Tuesday, 8 December 2020

LG 42PC7RV-TA Plasma TV repair

Baru-baru ini saya banyak dirujuk TV plasma yang semakin pupus berikutan tiada alat gantinya lagi di pasaran tempatan.

LG Plasma TV

Hari ini saya kongsikan proses 'troubleshooting' serta membaiki sebuah TV plasma berjenama LG, Model: 42PC7RV-TA dengan masalah ada suara namun tiada layar.

Model: 42PC7RV-TA

Masalah TV plasma dengan layar tidak menyala biasanya pada sekeping papan litar yang dinamakan sebagai 'Ysus board' atau 'Y board'.

Setelah penutup belakang dibuka...

Gambar di bawah menunjukkan papan litar Ysus yang telah saya keluarkan dari TV dan tiada komponen yang rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar.

Ysus board/Y board (42V8A)

Apabila diperiksa menggunakan multimeter, saya juga tidak menemui sebarang komponen yang disyaki rosak.

Litar pintas pada diod...

Seterusnya saya buka 'heatsink' seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan menemui dua biji diod berlabel 20LC30 mengalami litar pintas. Apabila saya mengeluarkannya dari papan litar dan diperiksa, diod tersebut masih elok. Jadi kerosakkannya ialah pada sebiji komponen yang berwarna putih dan telah saya tandakan dengan perkataan 'faulty' pada gambar di atas.

Ysus board baru...

Saya tidak menemui sebarang nombor rujukan pada komponen tersebut dan ianya tidak mampu saya baiki.

Aduh... inductors tertanggal...

Di pendekkan cerita, saya cari papan litar tersebut secara atas talian dan hanya menemui satu PCB terpakai sahaja.

Buka lilitan inductors...

Apabila PCB tersebut sampai ianya lengkap namun sebiji 'inductors' dilabel L8 pada papan litar telah tertanggal. Saya cuba pasang kembali namun terminal sambungan yang putus terlalu pendek dan tidak dapat disambungkan kembali.

Dah jumpa wayar yang putus...

Pada mulanya saya berhajat mengambil 'inductors' tersebut dari papan litar lama namun dibatalkan atas sebab ianya jenis SMD dan jika saya guna 'hot air' untuk mengeluarkannya, kemungkinan ianya akan merosakkan penyalut wayar sebab terlalu panas.

Sambung enameled copper wire...

Jadi apa yang saya lakukan ialah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas iaitu membuka lilitannya sehingga terminal yang putus kelihatan dan seterusnya menyambungkannya dengan menggunakan 'enameled copper wire'.

Pasang kembali ke PCB...

Setelah siap disambung terminal yang putus, saya lilit kembali wayar asalnya dan dipasang ke papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Siap - 5.3Ω
PCB tersebut telah berjaya diselamatkan dan apabila dipasang ke TV serta diuji, TV tersebut juga telah berjaya di selamatkan.

Tested - ok

Sebelum ini saya juga pernah membaiki papan litar yang mengalami kerosakkan 'inductors' dan anda boleh rujuk di sini.

Pandangan atas PCB (Kiri - rosak)

Jika diperhatikan dengan teliti, warna papan litar yang rosak (kiri) kelihatan kekuningan pada gambar di bawah. Ini boleh dijadikan petunjuk untuk mengenalpasti kedudukan komponen yang disyaki rosak.

Pandangan bawah PCB (Kiri - rosak)

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.