Monday 29 July 2024

W88-C Solar Charge Controller settings

Salah satu komponen yang harus ada pada sistem solar ialah 'solar charge controller'.

Solar Charge Controller

Fungsi 'solar charge controller' ialah mengawal voltan yang bersesuaian dengan bateri yang digunakan untuk menyimpan cas dan digunakan bila tiada cahaya matahari.

Model: W88-C

Model 'solar charge controller' yang saya guna ialah W88-C dengan spesifikasi seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

b1 - Lead acid battery

'Solar charge controller' ini boleh menyokong 3 jenis bateri dan boleh diubah tetapannya seperti berikut:-

  1. b1 - Lead acid battery 
  2. b2 - Lithium battery 
  3. b3 - LiFePO4 battery
b2 - Lithium battery

Perbezaannya ialah voltan maksima untuk 3 jenis bateri tersebut iaitu:-

  1. b1 - 13.8v/14.2v
  2. b2 - 12.6v
  3. b3 - 14.6v
b3 - LiFePO4 battery

Keterangan lanjut cara mengubah tetapan boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Friday 26 July 2024

CYNiCS 1080 4 in 1 CCTV camera

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah kamera CCTV berjenama CYNiCS dengan masalah image yang terhasil tidak berwarna.

CYNiCS CCTV camera

Kamera CCTV ini dilengkapi dengan lampu infra merah (infrared) dan mampu merakam walaupun gelap tanpa cahaya.

1080P 4 in 1 CCTV camera

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati sensor cahaya (light sensor) kurang sensitif dan hanya berfungsi setelah saya suluh dengan lampu kamera telefon bimbit.

Sensor cahaya...

Sebagai percubaan, saya telah buka penutup sensor cahaya tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk diuji.

Buka penutup sensor...

Untuk pengetahuan semua, bila cahaya mencukupi, lampu infra merah pada kamera CCTV akan padam dan menghasilkan imej yang berwarna.

hitam/putih ketika gelap (tidak cukup terang)

Gambar di atas dan di bawah adalah perbezaan imej hitam putih dan berwarna yang saya rakam sewaktu mengujinya.

berwarna ketika cukup terang...

Masalah imej kamera CCTV ini berjaya ditangani hanya dengan membuang penutup sensor cahaya sahaja. Kemungkinan sensor cahaya ini kurang sensitif jadi dengan membuang penutupnya, cahaya lebih banyak diterima oleh sensor cahaya dan kembali berfungsi normal.

Klip video di atas saya rakam sewaktu mengujinya, saya guna jari untuk menutup sensor cahaya dan imej hitam putih akan terhasil. Imej kembali berwarna setelah sensor menerima cahaya.

Selamat berDIY...

Tuesday 23 July 2024

Harga telur ayam setelah diapungkan tanpa subsidi

Setelah harga telur ayam diapungkan dan subsidi ditamatkan pada awal tahun ini atau lebih tepat bulan January 2024, kini kita menyaksikan kenaikkan harga yang sangat ketara.

Gambar di atas adalah harga telur ayam selepas pandemik CoVid-19 dengan harga RM14.10 sepapan pada 13/8/2022.

Untuk maklumkan semua, kesemua harga telur ayam pada gambar adalah gred A dan harga pasaran selepas CoVid-19 ialah sekitar RM17.00 sepapan. Saya hanya akan membeli telur ayam jika harganya sekitar RM14 hingga RM15 sahaja.


Awal tahun ini saya masih boleh membeli sepapan telur ayam gred A dengan harga RM14.50 namun setelah subsidi dihentikan boleh dikatakan harga telur ayam naik setiap minggu seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

Kini harga telur gred A yang saya beli telah mencecah RM19.00 sepapan dan menyaksikan kenaikkan RM5 sepapan dalam masa setengah tahun.

Pada pertengahan bulan lepas, kerajaan telah mengumumkan penurunan 3 sen sebiji telur ayam seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Dalam masa yang sama telur gred A diumum 42 sen sebiji atau RM12.60 sepapan namun harga tersebut tidak pernah dinikmati di tempat saya iaitu bandaraya Miri, Sarawak.

Sesuatu yang menyedihkan ialah tiada sebarang penurunan berlaku walaupun telah diumumkan penurunan 3 sen sebiji.

