Showing posts with label Robot Coupe. Show all posts
Showing posts with label Robot Coupe. Show all posts

Saturday, 17 June 2023

Robot Coupe R 301 Ultra D blender

Banyak pengisar seperti ini pernah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Robot Coupe R301 Ultra D

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi pengisar yang serupa namun model R301 Ultra D seperti boleh dilihat pada gambar di atas serta label di bawah.

Model: R 301 Ultra D

Masalah pengisar ini sewaktu dirujuk kepada saya ialah ianya langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Setelah penutup bawak dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa termasuk papan litar, saya tidak menemui sebarang kerosakkan pada komponen yang sering rosak bedasarkan pengalaman lepas.

Pemeriksaan menyeluruh akhirnya menemui bahagian bawah motor telah retak/pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Kesan akibat daripada pengandar motor yang patah/retak ialah motor bersentuh kepada bahagian stator dan gagal berpusing.

Pengisar ini gagal diselamatkan sebab bahagian yang patah/retak tidak dapat disambung kembali. Jika ada alat ganti untuk bahagian bawah motor tersebut dan diganti, ianya masih boleh digunakan semula.

Selamat berDIY...

Wednesday, 9 February 2022

Cara mengenalpasti kerosakkan kapasitor AC

Hari ini saya dirujuk sebuah pengisar jus berjenama Robot Coupe, model J80 dengan masalah motor berpusing perlahan dan gagal menghasilkan jus seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Kerosakkannya ialah pada sebiji kapasitor yang berfungsi sebagai 'starting capasitor' dengan nilai 60uF. Klip video di bawah saya rakam setelah kapasitornya telah saya gantikan.

Kali ini saya kongsikan cara bagaimana mengenalpasti kerosakkan pada kapasitor dengan menggunakan multimeter digital serta multimeter analog seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Multimeter digital

Biasanya saya akan memeriksa nilai kapasitan pada kapasitor dan bacaannya terlalu rendah atau litar pintas.

Multimeter analog

Jarang multimeter analog yang boleh mengukur kapasitan pada kapasitor dan apa yang kita boleh periksa ialah proses cas (charge) dan membuang cas (discharge) oleh kapasitor.

Penemuan:-

  1. Kapasitor yang rosak kadang-kadang masih mempunyai bacaan kapasitan yang sepatutnya jika diperiksa menggunakan multimeter digital.
  2. Kapasitor yang yang rosak juga masih boleh cas dan membuang cas jika diperiksa dengan menggunakan multimeter analog.

Kesimpulan

Dari perbandingan yang telah saya lakukan, simptom kapasitor yang rosak ialah:-

  1. Bacaan nilai kapasitan tidak stabil jika diperiksa dengan menggunakan multimeter digital.
  2. Proses membuang cas (dischage) sangat perlahan jika diperiksa dengan menggunakan multimeter analog.

AC capacitor

Selamat ber DIY...

Friday, 21 January 2022

Robot Coupe Blixer 3 D repair

Banyak pengisar seperti ini telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Robot Coupe Blicer 3 D

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu membaiki sebuah lagi pengisar serupa dengan masalah gagal berfungsi apabila butang hijau dan hitam ditekan.

Model: Blixer 3 D

Seperti biasa, pemeriksaan awal pada 'plug top' serta kabel elok. Begitu juga dengan pendawaiaan di dalamnya juga elok serta tiada yang longgar atau tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Keluarkan papan litar...

Seterusnya saya buka papan litar dan periksa kesemua komponen yang ada namun tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Bahagian atas papan litar...

Gambar di bawah pula adalah bahagian bawah papan litar dan sekali pandang ianya kelihatan juga elok.

Bahagian bawah papan litar...

Pemeriksaan dengan teliti mendapati ada satu tompok kesan terbakar pada bahagian bawah papan litar dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Ada kesan hangus dan litar putus...

Apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter, litar yang ada kesan terbakar tersebut tiada keterusan (continuity) dan setelah dibersihkan, ianya sah putus.

Sambung kembali litar yang putus...

Pengisar ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah litar yang putus dengan kesan terbakar tersebut saya sambungkan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Selamat mencuba...

Wednesday, 29 December 2021

Robot Coupe Blixer 3 D repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk beberapa kali mesin pengisar seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Robot Coupe Blixer 3 S

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi pengisar dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah arus elektrik dibekalkan.

Setelah penutup bawah dibuka...

