7 - Carbon brush

Setelah 'carbon brush' saya gantikan dengan yang baharu dan diuji, ianya masih boleh digunakan dan telah berjaya diselamatkan.

Pasang kembali...

Ketika membukanya, saya dapati ianya tidak pernah dibuka sebab terdapat banyak habuk serta serpihan cat di dalamnya yang jatuh keluar. Saya berpendapat pihak pembekal tidak memeriksa dan tidak berminat membaikinya. Apa kata anda?

Tested - ok

Selamat mencuba...