Saya mengikuti persidangan parlimen bulan ini setiap hari dan apa yang saya dapat maklum ialah menteri hanya mampu menyatakan:-

  1. Harga telur terkawal
  2. Harga agak terkawal
  3. Tiada berlaku pencatutan harga
  4. Tiada kenaikan harga di luar kawalan

Dari kenyataan menteri, saya dapati undang-undang sedia ada yang digunakan ialah anti percatutan atau pengambilan keuntungan berlebihan atau luar biasa.

Baru-baru ini menteri telah menukar kenyataan dari 'terkawal' kepada 'tiada kenaikkan harga di luar kawalan' yang pada saya bermaksud kenaikkan sedikit demi sedikit adalah terkawal.

Bermacam-macam label telur...

Apa yang saya perasan setiap kali harga telur ayam naik ialah label telur juga turut berubah seperti 'diperkaya selenium', 'diperkaya DHA', 'telur kampung' dan macam-macam lagi.

Untuk pengetahuan semua, kesemua telur yang saya beli bukan telur organik dan harganya lebih kurang sama dengan harga telur organik sebelum pandemik CoVid-19. Saya tidak pasti berapa harga telur organik sekarang.

Persoalan sekarang ialah apakah harga siling telur ayam jika kenaikkan perlahan-lahan itu adalah terkawal serta berterusan?

Pada pendapat saya harga telur ayam sekarang adalah di luar kawalan dan buktinya ialah harga yang diumum kerajaan cuma 42 sen sebiji (RM12.6/sepapan) untuk gred A namun apa yang kita beli ialah 63 sen sebiji (RM19/sepapan)

Renung-renungkan...

Saturday 20 July 2024

CLiPtec RZK340 wireless mouse

Tetikus ini pernah dirujuk kepada saya lebih setahun yang lalu dan ianya dirujuk semula minggu lepas dengan masalah sama seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Menurut pemilik ianya gagal berfungsi dan lampu merah di bawahnya tidak berkelip-kelip seperti sebelumnya.

CLiPtec RZK340 wireless mouse...

Tetikus ini menggunakan 2 biji bateri saiz AAA dan baterinya elok serta masih baru sewaktu diperiksa.

Bahagian bawah mouse...

Untuk pengetahuan semua, jika lampu merah di bawahnya tidak menyala bermaksud tidak menerima sebarang isyarat dari USB receiver.

Keluarkan USB receiver...

USB receiver harus dipasang ke komputer atau komputer riba atau mana-mana terminal USB sebelum boleh berfungsi serta digunakan.

Pasang USB receiver ke komputer...

Saya tidak pasti kenapa pemilik memberitahu ianya gagal berfungsi namun tiada masalah sewaktu saya mengujinya.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Wednesday 17 July 2024

JOB SCAM

Bulan lepas saya terbaca kisah bagaimana pemain badminton negara Lai Pei Jing 赖沛君 telah di tipu oleh scamer menggunakan taktik 'job scam'. Hari ini saya kongsikan pengalaman saya yang hampir serupa tidak lama dulu.

Ceritanya begini, pada suatu hari ada amoi cantik menghantar permintaan persahabatan melalui facebook dan telah saya terima serta kini ada di dalam senarai kawan saya. Tidak lama selepas itu saya terima DM di messenger dari amoi cantik tersebut. Perbualan bermula dari messenger sehingga ke WhatsApps dan dari situ 'job scam' secara tersusun bermula tanpa disedari. 

Dia kata, dia ada tiga kedai di atas talian (online) dan memperkenalkan kepada saya serta menceritakan keuntungan yang luar biasa. Bila saya lawat laman kedai yang diceritakannya, transaksi menggunakan matawang USD dan bila saya belek harga barangan, fuyoo... harga kayangan. Nak kata barangan berjenama, tak juga sebab jenama yang tak pernah didengar. 

Saya mula syak dia adalah scammer dan cara saya elak ialah, saya kata saya bukan 'business minded' dan tidak pandai berniaga. Maka bermula lah scenario pujuk memujuk minta daftar dulu dan dia boleh ajar saya sehingga berjaya. Dalam hati saya, orang kaya pun tak ajar kita bagaimana dia berjaya, ini kan pula dia yang langsung tidak dikenali. Jadi, saya cuba elak dengan macam-macam cara sehingga terpaksa menggunakan cara sedikit kasar sehingga akhirnya senyap hingga kini.

