Showing posts with label Mixer. Show all posts
Showing posts with label Mixer. Show all posts

Wednesday, 3 August 2022

YAMAHA EMX5014c powered mixer repair (Part 2)

Bahagian pertama (Part 1) membaiki 'power mixer' ini telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

YAMAHA X7385

Komponen yang disyaki rosak telah saya kongsikan pada bahagian pertama (Part 1) iaitu:-

  1. Transistor C4793
  2. Transistor C3519
  3. Mosfet K3599
Komponen disyaki rosak...

Komponen-komponen pada gambar di atas dan dibawah disyaki rosak ketika saya memeriksanya di atas papan litar tanpa dikeluarkan.

Transistor disyaki rosak...

Oleh kerana 3 biji transistor seperti boleh dilihat pada gambar di atas disambung selari, saya terpaksa buka satu per satu untuk membuat pemeriksaan.

Komponen yang rosak...

Setelah kesemua komponen yang disyaki rosak dikeluarkan dari papan litar untuk pemeriksaan lanjut, hanya dua biji komponen sahaja yang menjadi punca litar pintas dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Tiada lagi litar pintas ditemui setelah komponen-komponen rosak telah dikeluarkan dari papan litar termasuk sebiji transistor C4793. Jadi, ianya elok serta tidak perlu ditukar.

Gantikan komponen yang rosak...

'Power amplifier' ini telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kedua-dua komponen rosak pada gambar di atas telah saya gantikan serta diuji.

 

Semua komponen yang rosak...

Kerja-kerja membaiki kali ini agak lancar dan cuma banyak menghabiskan masa untuk menunggu alat ganti yang baharu.

Selamat mencuba...

Sunday, 3 July 2022

YAMAHA EMX5014c powered mixer repair (Part 1)

Sebelum ini saya pernah baiki power mixer seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

YAMAHA EMX5014c

Beberapa bulan lepas saya telah dirujuk sebuah lagi power mixer serupa dengan masalah sama iaitu langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Model: EMC5014c

Setelah dibuka dan diperiksa, tiada komponen yang rosak boleh dilihat dengan mata kasar seperti pada gambar di bawah.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter menemui dua komponen rosak seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

YAMAHA X6827 pcb

Komponen yang rosak ialah:-

  1. dua biji GB15B60kd
  2. dua biji perintang 6.8Ω, 5w
Gantikan GB15B60kd...

Masalah yang dihadapi ialah susah untuk mendapatkan alat ganti dan terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk tiba dari tembok besar China

Gantikan 6.8Ω...

Setelah kedua-dua komponen di atas telah saya gantikan serta diuji, power mixer ini boleh dihidupkan tanpa disambung kepada module amplifier (YAMAHA X7385) seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Apabila saya sambungkan module amplifier, ianya padam semula sejurus dihidupkan dan ini memberitahu saya ada kerosakkan pada module amplifier.

YAMAHA X7385 pcb

Komponen yang ditemui rosak (litar pintas) pada module amplifier telah saya tandakan pada gambar di atas dan akan saya kongsikan semula pada bahagian ke-2 (Part 2) setelah alat ganti sampai untuk kerja-kerja membaiki seterusnya.

Selamat mencuba...

Saturday, 15 January 2022

PEAVEY PV8usb mixer repair

Bulan lepas saya dirujuk sebuah mixer berjenama PEAVEY, model PV8usb dengan masalah channel sebelah kanan tidak mengeluarkan bunyi.

PEAVEY PV8usb mixer

Banyak skru serta butang/pelaras perlu dibuka untuk mengeluarkan papan litar. Gambar di bawah menunjukkan papan litar telah saya buka untuk membuat pemeriksaan.

Pemeriksaan menyeluruh mendapati 4 biji IC (integrated circuit) berlabel UTC4558 rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

UTC4558 yang rosak...

Mixer ini berjaya diselamatkan dan masalah tiada suara pada channel sebelah kanan selesai setelah keempat-empat IC rosak diatas telah saya gantikan.

Klip video di atas dan di bawah saya ambil ketika menguji mixer tersebut setelah dibaiki dan kedua-dua baris lampu indikator berkelip-kelip serta mengeluarkan suara. Sebelum dibaiki, hanya lampu sebelah kiri sahaja yang berkelip dan lampu di sebelah kanan tidak berkelip langsung.

Selamat mencuba...

Wednesday, 26 February 2020

ALLEN&HEATH GL2400 dual-function live sound mixer repair

Kemarin saya dirujuk sebuah mixer buatan China berjenama ALLEN&HEATH, Model: GL2400. Anda boleh rujuk spesifikasinya di sini.
ALLEN&HEATH DL2400
Mixer tersebut nampak canggih dan ini merupakan kali ke-2 saya membaiki mixer. Mixer pertama yang telah saya baiki berjenama YAMAHA dan anda boleh membacanya di sini.
PSU (Power supply unit)
Masalah mixer ini ketika dirujuk kepada saya ialah ianya tidak berfungsi langsung walaupun arus elektrik telah dibekalkan dan jangakaan awal saya ialah masalah pada PSU (power supply unit) yang gagal berfungsi.
PSU takda kipas...
Ketika membukanya saya ternampak sesuatu yang jarang kelihatan iaitu wayar bumi (E) menggunakan warna merah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. PSU tersebut juga tidak dilengkapi dengan kipas.
Setelah penutup PSU dibuka...
Setelah PSU dibuka dan diperiksa, saya hanya menjumpai sebiji perintang 470kΩ (kuning/ungu/kuning) yang putus dan dilabelkan sebagai R13 pada papan litar.
Perintang 470kΩ putus...
Dalam masa yang sama saya juga mendapati sebiji IC yang berhampiran tidak mempunyai sebarang nombor rujukan seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Keluarkan perintang yang putus...
Tidak dapat dipastikan sama ada IC tersebut masih elok atau sebaliknya disebabkan tiada nombor rujukan dan pemeriksaan pada kesemua terminalnya tidak menemui sebarang litar pintas.
Gantikan perintang 470kΩ yang baru...
Jadi, saya terpaksa menukar perintang berlabel R13 yang putus dahulu dan menguji PSU tersebut.
Made in China

