Showing posts with label Ballast. Show all posts
Showing posts with label Ballast. Show all posts

Monday, 26 April 2021

GB15143-94 GB/T15144-94 ballast repair

Sebelum ini saya pernah membaiki ballast elektronik dan anda boleh rujuk di sini.

GB15143-94 GB/T15144-94

Hari ini saya dirujuk sebuah lampu dinding yang menggunakan lampu fluorescent jenis T5 dengan masalah tidak menyala apabila dibekalkan arus elektrik.


Pemeriksaan awal mendapati tiub fluorescent rosak dan setelah ditukar, ianya boleh menyala namun berkelip-kelip seperti boleh ditoton pada klip video di atas.

Seterusnya saya buka ballast dan pemeriksaan dengan mata kasar mendapati sebiji kapasitor utama dengan nilai 3.3uF, 250v kembung serta harus diganti seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pemeriksaan menyeluruh dengan multimeter mendapati kedua-dua kapasitor utama rosak dan telah saya gantikan seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Lampu dinding tersebut telah berjaya diselamatkan dan komponen yang ditukar ialah:-

  1. tiub fluorescent T5
  2. dua biji kapasitor 3.3uF, 250v

Selamat mencuba...

Wednesday, 6 January 2021

21w T5 energy saving fluorescent lamp repair

Sebelum ini saya ada membaiki lampu mirip seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

T5 Energy saving lamp - 21w

Lampu kali ini berbeza dengan yang saya baiki dahulu sebab ianya menggunakan tiub fluorescent dan bukannya jenis LED.

2700K

lampu fluorescent kini tidak lagi menggunakan ballast lama yang berfungsi seperti transformer liner dan menggunakan gegelung tembaga serta memerlukan 'starter' untuk menghidupkan lampunya. Gambar di bawah merupakan cara penyambungan lampu fluorescent lama.

Conventional ballast

Lampu fluorescent kini menggunakan ballast elektronik dan ianya menggunakan komponen elektronik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Electronic ballast...

Setelah ballastnya dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor utama 4.7uF, 250v didapati rosak dan harus ditukar dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Kapasitor 4.7uF, 250v rosak sebiji..

Pada mulanya saya berhajat menukarkan kedua-dua kapasitor utamanya dengan sebiji 10uF, 400v namun terpaksa dibatalkan sebab kedua kapasitor tersebut disambung secara bersiri dan ada sambungan lagi di antaranya ke lampu fluorescent.

Gantikan kapasitor baru...
 
Gambar di atas menunjukkan sebiji kapasitor yang rosak telah saya gantikan dan anda boleh lihat saiz kapasitor baru lebih kecil walaupun nilainya sama. Gambar di bawah menunjukkan nilai kapasitor lama yang cuma tinggal 139nF sahaja. 

Kapasitor lama - 0.1uF sahaja
 
Lampu fluorescent tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan hanya menukar sebiji kapasitor sahaja. Tidak dinafikan bahawa ballast lama jarang rosak namun jika rosak akan berlaku litar pintas.

Jika ballast elektronik rosak, biasanya lampu tidak menyala atau berkelip-kelip dan ia memerlukan kepakaran elektronik untuk membaikinya.
 
Keburukan menggunakan lampu florescent yang menggunakan ballast lama ialah jika mengalami litar pintas dan disambung secara selari, anda perlu buka satu per satu untuk mencari puncanya dan banyak masa terbuang untuk proses 'troubleshooting'.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 24 August 2020

OSRAM QUICKTRONIC QT-T/E 2x26-42/230-240 D/M ballast repair

Sebelum ini saya pernah membaiki ballast berjenama OSRAM dan anda boleh membacanya di sini.

OSRAM QUICKTRONIC QT-T/E 2x26-42/230-240 D/M

Ballast yang dirujuk kali ini berbeza dengan sebelumnya dan perbezaannya ialah ballast ini harus disambung kepada dua biji lampu serentak. Ianya tidak akan menyala jika disambung kepada sebiji lampu sahaja.

Setelah penutup dibuka...

Masalah ballast ini ialah lampu tidak menyala bila disambungkan kepadanya. Setelah saya buka dan periksa, dua komponen ditemui rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bahagian bawah papan litar...

Komponen yang rosak ialah:-

  1. sebiji kapasitor 150nF, 400v (u15 = 0.15uF = 150nF)
  2. sebiji perintang 0.58Ω

C3 - u15 = 0.15uF = 150nf

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan komponen yang rosak dan boleh dilihat dengan jelas hanya dengan mata kasar sahaja.

R114 - 0.58Ω

Setelah siap dibaiki, anda perlukan sambungkan dua biji lampu kepadanya dan cara sambungannya boleh dilihat pada gambar di bawah.

Cara sambungan...

