Showing posts with label Yo-Life. Show all posts
Showing posts with label Yo-Life. Show all posts

Thursday, 6 February 2014

Masalah treadmill bergegar ketika digunakan

Pada pagi ini treadmill di tempat kerja saya yang berjenama yo-Life, Model SUPREME 7100 telah meragam. Ragamnya ialah ketika pada kelajuan 1km/j hingga 2km/j, keseluruhan treadmill akan bergegar dan gegarannya akan berkurangan bila bergerak laju. Pada mulanya saya mengesyaki kerosakan pada 'bearing' bahagian yang bergerak namun setelah diperiksa kesemua 'bearing' berkeadaan baik.

Setelah kesemua bahagian mekanikal disahkan tidak bermasalah, saya terpaksa memeriksa bahagian yang melibatkan eletrik. Ketika penutup bahagian elektrik dibuka, jelas kelihatan salah satu kapasitor pada PCB telah kembung dan harus di ganti seperti pada gambar di bawah.
Kapasitor yang harus diganti...

Pandangan dekat rupa kapasitor yang rosak (kembung)

330μF, 10V

Telah ditukar kapasitor yang baru

Pasang kembali PCB ke tempat asalnya...

Pasang kembali penutupnya...
Setelah kapasitor yang rosak diganti serta dipasang semula ke tempat asalnya dan diuji, masalah gegaran telah lenyap dan beroperasi seperti sedia kala. Kapasitor 330μF, 10V boleh di dapati di kedai eletronik dengan harga RM2.00 sahaja sebiji.

Monday, 23 September 2013

Saturday, 14 September 2013

DIY - Ganti 'Membrane Switch' kepada 'Tact switch'

Penggunaan 'membrane switch' amat popular pada peralatan elektrik serta elektronik. Namun, tidak semua peralatan elektrik mahupun eletronik sesuai menggunakannya.

Mesin senaman 'treadmill' berjenama yo-Life, model SUPREME 7100 juga menggunakan 'membrane switch' dan hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja. Baru-baru ini saya terpaksa mengubahsuai 'membrane switch' tersebut kepada 'tact switch'.

Gambar berikut merupakan langkah-langkah pengubahsuaian yang telah saya lakukan ke atas 'treadmill' tersebut. 
'Membrane switch' yang tak berfungsi lagi...

Anak panah menunjukkan bahagian yang telah putus...

Bahagian yang putus tidak boleh dilihat dengan mata kasar

DIY - benda yang diperlukan (2 biji 'tact switch' & wayar)

Setelah dipatri...

Lekatkan dengan menggunakan 'silicone glue gun'

Buat acuan dengan menggunakan 'silicone glue gun'

Dah siap (personal warranty - setahun)