Bila saya jenguk semula messenger, semua hantarannya telah dipadamkan dengan mesej 'this message was removed because it doesn't follow our community standards' seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Kelihatan seperti dipadam oleh FB atau mungkin dipadam oleh amoi sendiri.

Setelah saya terbaca pengalaman yang dikongsikan oleh pemain badminton negara, saya dapati taktiknya serupa, cuma nasib saya baik sebab saya telah perasan awal.

AWAS, scammer ada di mana-mana dan ada scammer yang berlesen seperti ... (maaf tak boleh sebut entiti scammer berlesen sebab cuma pandangan pribadi saya sahaja)

Sunday 14 July 2024

Astro Njoi tiada siaran

Sekali sekala saya ada dirujuk dekoder astro dengan masalah dekoder boleh dihidupkan namun tiada siaran dan apa yang terpapar pada layar TV ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gangguan perkhidmatan...

Jika anda ada masalah sedemikian, ianya bukan masalah dekoder. Masalah sedemikian akan terjadi jika anda telah lama tidak menonton siaran astro.

Apa yang anda harus lakukan ialah menghubungi pihak astro melalui WhatsApp ditalian 03-9543 3838 dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Pihak astro akan melakukan pengesahan identiti terlebih dahulu sebelum melakukan proses troubleshooting.

Soalan lazim yang harus dijawab dengan betul ialah:-

  1. Nombor kad astro
  2. Nama pemanggil
  3. Nama pemilik dekoder astro

Jika anda gagal menjawab mana-mana soalan di atas dengan betul terutamanya nama pemilik, pihak astro tidak akan melayan masalah anda.

Ini sering berlaku jika anda memiliki dekoder astro 'secondhand' dan pemilik baru tidak mengetahui nama yang didaftarkan untuk kad astro tersebut.

Jadi, jika anda ingin membeli dekoder 'secondhand', pastikan anda dapatkan nama pemilik dari si penjual. Jangan beli dekoder astro yang tidak diketahui identitinya.

Thursday 11 July 2024

Mini Solar System

Baru-baru ini saya telah membeli satu set sistem solar untuk tujuan memahami, mendalami serta membuat kajian sendiri.

Mini solar system...

Secara amnya, komponen yang harus ada pada sistem solar ialah:-

  1. Panel solar
  2. Solar charge controller 
  3. Bateri
  4. Inverter
Skema...

Pakej sistem solar ini saya beli di dalam talian shopee dan dilengkapi dengan kesemua yang dinyatakan di atas kecuali bateri dengan harga RM138.10.

4000W?

Spesifikasi pakej ialah:-

  1. Panel solar - 25w
  2. Solar Charge Controller - 12v, 30A
  3. Inverter - peak power 4000w/rated power 300w

Bateri 12v, 7Ah
Saya menguji sistem solar ini dengan menggunakan sebiji bateri 12v, 7Ah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah seharian diuji, saya dapati panel solar perlu dipasang mendatar supaya mampu mengumpul tenaga yang maxima untuk disimpan dalam bateri.

Contoh terbaik ada di depan rumah saya seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Panel solar rumah sebelah kiri dipasang mendatar dan rumah sebelah kanan pula dipasang condong.

Kedua-dua lampu menyala setiap malam menggunakan tenaga bateri dan sama terang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Lampu pada rumah sebelah kanan telah malap sebelum subuh seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Ini disebabkan panel solar yang di pasang condong gagal menjana tenaga mencukupi untuk mengecas bateri untuk kegunaan lampu sepanjang malam.

Dari masa ke semasa saya akan kongsikan penemuan yang saya dapat dari sistem solar ini.