Ballast tersebut telah berjaya diselamatkan setelah kedua-dua komponen yang rosak telah diganti dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

 Selamat mencuba...

 

Friday, 8 November 2019

DIY 8W ballast

Sebelum ini saya ada kongsikan cara-cara bagaimana membaiki ballast 8w dan anda boleh membacanya di sini.
lampu fluorescent 11w
Tidak dapat dinafikan bahawa ballast 8w memang susah didapati di pasaran dan hari ini saya kongsikan cara bagaimana membuat ballast sendiri dengan menggunakan lampu kalimantang (fluorescent) seperti di atas.
Buka dan keluarkan papan litarnya...
Saya gunakan 11w untuk percubaan dan ianya paling hampir dengan 8w. Apa yang harus lakukan ialah buka dan keluarkan papan litarnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Ballast 11w...
Sambungkan papan litar tersebut kepada lampu kalimantang 8w seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah
Tested - ok
Jika lampu kalimantang tidak menyala sepenuhnya dan akan menyala selepas disentuh dengan tangan seperti klip video di bawah, anda cuma perlu gantikan kapasitor polyester yang telah saya tandakan di atas dengan 2J332J.
Mentol fluorescent 8w
Untuk pengetahuan semua, contoh yang saya buat di atas menggunakan lampu mentol yang telah rosak dan perlu dibaiki iaitu dengan menukar sebiji kapasitor polyester sahaja.

Jika anda tidak pandai membaiki, anda cuma perlu beli sebiji mentol fluorescent dan keluarkan papan litarnya. Buat sambungan seperti yang saya buat di atas.
Selamat mencuba...

Thursday, 24 October 2019

8W ballast repair

Setiap lampu kalimantang (fluorescent) mempunyai sebiji ballast dan kini ballast menggunakan papan litar atau juga dipanggil 'electrical ballast'.

Lampu dinding...
Hari ini saya dirujuk sebuah lampu kalimantang 8W dengan masalah ballast telah rosak dan gagal menyalakan lampu kalimantang tersebut.
Ballast 8W
Masalah yang saya hadapi ialah tiada alat ganti untuk ballast 8W di pasaran dan saya terpaksa cuba membaikinya.
Komponen yang rosak...
Banyak kerosakan pada ballast tersebut sebab tidak dilengkapi dengan fius. Gambar di bawah menunjukkan bahagian bawah papan litar yang telah putus dan saya sambung kembali.

Komponen yang rosak telah saya tandakan pada gambar di atas:-
  1. Sebiji kapasitor utama (4.7uF, 400V)
  2. 2 biji diod (1N4007)
  3. Sebiji perintang (2.2Ω)
  4. 2 biji NPN transistor (MJE13003) 
  5. Sebiji kapasitor polyester (2J332J - 3.3nF/3300pF)
Litar yang putus telah saya sambung...
Setelah kesemua komponen yang rosak di atas saya ganti dan diuji, ballast tersebut masih boleh digunakan walaupun telah mengalami kerosakkan yang teruk.
Siap...
Jika ballast tersebut gagal dibaiki, jalan terakhir ialah gantikan lampu dinding tersebut dengan yang baru.

Nasihat saya kepada pengguna ialah, pastikan anda beli lampu yang mudah serta murah untuk dibaiki jika mengalami kerosakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 25 June 2019

Ballast (Model: 668) repair

Sebelum ini saya pernah membaiki ballast berjenama OSRAM dan anda boleh membacanya di sini. Hari ini saya dirujuk sebiji lagi ballast yang tak ada jenama, Model: 668 seperti pada gambar di bawah.
Ballast Model: 668
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak dan telah diganti...
Setelah kesemua komponen yang rosak diganti dan diuji, kini ballast tersebut masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Friday, 24 May 2019

OSRAM Ballast repair

Hari ini saya dirujuk sebiji ballast untuk di baiki. Ballast biasanya digunakan di dalam lampu kalimantang dan selama saya membaiki peralatan eletronik, belum pernah saya dengar ballast rosak dan boleh dibaiki.
Jenama: OSRAM
Namun ballast moden (eletrical ballast) kini menggunakan papan litar dan saya cuba untuk memeriksa serta membaikinya. Gambar di bawah merupakan papan litar di dalam ballast tersebut dan setelah diperiksa, hanya dua komponen yang di dapati rosak.
kapasitor & perintang perlu diganti...
Kompnen yang rosak ialah sebiji kapasitor 2J223 (litar pintas) dan sebiji perintang 8.2Ω (putus).
Komponen yang rosak
Setelah kedua-dua komponen tersebut ditukar dan diuji, ballast tersebut kini masih boleh digunakan lagi.
Siap...
Ballast konvensional jarang yang rosak tetapi harus disambung sebiji 'lamp starter' namun penggunaan 'eletrical ballast' tidak memerlukannya.
Tested - ok
Selamat mencuba...