Showing posts with label tamaGo. Show all posts
Showing posts with label tamaGo. Show all posts

Thursday, 1 September 2022

tamaGo half-boiled egg processing machine repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk dan membaiki mesin merebus telur separa/separuh masak seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Bahagian bawah mesin...

Saya dapati mesin ini jarang rosak dan jika tidak berfungsi adalah disebabkan masalah keterusan iaitu wayar tanggal atau suis rosak.

Setelah bahagian bawah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, kali ini wayar fius yang tanggal dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Keluarkan bahagian fius...

Pada masa yang sama saya dapati wayar pada bahagian tepi fius banyak sambungan dan telah saya potong serta pateri semula seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pateri satu sambungan...

Gambar di bawah pula menunjukkan semua sambungan pada fius telah saya betulkan dan dibalut dengan pembalut wayar untuk mengelakkan kebocoran elektrik yang boleh membahayakan pengguna.

Siap...

Masalah selesai setelah dengan membaiki sambungan pada fius sahaja kali ini.

Selamat berDIY...

Monday, 15 November 2021

tamaGo Half-Boiled egg processing machine repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk mesin merebus telur seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: tamaGo

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi mesin merebus telur separuh masak serupa dengan masalah tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Fius utama - 10A

Pemeriksaan awal pada fius serta elemen pemanas masih elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

rintangan elemen pemanas - 49Ω

Pemeriksaan seterusnya pada papan litar menemui salah satu wayar berwarna biru telah tanggal seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Wayar neutral tanggal...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Siap...

Mesin merebus telur ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi setelah wayar berwarna biru yang tanggal telah saya pasang kembali ke kedudukan asal.

Selamat mencuba...

Tuesday, 11 June 2019

tamaGo Half-Boiled egg processing machine repair

Semalam saya dirujuk sebuah mesin untuk merebus telur setengah masak dengan masalah tidak panas berjenama tamaGo.
tamaGo egg processing machine
Ianya telah dibuka dan diperiksa namun tidak dijumpai punca kenapa tidak panas. Akhirnya ianya dirujuk kepada saya dengan alasan kerosakan pada papan litar.
Hanya sekeping papan litar sahaja...
Jadi saya pun buka dan periksa papan litarnya dan tidak menjumpai sebarang kerosakkan pada papan litar.
kiri: butang 'ON', Kanan: butang 'Reset'
Seterusnya saya periksa satu persatu (pemanas - ok, thermocouple - ok) dan mendapati salah satu suis tidak berfungsi bila ditekan.
Butang 'reset' rosak...
Saya cuba baiki butang suis tersebut namum ianya tidak dapat dibuka. Anda boleh melihat suis tersebut seperti pada gambar di atas dan di bawah.
suis tersebut menggunakan 'push button'
Oleh kerana suis tersebut tidak dapat dibuka untuk diselengara, maka saya beli suis yang baru dan anda boleh melihat suis tersebut seperti pada gambar di bawah yang berwarna hijau.
Gantikan butang baru (warna hijau)
Setelah di tukar suis tersebut dan diuji, kini mesin merebus telur setengah masak kembali beroperasi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...