Showing posts with label timer. Show all posts
Showing posts with label timer. Show all posts

Saturday, 30 December 2023

theben 13A 24hrs segment time switch repair

Sebelum ini saya pernah membaiki timer yang hampir serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'time switch' atau juga dipanggil 'timer' berjenama theben dengan masalah gagal berfungsi dan tidak padam bila tiba waktunya seperti telah dilaras.

Gambar di atas menunjukkan keadaan bahagian dalam setelah dibuka dan pemeriksaan awal mendapati pin tuil suis telah patah seperti telah saya tandakan.

Percubaan awal dengan gam kembali pin yang patah menggunakan 'super glue' gagal dan apa yang saya lakukan ialah gantikan pin yang patah dengan menggunakan besi yang sama saiz. Gambar di atas menunjukkan pin telah saya gantikan menggunakan besi.

Gambar di atas menunjukkan kedudukan apabila suis dipadam dan gambar di bawah pula menunjukkan kedudukan apabila suis telah dihidupkan.

Klip di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dan ianya telah berjaya diselamatkan dengan menggantikan pin plastik asal yang patah dengan menggunakan pin besi sahaja.


 Selamat berDIY...

Tuesday, 1 September 2020

:hager 24hrs push-pin time switch repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki 'time switch' atau juga dipanggil 'timer' berjenama :hager, Model: EH111 dengan masalah tidak berfungsi langsung.

:hager EH111

Untuk pengetahuan semua, 'time switch' ini digunakan untuk menghidupkan sesuatu secara berkala pada masa yang sama setiap hari dan ianya dilengkapi dengan jam yang menggunakan kuasa bateri.

Setelah penutupnya dibuka...

Ketika saya uji dengan membekalkan arus elektrik kepadanya, tiada apa-apa yang berlaku termasuk juga tidak kedengaran bunyi detik jam seperti biasa.

Buka bahagian jamnya...

Setelah dibuka dan diperiksa, jamnya memang tidak berfungsi namun tiada komponen yang rosak ditemui. Gambar di bawah menunjukkan komponen yang ada pada papan litarnya dan telah saya labelkan. Voltan bateri yang digunakan ialah 1.2v ketika saya ukur dengan multimeter.

komponen yang ada pada papan litar...

Seterusnya saya periksa pula bahagian mekanikalnya yang serba ringkas iaitu terdiri daripada 5 biji gear sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

bahagian mekanikal jam...

Saya buka kelima-lima gearnya dan membersihkannya dengan menggunakan 'contact cleaner' sebab ianya kelihatan seperti ada kesan gris padanya. Untuk pengetahuan semua, bahagian mekanikal yang melibatkan gear pada jam tidak boleh disapu dengan sebarang minyak pelincir disebabkan ianya diperbuat daripada plastik. 

Hanya gear yang melibatkan logam sahaja dibenarkan disapu dengan minyak pelincir yang berkepekatan rendah dan bukannya menggunakan gris.

buka semua gear dan cuci...

Percaya atau tidak, setelah siap dibersihkan dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya, kini jamnya kembali berfungsi semula.

Klip video di bawah saya ambil setelah ianya telah berjaya saya baiki dan sehingga blog ini ditulis, 'time switch' tersebut telah diuji melebihi 24 jam tanpa sebarang masalah.

Selamat mencuba...

Friday, 28 February 2020

Fulton Boiler Pump Relay repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebiji relay berjenama Fulton dengan masalah lampu LED berkelip-kelip dan tidak boleh digunakan.
Jenama: Fulton
Relay tersebut ialah untuk kegunaan industri khasnya pada pemanas air (boiler) sebagai suis untuk memadamkan/menghidupkan pemanas, kipas dan sebagainya.
Bahagian yang akan disambung ke papan litar
Sebelum ini saya pernah membaiki relay seperti ini tetapi jenama yang berbeza dan anda boleh membacanya di sini .
Cara pendawaiain...
Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor perlu diganti berikutan nilainya telah berkurangan melebihi 50% dari nilai asal iaitu 47uF, 25v.
Setelah penutup dibuka...
Komponen yang lain tidak bermasalah dan setelah siap ditukar kapasitor tersebut dan diuji, relay tersebut kini masih boleh digunakan.
Siap
Selamat mencuba...

Saturday, 21 December 2019

RAYON RY3-2 timer repair

Hari ini saya dirujuk sebiji timer berjenama RAYON, Model: RY3-2 dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
Jenama: RAYON, Model: RY3-2
Kegunaan timer tersebut ialah sebagai 'delay switch' dan boleh dilaras dari 0 saat sehingga 60 saat. Katakan jika kita laraskan timer tersebut kepada 10 saat, ia cuma akan menghidupkan relay di dalamnya selepas 10 saat setelah elektrik dibekalkan kepadanya.
Setelah dibuka...
Setelah dibuka, salah satu wayar telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan telah saya sambung kembali ke kedudukan asalnya.
Sambung balik wayar yang putus...
Pemeriksaan menyeluruh cuma menjumpai kerosakkan pada sebiji kapasitor 'low esr' dengan nilai 47uF, 50v dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Kapasitor yang rosak...
Setelah kapasitor tersebut saya ganti dan diuji, ianya kembali berfungsi dan masih boleh digunakan.

Ketika arus elektrik dibekalkan kepada timer tersebut, lampu led merah tersebut akan berkelip-kelip dan berhenti berkelip setelah masa yang kita laras telah tamat.

Jika anda laraskan timer tersebut kepada 10 saat, lampu led tersebut akan berkelip sebanyak 10 kali.
Connection diagram...
Gambar di atas dan di bawah merupakan cara bagaimana timer tersebut di sambung. Bekalan elektrik AC disambung kepada pin nombor 2 dan nombor 7.
Pin pada timer tersebut...
Cara untuk memeriksa dan mengesahkan timer tersebut masih elok atau sebaliknya ialah seperti berikut:-
  1. sebelum arus elektrik dibekalkan kepada timer tersebut, pin nombor 1 & 4 serta 5 & 8 mempunyai 'continuity'.
  2. setelah arus elektrik AC dibekalkan kepada pin nombor 2 & 7 serta tunggu sehingga lampu merah berhenti berkelip. 'Continuity' akan bertukar ke pin 1 & 3 serta 6 & 8.
Tested - ok
Selamat mencuba...