Showing posts with label Ruckus. Show all posts
Showing posts with label Ruckus. Show all posts

Tuesday, 7 December 2021

RUCKUS HK-AD-120A100-GB 12v adapter (SMPS) repair

Adapter ini telah saya baiki sebelum ini pada 13/07/2020 seperti telah dilabel dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

RUCKUS HK-AD-120A100-GB

Kali ini ianya dirujuk semula kepada saya dengan masalah tiada voltan output.

kapasitor 10uF, 35v rosak...

Pemeriksaan semula pada kesemua komponen yang telah saya tukar dahulu semuanya elok iaitu:-

  1. 2 biji diod 1N4007
  2. sebiji fius 2A
  3. 2 biji kapasitor 10uF, 400v
  4. sebiji kapasitor 680uF, 16v

1.86uF sahaja

Kerosakkan kali ini hanya pada sebiji kapasitor kecil dengan nilai 10uF, 35v. Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan yang saya dapat apabila diukur dengan menggunakan dua multimeter yang berbeza.

OL = over limit/open loop/overload

Adapter ini berjaya diselamatkan buat kali ke-2 serta masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Friday, 10 September 2021

RUCKUS adapter (SMPS) repair

Banyak adapter seperti ini pernah dan telah saya baiki sebelum ini dan boleh dikatakan kerosakkannya adalah hampir serupa. Untuk makluman semua, adapter ini digunakan untuk membekalkan arus elektrik kepada pemancar wifi 'ZoneFlex 2942 access point'.

Hari ini saya dirujuk sebiji adapter yang sama dengan masalah tiada output langsung dan komponen yang rosak telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. Sebiji fius 2A
  2. 2 biji 1N4007 diode
  3. 2 biji 10uF, 400v kapasitor
  4. Sebiji 680uF, 16v kapasitor

Adapter ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah komponen yang rosak di atas telah saya gantikan.

Sekiranya adapter seperti ini yang telah dibaiki namun voltan outputnya rendah atau tidak stabil, anda perlu tukar kapasitor yang telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu 10uF, 35v.

Selamat mencuba...

Friday, 11 December 2020

Baiki adapter RUCKUS HK-AD120A100-GB

Banyak adapter seperti ini telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Masalah adapter ini ialah voltan outputnya rendah dari sepatutnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu cuma 9.9vdc. Ianya sepatutnya menghasilkan 12vdc seperti boleh dilihat pada gambar terakhir di bawah.

undervoltage...

Masalah kali ini berbeza dengan adapter serupa yang telah dan pernah saya baiki sebelum ini iaitu langsung tidak menghasilkan voltan output.
Komponen yang rosak...

Apabila dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, kelihatan 3 biji kapasitor telah kembung seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan harus ditukar.

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui komponen lain yang rosak selain 3 biji kapasitor yang kembung di atas.

Gantikan komponen rosak telah diganti...

Voltan output adapter tersebut kembali normal setelah komponen yang rosak di atas telah ditukar. Kerja 'troubleshooting' kali ini lebih mudah sebab adapter ini masih boleh menghasilkan output dan  kerosakkan boleh dilihat dengan mata kasar.

Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 16 November 2020

RUCKUS adapter (SMPS) repair

Adapter seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Jenama: RUCKUS

Hari ini saya dirujuk lagi sebuah adapter yang serupa dengan masalah tiada output langsung apabila saya uji dan ukur menggunakan multimeter.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, jelas kelihatan terdapat 3 biji kapasitor kembung seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan mesti ditukar. Komponen pertama didapati rosak menggunakan mulitimeter ialah fius (2A). Seterusnya saya juga menemui litar pintas pada dua biji diod yang berlabel 1N4007.

Litar pintas pada 2 biji diod...

Kesemua komponen yang rosak dan perlu diganti telah saya label dan tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. Sebiji fius - 2A
  2. 2 biji diod - 1N4007
  3. 2 biji kapasitor utama - 10uF, 400v
  4. Sebiji kapasitor 680uF, 16v
Semua komponen yang perlu diganti...

Setelah kesemua komponen rosak di atas saya gantikan serta diuji, adapter tersebut kembali berfungsi dan masih boleh digunakan semula.

Litar pintas pada sebiji kapasitor 10uF, 400v

Saya tidak pasti mana satu komponen yang menjadi punca utama kerosakkan adapter tersebut namun yang pasti fius putus berpunca dari litar pintas pada diod yang bertindak sebagai 'bridge rectifier'.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 30 January 2020

RUCKUS adapter (SMPS) repair

Adapter berjenama RUCKUS seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Inductor putus...
Hari ini saya dirujuk sebiji lagi adapter yang sama dengan masalah voltan output tidak stabil iaitu diantara 8vdc - 11vdc apabila diukur dengan multimeter. Adapter ini sepatutnya menghasilkan output 12vdc.
Kiri: inductor rosak, Kanan: Inductor baru
Pemeriksaan awal menjumpai sebiji inductor putus seperti boleh dilihat seperti pada gambar di atas. Sebelum inductor tersebut ditukar, voltan pada kapasitor utama cuma kira-kira 125vdc sahaja dan jauh lebih rendah daripada normal iaitu 350vdc hingga 385vdc.
Siap...
Setelah inductor tersebut ditukar dan diuji, masalah voltan output tidak stabil telah selesai dan voltan pada kapasitor utama kini kira-kira 360vdc.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 16 December 2019

RUCKUS adapter (SMPS) repair

Adapter berjenama RUCKUS seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: RUCKUS
Hari ini saya dirujuk lagi adapter sebegini dengan masalah yang sama iaitu tiada output langsung tetapi kerosakkan yang berbeza dengan yang pernah saya baiki dahulu.
Papan litar...
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang rosak telah saya labelkan pada gambar di atas.:-
  1. Sebiji fius 2A
  2. 2 biji IN4007 diod
  3. 2 biji 10uF, 400v kapasitor
  4. sebiji FR107 diod
  5. sebiji 680uf, 16v kapasitor
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 2 March 2019

RUCKUS adapter (SMPS) repair

Adapter atau dulunya dikenali sebagai transformer kini banyak digunakan untuk peralatan eletronik dan tahukah anda bahawa ianya boleh dibaiki?
SMPS 12VDC 1A
Adapter yang saya kongsikan kali ini berjenama RUCKUS dengan output 12VDC, 1A. Ketika dirujuk kepada saya ianya tiada output langsung.
Adapter berjenama RUCKUS
Untuk pengetahuan semua, adapter tersebut berkualiti dan menggunakan N-Channel mosfet transistor (4N60) namun ianya akan rosak jika digunakan 24 jam sehari dan amat murah serta mudah untuk dibaiki.
4N60 N-channel transistor digunakan
Seperti biasa setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang perlu diganti ialah seperti pada gambar dibawah:-
1. 10uF 400v kapasitor
2. 680uF 16v kapasitor
2. 10uF 35v kapasitor.
Komponen yang harus diganti..
Setelah menggantikan kesemua kapasitor bertanda di atas, adapter tersebut kini boleh digunakan lagi dan kos membaikinya kurang dari RM10.

Selamat mencuba...