Showing posts with label Splitter. Show all posts
Showing posts with label Splitter. Show all posts

Sunday, 8 January 2023

Maituo MT-1304 130MHz 4 port VGA splitter

Semalam saya telah dipanggil untuk membaiki wayar putus pada penyambung VGA yang disambung kepada TV. Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki penyambung VGA dan anda boleh rujuk di sini.

Wayar yang putus pada penyambung VGA telah saya tandakan pada gambar di atas serta di bawah dan apa yang perlu saya buat ialah pateri semula ke kedudukan asalnya.

Masalah asal ketika wayar penyambung VGA putus ialah tiada paparan pada skrin TV namun setelah dibaiki, paparan gambar pada skrin TV adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gambar yang terhasil pada TV tidak normal iaitu gambar menegak tidak lurus serta ada bayang-bayang. Masalah sedemikian adalah disebabkan isyarat (signal) yang dihantar dari komputer ke TV bermasalah. 

Maituo MT-1304

Pemeriksaan seterusnya mendapati wayar isyarat VGA disambung kepada sebiji '4 port VGA splitter' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Oleh kerana splitter tersebut mempunyai 4 sambungan output dan hanya 3 sahaja digunakan, saya telah pindahkan sambung TV di atas ke 'port' yang tidak digunakan dan masalah selesai. Paparan yang normal pada layar TV adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Jadi, masalah asalnya bukan disebabkan wayar VGA putus tetapi salah satu 'port' VGA yang digunakan telah rosak serta menghasilkan gambar yang tidak normal. Wayar VGA mungkin putus ketika mereka melakukan 'troubleshooting' sendiri.

Untuk pengetahuan anda, ianya digunakan pada pusat penginapan dan jarak TV tersebut dari splitter ialah sejauh 5 tingkat bangunan.

Selamat berDIY...

Monday, 23 December 2019

TV Spliter repair

Hari ini saya kongsikan sesuatu yang baru iaitu membaiki spliter. Fungsi spliter ini ialah untuk menyambungkan lebih daripada satu TV secara selari.
4-way spliter...
Gambar di atas merupakan '4-way spliter' iaitu boleh menyambungkan signal TV kepada 4 buah TV secara serentak dan selari.
Bahagian bawah spliter...
Menurut pemiliknya, salah satu terminal tidak dapat digunakan dan apabila saya buka serta periksa, memang ada sambungan yang terputus pada salah satu terminalnya dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
sambungan putus...
Kerja membaiki kali amat mudah iaitu saya cuma paterikan kembali sambungan yang putus dan ianya masih boleh digunakan semula.
Siap
Selamat mencuba..

Saturday, 26 October 2019

IKUSI MT-0516 Ref. 52106 Stand Alone Multiswitch repair

Hari ini saya dirujuk splitter berjenama IKUSI, Model: MT-0516 dengan masalah lampu LED berwarna hijau padanya tidak menyala.
IKUSI MT-0516
Splitter tersebut menggunakan adapter 18v telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini . Jika adapter tidak bermasalah, maka kita kena buka dan periksa di dalamnya.
Buka penutup atas...
Setelah dibuka penutup bahagian atas dan bawahnya, apa yang kelihatan adalah seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Penutup bahagian bawah juga dibuka...
Pemeriksaan awal dengan pandangan mata kasar tidak menjumpai apa-apa masalah namun setelah saya periksa menggunakan multimeter satu litar yang halus telah didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
Litar putus telah saya sambung...
Setelah litar yang putus saya baiki (sambungkan dengan wayar halus) dan diuji, kini lampu LED berwarna hijau telah menyala seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Testing
Kerja membaiki kali amatlah mudah dan tiada melibatkan kerosakkan pada mana-mana komponen.
Tested - OK
Selamat mencuba...