Pemeriksaan awal pada plug 3-pin serta kabel yang digunakan semuanya elok. Setelah dibuka dan pemeriksaan pada kapasitor serta relay di dalamnya juga masih elok.

Perintang 3.3kΩ putus...

Seterusnya saya periksa komponen pada papan litar dan menemui sebiji perintang yang dilabel 3K3 (3.3kΩ) putus dengan bacaan 'mega ohm' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sepatutnya dapat bacaan 3.3kΩ

Saya juga menghadapi masalah bekalan perintang 3.3kΩ yang serupa dan telah digantikan dengan menggunakan perintang berwarna putih seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

3K3J/5W

Sebelum diuji, saya juga dapati kipasnya longgar seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Apa yang saya buat supaya kipas tidak longgar ialah buka dan lumurkan gam epoxy, lepas itu pasang kembali dan dibiarkan semalaman supaya gam epoxy betul-betul kering.

Siap...

Pengisar ini telah berjaya diselamatkan dan kembali berkhidmat semula setelah kerosakkan yang ditemui di atas dibaiki/ganti.

 Selamat mencuba...

Saturday, 16 January 2021

Robot Coupe J 80 Ultra juice extractor repair

Pengisar jus ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah penutup bawah dibuka...

Setelah pengisar jus tersebut saya baiki dengan menukar 'starting capacitor' dan perintang 1Ω/6W seperti boleh dibaca pada artikel lepas, ianya kembali berfungsi serta masih boleh digunakan semula.

Ω/6W

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Ω/6W

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Ω/6W

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Starting relay...

Masalah yang sama berulang lagi beberapa kali selepas itu iaitu mengeluarkan asap semula setelah beberapa hari digunakan seperti sebelumnya sehingga ada sekali kapasitornya meletup namun setelah saya gantikan kapasitor dengan yang baru, ianya kembali berfungsi semula.

Periksa guna multimeter...

Setelah beberapa kali dirujuk dengan masalah yang serupa dan pemeriksaan menyeluruh masih juga tidak menemui sebarang kerosakkan komponen yang lain, saya cuba menggantikan 'starting relay' yang disambung bersiri kepada 'starting capacitor'.

500289S - Starting relay

Fungsi 'starting relay' ialah untuk membekalkan elektrik dari kapasitor hanya untuk memulakan pergerakan motor sahaja dan harus diputuskan setelah motor telah berpusing.

Hanya warna sahaja berbeza...

Sehingga blog ini ditulis, pengisar jus tersebut telah sebulan dipulangkan kepada pemilik dan tiada lagi masalah mengeluarkan asap berulang. Sebelum ini masalah sama berulang setelah beberapa hari sahaja digunakan dan pernah sekali hanya sehari sahaja berfungsi.

Pasang kembali...

Kesimpulan dari pengalaman di atas ialah, jika kerosakkan yang sama berulang bermaksud kerosakkannya masih belum ditemui lagi. Tidak semua kerosakkan boleh ditemui dengan membuat pemeriksaan menggunakan multimeter. Kadang-kadang kita perlu menggunakan kaedah cuba jaya (trial and error method) seperti di atas.

Punca pengisar jus tersebut mengeluarkan asap ialah disebabkan 'starting relay' tidak memutuskan bekalan elektrik dari kapasitor ke motor dan menyebabkan kapasitor menjadi panas serta mengeluarkan asap. Kapasitor akan meletup jika mengalami panas melampau.

Lubang khas pada kapasitor...

Setiap kapasitor mempunyai lubang khas yang ditutup dengan getah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan tujuannya ialah untuk melepaskan tekanan tinggi jika panas supaya tidak meletup.

Selamat mencuba...

Wednesday, 28 October 2020

Robot Coupe J 80 Ultra juice extractor repair

Pengisar jus ini pernah saya baiki kira-kira setahun yang lepas dan anda boleh rujuk di sini.

Braking module rosak...

Kali ini dia kembali lagi dengan masalah mengeluarkan asap ketika kali terakhir digunakan.

Dua biji diode rosak...

Pemeriksaan awal pada plug 3-pin mendapati fius utama 13A telah putus dan saya pasti mesti ada litar pintas pada bahagian dalam pengisar tersebut.

Diod lama vs diod baru...

Setelah dibuka, bahagian pertama yang dikenalpasti rosak ialah pada papan litar 'braking module' dan boleh dilihat dengan mata kasar pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

Diod dah siap ditukar...