Monday 8 July 2024

月亮代表我的心

   C             Em
你问我爱你有多深
Ni wen wo ai ni you duo shen
   Am  F     C
我爱你有几分
Wo ai ni you ji fen
      Am
我的情也真
Wo di qing ye zhen
      F
我的爱也真,
Wo di ai ye zhen
       Dm         G7
月亮代表我的心.
Yue liang dai biao wo di xin

     C.          Em
你问我爱你有多深,
Ni wen wo ai ni you duo shen
  Am   F      C
我爱你有几分?
Wo ai ni you ji fen
     Am
我的情不移
Wo di qing bu yi
      F
我的爱不变,
Wo di ai bu bian
       Dm  G7   C
月亮代表我的心
Yue liang dai biao wo di xin
 
Chorus: 
   C            Em
轻轻的一个吻
Qing qing di yi ge wen
       Am           C
已经打动我的心
Yi jing da dong wo di xin
                Em
深深的一段情
Shen shen di yi duan qing
     Am          G7
教我思念到如今
Jiao wo si nian dao ru jin
 
     C.         Em
你问我爱你有多深
Ni wen wo ai ni you duo shen
  Am  F     C
我爱你有几分
Wo ai ni you ji fen
     Am
你去想一想
Ni qu xiang yi xiang
        F
你去看一看
Ni qu kan yi kan
      Dm  G7   C
月亮代表我的心
Yue liang dai biao wo di xin

Friday 5 July 2024

Auto Update Error (1.65)

Hari ini saya kongsikan penemuan baru berkaitan dengan 'auto update' pada dekoder astro. Sehingga ke hari ini saya masih belum pernah berjaya membaiki dekoder astro dengan masalah sedemikian.

Dekoder ini dirujuk kepada saya dengan masalah gagal dihidupkan namun setelah dibaiki saya dapati versi software telah lama tidak dikemaskini seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Cara mengemaskini software secara manual boleh dirujuk di sini.

Masalah yang dihadapi kali ini ialah proses 'auto update' gagal dan berakhir dengan 'update error' namun setelah dibiarkan, ianya kembali semula pada 'boot' ke-3 dan boleh menonton siaran.

Tiada layar...

Masalah seterusnya pula ialah siaran sering terganggu dengan kod (76) dan (V6) terpapar pada layar seperti boleh dilihat pada dua gambar di bawah.

(76)

Proses 'auto update' akan berulang-ulang dan berakhir dengan 'update error' juga setelah dibiarkan pada keadaan standby.

(V6)

Dalam masa yang sama, saya juga dapati versi dekoder yang terpapar pada layar berbeza dengan yang saya temui selama ini iaitu 1.79 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1.65

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk masalah sama dengan versi dekoder 1.65 dan anda boleh rujuk di sini.

Kesimpulan saya dari pengalaman kali ini ialah ianya bukan masalah dekoder tetapi masalah versi dekoder lama (1.65) yang tidak dapat dikemaskini.

Menurut pemilik, dekodernya telah lama rosak namun setelah saya baiki, ianya boleh menerima siaran tetapi ada gangguan siaran sebab versi dekoder berbeza serta gagal dikemaskini.

Saya tidak pasti kenapa versi dekoder gagal dikemaskini namun yang pasti versi terbaru kini ialah 1.79 dan bukannya 1.65. Kemungkinan juga pihak astro telah tamatkan sokongan kepada dekoder versi 1.65.

Klip video di atas adalah paparan pada dekoder jika proses kemaskini telah selesai dan gambar di bawah pula ialah versi software terkini (1.79) astro setakat ini.

1.79

Selamat berDIY...

Tuesday 2 July 2024

Cara dapatkan pengecas dari bekas vape

Zaman telah berubah dan ramai perokok kini telah beralih kepada rokok elektronik atau vape atas faktor kos sebab rokok konvensional sangat mahal berikutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan kita sangat tinggi.

Sewaktu zaman kanak-kanak tahun 80an, saya sering disuruh oleh ayah membelikan rokok dan jika tidak silap harganya cuma RM1.50 untuk sebungkus yang mengandungi 20 batang rokok putih.

Trend terbaru kini ialah penggunaan vape pakai buang (disposable vape) dan sering saya temui sewaktu berjogging. Saya akan kutip untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebab ianya mempunyai komponen elektronik.

Saya tidak pasti kenapa ianya dibuang namun yang pasti ianya rosak. Setelah dibuka dan diperiksa ianya hanya mengandungi 3 komponen elektronik sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Dua benda yang sering rosak ditemui ialah bateri dan module pengecas. Setakat ini saya belum menemui elemen pemanas (heater) yang rosak. Majority ditemui mengalami kerosakkan bateri.

Tahukah anda bahawa module pengecas pada vape boleh digunakan untuk mengecas bateri lithium? Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY...