Semalam (17/10/2023) saya telah mengalami alahan (allergy) yang serius setelah termakan sesuatu yang mungkin beracun atau sensitif kepada sistem tubuh badan saya.
|
Jabatan kecemasan hospital umum Miri...
|
Apa yang berlaku ialah badan saya mulai gatal setelah kira-kira 2 jam makan tengahari. Keadaan reda setelah saya mandi dan kesan alahan tidak gatal lagi.
|
Kad pesakit beralamat di Hock Hua Bank, Batu Niah...
|
Lebih 10 tahun yang lalu saya pernah mengalami alahan setiap hari
dan menurut doktor yang merawat saya ketika itu, ianya disebabkan antibodi badan saya terlalu dominan. Masalah selesai setelah saya diberi bekalan ubat untuk seminggu dan tiada lagi alahan selepas itu sehingga semalam.
|
Rasanya bacaan elok...
|
Pada mulanya saya anggap ianya mungkin adalah alahan biasa dan dibiarkan sahaja setelah tidak gatal lagi selepas mandi namun situasi berulang semula selepas makan malam dan kali ini lebih serius sehingga muka mulai membengkak.
|
Ubat diberi...
|
Dipendekkan cerita, saya memandu sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan gambar di atas adalah ubat yang dibekalkan kepada saya.
|
Punca alahan (allergy)...
|
Untuk pengetahuan semua, punca alahan adalah disebabkan saya makan ikan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Saya tidak pasti nama ikan tersebut namun ada yang memberitau saya ianya ikan selayang.
Ini bukan kali pertama saya memakan ikan tersebut dan kenapa kali ini mengalami alahan setelah memakannya?
Untuk rekod, semua ubat oral yang dibekalkan kepada saya semalam tidak dimakan termasuk 'calamine lotion' juga tidak digunakan. Tiada lagi bengkak di badan serta muka sewaktu bangun tidur pagi ini.
Saya makan benda yang sama tengahari ini kecuali ikan goreng semalam dan tiada lagi alahan berulang sehingga blog ini ditulis. Jadi, sah punca alahan semalam adalah disebabkan makan ikan tersebut.
Persoalan yang belum terjawab ialah kenapa saya mengalami alahan setelah memakan ikan yang sering saya makan sebelum ini semalam? Mungkinkah beracun? Mungkinkah penyediaaan sebelum digoreng tidak bersih? Mungkinkah ikan telah tercemar atau dicemari sesuatu?
Mungkinkah saya tidak boleh lagi makan ikan tersebut selepas ini?
Renung-renungkan...