Showing posts with label Thermometer. Show all posts
Showing posts with label Thermometer. Show all posts

Thursday, 2 September 2021

K3X U11 Non-contact Infrared Thermometer repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk alat pengimbas suhu (thermometer) untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

KX3 U11 thermometer

Pagi ini saya dirujuk sebuah thermometer yang berbeza iaitu 'non-contact' seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan pemilik memberitahu saya masalahnya ialah tidak mengecas.

Lithium battery - 3.899vdc

Ketika saya mengujinya, ianya tidak dapat dihidupkan namun jika disambung kepada pengecas, ianya boleh berfungsi. Pemeriksaan awal pada bateri lithium masih elok dengan bacaan 3.899vdc seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Terminal negatif (-ve) tanggal...

Setelah dibuka dan diperiksa, wayar yang disambung ke terminal negatif bateri tertanggal seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Siap...

Masalah telah ditemui dan saya cuma perlu sambungkan kembali wayar yang tertanggal dengan pateri semula ke kedudukan asalnya.

Tested - ok

Alat pengimbas suhu ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Friday, 15 January 2021

HTD8813C infrared thermometer repair

Thermometer ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

HTD8813C digital thermometer
HTD8813C digital thermometer

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_cryptHTD
HTD8813C digital thermometer

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
HTD8813C digital thermometer

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
HTD8813C digital thermometer

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
HTD8813C digital thermometer

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Hari ini dia kembali dengan masalah sama iaitu picu tidak berfungsi bila ditekan dan setelah dibuka, kerosakkan juga sama iaitu picnya patah ditempat yang sama seperti dahulu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Patah lagi...

Sebelum ini saya telah guna 'super glue' dan 'vital 3-ton epoxy' untuk mencantumkan bahagian yang patah.

Leburkan plastik & gam...

Kali ini saya leburkan sedikit pada kedua-dua belah bahagian yang patah dengan menggunakan 'soldering iron' sebelum dicantumkan. Selepas itu saya leburkan plastik dan lekatkan pada luar sekeliling bahagian yang patah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pasang kambali...

Kerja-kerja melebur dan melekat plastik harus dilakukan serentak pada bahagian yang ingin dicantumkan supaya ianya melekat dengan sempurna.

Testing...

Setelah plastik yang dilebur dan dicantumkan kering serta keras, saya pasang kembali picu tersebut ke kedudukan asal untuk diuji. Ianya kelihatan lebih tegap dan kuat berbanding dengan sambungan terdahulu.

Tested - ok

Semoga ianya tidak kembali lagi dengan masalah yang sama selepas ini.


Selamat mencuba...

Tuesday, 1 December 2020

HTD8813C infrared thermometer repair

Sebelum ini saya pernah membaiki thermometer digital untuk mengukur suhu di dahi dan anda boleh rujuk di sini.

HTD8813C digital thermometer

Semalam saya dirujuk sebuah lagi thermometer digital model HTD8813C dengan masalah picu tidak berfungsi bila ditekan dan tiada bacaan.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, jelas kelihatan pada gambar di atas dan di bawah satu sambungan picu telah patah dan ianya diperbuat daripada campuran plastik dan getah.

Picu patah...

Pada mulanya saya gam kembali dengan menggunakan 'super glue' namun tanggal semula setelah beberapa kali sahaja picunya dipicit. Ini berkemungkinan 'super glue' tidak sesuai pada permukaan plastik/getah tersebut.

Gam kembali...

Seterusnya saya gam kembali menggunakan 'vital 3-ton epoxy' dan perlu menunggu 3 jam untuk mengeras dan 12 jam untuk betul-betul kering.

Testing...

Pagi ini sambungan gam epoxy telah kering dan setelah dipasang kembali serta diuji, ianya masih boleh digunakan semula dan juga telah berjaya diselamatkan.

Suhu di pergelangan tangan...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan perbezaan suhu diambil di pergelangan tangan dan dahi saya pada pagi ini. Perbezaannya cuma 0.2C sahaja.

Suhu di dahi...

Selamat mencuba...

Wednesday, 29 July 2020

LX-36566 infrared thermometer repair

Semalam saya dirujuk sebuah thermometer infared model LX-36566 dengan masalah langsung tidak berfungsi.
LX-36566
Pemilik memberitahu saya dia telah menukarkan bateri 9v yang baru. Gambar di bawah menunjukkan thermometer tersebut telah saya buka untuk diperiksa.
Setelah dibuka...
Pemeriksaan menyeluruh tidak menjumpai komponen yang rosak namun cuma menemui tiada 'continiuety' pada wayar negative (-ve) yang berwarna hitam.
wayar negative (-ve) putus...
Gambar di atas menunjukkan wayar negative tertanggal apabila saya tarik dan ianya telah putus.
sambung terus ke bateri...
Apabila saya uji dengan menyambung terus kepada bateri, thermometer tersebut kembali berfungsi seperti pada gambar di atas.
Gantikan klip penyabung bateri yang baru...
Saya gantikan klip penyambung bateri tersebut dengan yang baru dan masalah selesai serta masih boleh digunakan seperti biasa semula.
Siap...

Cara penggunaan...

Class II laser product...
Selamat mencuba...