Friday, 5 July 2024

Auto Update Error (1.65)

Hari ini saya kongsikan penemuan baru berkaitan dengan 'auto update' pada dekoder astro. Sehingga ke hari ini saya masih belum pernah berjaya membaiki dekoder astro dengan masalah sedemikian.

Dekoder ini dirujuk kepada saya dengan masalah gagal dihidupkan namun setelah dibaiki saya dapati versi software telah lama tidak dikemaskini seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Cara mengemaskini software secara manual boleh dirujuk di sini.

Masalah yang dihadapi kali ini ialah proses 'auto update' gagal dan berakhir dengan 'update error' namun setelah dibiarkan, ianya kembali semula pada 'boot' ke-3 dan boleh menonton siaran.

Tiada layar...

Masalah seterusnya pula ialah siaran sering terganggu dengan kod (76) dan (V6) terpapar pada layar seperti boleh dilihat pada dua gambar di bawah.

(76)

Proses 'auto update' akan berulang-ulang dan berakhir dengan 'update error' juga setelah dibiarkan pada keadaan standby.

(V6)

Dalam masa yang sama, saya juga dapati versi dekoder yang terpapar pada layar berbeza dengan yang saya temui selama ini iaitu 1.79 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1.65

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk masalah sama dengan versi dekoder 1.65 dan anda boleh rujuk di sini.

Kesimpulan saya dari pengalaman kali ini ialah ianya bukan masalah dekoder tetapi masalah versi dekoder lama (1.65) yang tidak dapat dikemaskini.

Menurut pemilik, dekodernya telah lama rosak namun setelah saya baiki, ianya boleh menerima siaran tetapi ada gangguan siaran sebab versi dekoder berbeza serta gagal dikemaskini.

Saya tidak pasti kenapa versi dekoder gagal dikemaskini namun yang pasti versi terbaru kini ialah 1.79 dan bukannya 1.65. Kemungkinan juga pihak astro telah tamatkan sokongan kepada dekoder versi 1.65.

Klip video di atas adalah paparan pada dekoder jika proses kemaskini telah selesai dan gambar di bawah pula ialah versi software terkini (1.79) astro setakat ini.

1.79

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.