Sesuatu yang agak menggembirakan saya ialah mixer tersebut kembali berfungsi hanya dengan menukar sebiji perintang 470kΩ sahaja.
Testing...
Terlintas juga difikiran saya jika IC yang berhampiran dengan perintang R13 tersebut rosak, bagaimanakah saya mencari alat gantinya tanpa sebarang nombor rujukan?
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 29 June 2019

KENWOOD HM430 hand mixer repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah 'hand mixer' berjenama KENWOOD, Model: HM430 dengan masalah tidak berpusing.
Jenama: KENWOOD
Masalah mixer yang tidak berpusing biasanya adalah disebabkan gear yang mengerakkannya telah haus. Sebelum ini saya juga pernah membaiki mixer dengan masalah yang sama dan anda boleh membacanya di sini.
Model: HM430

Pandangan dalam setelah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, memang sah gear telah haus dan harus diganti. Anda boleh melihat keadaan gear yang telah rosak seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Gear telah haus...
Masalah yang dihadapi ialah kos untuk mendapatkan gear yang baru menelan belanja yang mahal dan tidak berbaloi untuk dibaiki.
Dua-dua gear telah haus...
Harga gear tersebut cuma kira-kira dalam £2.5 sehingga £7 sahaja namun setelah ditambah dengan kos penghantaran harganya boleh mencecah £10 hingga £15 iaitu kira-kira RM60 sehingga RM80 bergantung kepada harga pembekal. Anda boleh membelinya secara online di sini atau di sini. Harga untuk mendapatkan sebuah mixer yang baru kini cuma kira-kira dalam RM138.00 sahaja.
Cuci dengan bersih...
Oleh kerana tidak berbaloi untuk membeli gear yang baru, maka saya cuba baiki gear tersebut dengan menggunakan gam epoxy. Cara membaikinya boleh anda baca di sini.
Baiki gear tersebut dengan gam epoxi...
Setelah gear tersebut dibaiki dan diuji, 'hand mixer' tersebut masih boleh digunakan namun tidak pasti berapa lama ianya boleh bertahan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 7 December 2017

KitchenAid 5K5SS repair

Hari ini saya kongsikan pula satu pengalaman baru membaiki mesin pengadun berjenma: KitchenAid, model: 5K5SS.

Masalah ketika mesin pengadun ini dirujuk kepada saya ialah tidak berfungsi langsung. Setelah diperiksa bahagian yang melibatkan eletrik, punca yang menyebabkan pengadun ini langsung tidak berfungsi ialah 'carbon brush' telah haus dan harus diganti.
Keluarkan carbon brush yang lama

Gantikan carbon brush yang baru
Setelah carbon brush diganti, mesin pengadun kembali berfungsi semula namun ada lagi masalah yang harus ditangani iaitu bahagian yang mengadun tidak berputar walaupun motornya telah beroperasi.
Pandangan hadapan mesin pengadun
Biasanya masalah sebegini adalah disebabkan oleh kerosakan gear di bahagian yang berputar di dalam mesin. Berikut adalah cara bagaimana membuka mesin pengadun untuk mengenalpasti kerosakan bahagian mekanikal pada mesin.
Terbalikkan mesin pengadun

Umpilkan penutup dengan pemutar skru

ketuk pin pada bahagian pengadun

Bahagian pengadun telah dibuka

Buka kesemua 9 biji skru yang ditanda seperti di atas

Dah belah dua...

Gear plastik telah rosak...

Buka bahagian gear yang rosak...

Ketuk pin untuk keluarkan gear di bawah
Keluarkan gear di bawah

Atas: Gear baru, Bawah: gear yang rosak

Masukkan gear yang baru

Masukkan gear di bawah & masukkan pin





Setelah kesemua selesai dipasang, mesin pengadun kini tiada masalah mekanikal lagi dan boleh digunakan seperti biasa.
Alat ganti yang diperlukan
Untuk makluman, kesemua gear di dalam mesin pengadun tersebut diperbuat daripada logam dan hanya sebiji gear yang diperbuat daripada plastik.

Tujuan gear plastik tersebut digunakan adalah sebagai ciri keselamatan pada mesin pengadun. Kerosakan gear tersebut biasanya disebabkan terlebih muatan ketika menggunakan mesin pengadun.

Sekiranya kesemua gear didalam mesin pengadun diperbuat daripada logam dan tidak akan rosak, ketika terlebih muatan mesin pengadun akan berhenti berputar dan akan mengakibatkan kerosakan pada bahagian motor yang lebih mahal untuk dibaiki.

Jadi, untuk mengelak kerosakan pada bahagian mekanikal, janganlah mengadun melebihi kapasiti mesin tersebut.

Anda boleh menonton video berikut untuk gambaran yang lebih jelas cara menukar gear yang rosak seperti di atas.