Tuesday, 7 May 2019

PSU MCC-1439-06 repair

Hari ini saya berpeluang membaiki sebuah papan litar dengan nombor rujukan MCC-1439-06. Saya cuma diberitahu ianya tidak berfungsi dan hanya kelihatan fius 10A putus dengan mata kasar.
Nombor rujukan papan litar: MCC-1439-06
Tidak banyak komponen yang ada pada papan litar tersebut dan setelah diperiksa menyeluruh, hanya dua komponen yang didapati rosak iaitu:-
  1. Fius utama 10A
  2. Bridge rectifier (D15XB 60)
Fius 10A putus
Bridge rectifier dengan nombor rujukan "D15XB 60" bermaksud 15A, 600V. Jadi dengan demikian pastikan alat gantinya mempunyai nilai yang sama.
Litar pintas pada 'bridge rectifier' (D15XB 60)
Papan litar tersebut boleh digunakan semula setelah kedua-dua komponen tersebut diganti dan telah diuji.
Setelah komponen rosak telah ditukar
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.