Tuesday, 1 December 2020

HTD8813C infrared thermometer repair

Sebelum ini saya pernah membaiki thermometer digital untuk mengukur suhu di dahi dan anda boleh rujuk di sini.

HTD8813C digital thermometer

Semalam saya dirujuk sebuah lagi thermometer digital model HTD8813C dengan masalah picu tidak berfungsi bila ditekan dan tiada bacaan.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, jelas kelihatan pada gambar di atas dan di bawah satu sambungan picu telah patah dan ianya diperbuat daripada campuran plastik dan getah.

Picu patah...

Pada mulanya saya gam kembali dengan menggunakan 'super glue' namun tanggal semula setelah beberapa kali sahaja picunya dipicit. Ini berkemungkinan 'super glue' tidak sesuai pada permukaan plastik/getah tersebut.

Gam kembali...

Seterusnya saya gam kembali menggunakan 'vital 3-ton epoxy' dan perlu menunggu 3 jam untuk mengeras dan 12 jam untuk betul-betul kering.

Testing...

Pagi ini sambungan gam epoxy telah kering dan setelah dipasang kembali serta diuji, ianya masih boleh digunakan semula dan juga telah berjaya diselamatkan.

Suhu di pergelangan tangan...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan perbezaan suhu diambil di pergelangan tangan dan dahi saya pada pagi ini. Perbezaannya cuma 0.2C sahaja.

Suhu di dahi...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.