Semalam saya berpeluang dan sibuk mencuba untuk membaiki decoder ASTRO, model: DS830NA.
Saya juga pernah membaiki decoder astro berjenama Philips dan anda boleh membacanya di
sini .
|
Astro decoder model: DS830NA) |
Masalah decoder ini ialah video asyik kaku dan perlu di 'reboot'. Kali terakhir lepas reboot video tetap kaku.
|
Pastikan tak ada warranty lagi baru buka... |
Sebelum anda ingin cuba membaiki peralatan elektrik, pastikan tiada 'warranty' lagi. Jika masih ada warranty, pergi pejabat Astro dan buat aduan untuk mendapatkan decoder yang baru secara percuma.
|
Papan litar utama... |
Saya diberitahu decoder yang baru berharga RM1,050.00. Ini lah akibat yang harus pelanggan tanggung jika perniagaan itu di monopoli oleh pihak tertentu sahaja.
|
Siap semua komponen rosak ditukar... |
Dipendekkan cerita, saya buka dan periksa apa yang patut dan mendapati kesemua kapasitor di dalamnya harus diganti.
|
Testing |
Setelah kesemua kapasitor yang ada di dalamnya ditukar dan diuji, decoder tersebut kini masih boleh digunakan lagi dan masalah video kaku lenyap terus.
|
Testing |
Untuk makluman semua, jika anda telah menggantikan decoder yang baru, anda tidak perlu baiki decoder yang lama lagi sebab setiap akaun/kad astro cuma boleh digunakan pada sebuah decoder sahaja.
|
Pasang balik & testing lagi... |
Kalau decoder yang lama boleh dan telah dibaiki, anda juga tidak dapat menguji decoder tersebut melainkan anda mendaftarkan semula decoder tersebut di pejabat Astro.
|
Semua komponen yang telah ditukar... |
Saya sering menasihatkan orang ramai agar memutuskan bekalan elektrik kepada peralatan elektrik jika tidak digunakan supaya peralatan eletrik anda tahan lama. Saya juga tidak galakan agar peralatan elektrik dibiarkan dalam keadaan standby ketika tidak digunakan.
Contoh terbaik ialah pada artikel ini, decoder ini tidak pernah dipadam sejak dipasang dan cuma bertahan kira-kira 2 tahun sahaja. Jika tidak ada yang tahu membaikinya, anda kena bayar RM1,050.00 untuk dapatkan decoder yang baru.
|
Tested - ok |
Jika anda perlukan perkhidmatan membaiki decoder Astro, anda boleh
berhubung dengan saya dengan mengisi 'contact form' pada bahagian atas
sebelah kanan blog ini.
Selamat mencuba...