Saturday, 11 May 2019

DOLD IK7817N Multitimer (Multifunction Relay) repair

Hari ini saya berpeluang mencuba untuk membaiki benda baru iaitu 'Multitimer' atau juga dikenali sebagai 'multifunction relay' berjenama DOLD.
Jenama: DOLD
Ketika dirujuk kepada saya ianya tidak dapat digunakan termasuk lampu LED tidak menyala. Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai multitimer tersebut, anda boleh membacanya di sini.
AC/DC 12v - 240v
Setelah dibuka dan diperiksa papan litar tersebut, hanya sebiji kapasitor 1uF, 400v didapati ada kebocoran dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Sekeping papan litar sahaja

Kapasitor 1uF 400V telah dikeluarkan

Kapasitor 1uF 400v - bocor
Setelah kapasitor tersebut diganti dan diuji, lampu LED kini menyala namun pin bernombor 15 & 18 tidak menunjukkan sambungan dan peralatan yang disambung kepadanya tidak mendapat bekalan elektrik.
Lampu LED dah menyala
Seterusnya saya membuka semula dan periksa satu komponen yang dinamakan sebagai relay seperti anda boleh lihat pada gambar di bawah. Relay tersebut didapati telah rosak pada bahagian coil dan harus diganti. Relay tersebut hanya menggunakan kuasa eletrik 6v sahaja.
Relay 6V telah diganti...
Setelah relay tersebut diganti dan diuji, multitimer tersebut kini boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.