Pemeriksaan pada papan litar 'braking module' mendapati litar pintas pada diod berlabel MR856 dan putus pada diod berlabel NFC34G. Diod NFC34G tiada di pasaran tempatan dan saya gantikan dengan UG3003.

Pasang kembali penutup bawah litar...

Setelah papan litar 'braking module' telah dibaiki, pemeriksaan seterusnya mendapati perintang 1Ω/6w juga putus dan fungsinya ialah untuk keselamatan jika ada litar pintas berlaku.

Perintang 1Ω/6w putus...

Perintang berwarna hijau tersebut berlabel 1R0 yang bermaksud 1.0Ω dan saya tidak mempunyai perintang jenis yang sama. Saya gantikannya dengan perintang yang nilainya sama namun rekabentuk yang berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Perintang 1Ω baru...

Perintang tersebut harus dibalut agar tidak berlaku litar pintas disebabkan bahagian dalam pengisar tersebut diperbuat daripada logam.

Perintang dah siap ditukar...

Kesemua komponen yang rosak boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu:-

  1. Sebiji fius 13A
  2. Sebiji perintang 1Ω/6w
  3. Sebiji diod MR856 (600v/3A)
  4. Sebiji diod NFC34G (saya gantikan dengan UG3003) - 200v/3A
Komponen yang rosak...

Akhir sekali setelah dipasang kembali, saya ukur rintangan pada terminal L & N di plug 3-pin dan bacaannya ialah 6.5Ω.

Testing...

Klip video di bawah menunjukkan pengisar jus tersebut kembali berfungsi setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya ganti.

Selamat mencuba...

Tuesday, 17 March 2020

Robot Coupe J 80 Ultra juice extractor repair

Sebelum ini saya pernah membaiki pengisar jus seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.
Robot Coupe J 80 ULTRA
Kali ini saya dirujuk lagi sebuah lagi pengisar jus yang serupa dengan masalah seperti tercatat pada gambar di bawah.
Ini mesej dari pemilik...
Pemilik kata 'fius hangus' dan bila saya periksa ianya masih elok dan tidak putus. Saya tidak uji pengisar jus tersebut sebelum ianya dibaiki sebab 'ada asap keluar'...
Basah...
Seterusnya saya buka penutup bawah pengisar jus tersebut dan mendapati ianya basah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Basah...
Saya bersihkan serta keringkan mana-mana bahagian yang basah termasuk papan litarnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Schematic diagram...
Seterusnya saya periksa satu per satu mengikut 'schematic diagram' yang dibekal dalam pengisar jus tersebut dan akhirnya menemui sebiji kapasitor yang rosak dan perlu di ganti.
Kapasitor rosak...
Kapasitor tersebut pernah diganti oleh seseorang sebelum ini dan nilainya juga tidak mengikut spesifikasi asal iaitu 60uF, 250v. Jika dilihat pada gambar di atas, kapasitor yang digunakan cuma 36-43uF dan bila saya ukur menggunakan multimeter, bacaannya cuma 8.54uF sahaja
Kapasitor rosak - 8.54uF sahaja...
Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru mengikut spesifikasi asal iaitu 60uF saya bekalkan arus elektrik untuk uji pengisar jus tersebut.
Gantikan kapasitor baru...
Ianya kini boleh digunakan semula namun kelajuan motornya perlahan dan menghasilkan bunyi bising seperti kerosakkan bearing.
sambung kembali wayar ke kedudukan asal...
Seterusnya saya buka lagi serta periksa semula dan menemui sebiji perintang yang di label 'R' pada 'schematic diagram' di atas juga putus. Label pada perintang tersebut ialah RB57 1R0 dengan nilai 1Ω/6W.
Perintang 1Ω/6W putus..
Fungsi perintang tersebut adalah sebagai fius dan disambung di antara kapasitor dan papan litar. Mungkinkah perintang ini yang pemilik maksudkan 'fius hangus' di atas?
RB57 1R0 = 1Ω/6W
Setelah perintang tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji semula, kini kelajuan motornya kembali normal dan masih boleh digunakan semula.
Gantikan perintang yang baru...
Kesimpulan kerosakkan pengisar jus ini ialah bermula dengan kerosakkan pada kapasitor yang seterusnya menyebabkan perintang 1Ω/6W putus.
Tested - ok
Selamat mencuba...