Showing posts with label Misc. Show all posts
Showing posts with label Misc. Show all posts

Thursday, 18 September 2025

Lotus Elise Cub 250 hangus

Awal bulan ini kereta mewah berjenama Lotus milik seorang pempengaruh telah terbakar sehingga 'total lost'. 

Lotus Elise Cub 250

Gambar di bawah adalah rupa kereta setelah kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. 

Lotus Elise hangus serta lebur seperti plastik...

Kereta mewah merupakan salah satu alat untuk sesetengah orang sebagai 'flexing' bagi memajukan diri mahupun perniagaan terutamanya melibatkan MLM serta pelaburan skim cepat kaya.

Biasanya kereta mewah dilengkapi dengan banyak ciri-ciri keselamatan yang tinggi namun apa yang terlintas di fikiran saya ialah tiada 'safety' langsung pada kereta tersebut.

Kereta lebur bagaikan plastik setelah terbakar dan adakah ianya 'value for money'?

Renung-renungkan... 

Monday, 15 March 2021

Cara-cara menggunakan multimeter DT-830B

Baru-baru ini ramai yang bertanya cara menggunakan multimeter model DT-830B seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

DT-830B

Sila tonton klip video di bawah untuk mengetahui cara-cara menggunakannya.

Selamat mencuba...

Sunday, 7 March 2021

Electric lunch box repair

Beberapa hari yang lalu saya dirujuk sebuah 'electric lunch box' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk dibaiki.

Electric lunch box...

Sekali pandang, kelihatan hanya sebuah bekas menyimpan makanan namun ianya telah dilengkapi dengan elemen pemanas dan menggunakan bekalan arus elektrik 12v untuk memanaskan bekalan makanan.

12v, 40w...

'Electric lunch box' ini dibekalkan dengan kabel serta adapter 12vdc. Kabelnya juga boleh disambung terus ke soket pencucuh rokok untuk mendapatkan bekalan elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Boleh sambung soket pencucuh rokok dalam kereta...

Pemilik hanya memberitahu saya ianya tidak berfungsi sahaja dan sebelum dibuka untuk diperiksa, saya periksa dahulu element pemanasnya. Bacaan rintangan ialah 16.8Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan ianya masih elok.

Rintangan elemen pemanas - 16.8Ω

Oleh kerana tiada kerosakkan ditemui menggunakan multimeter, saya sambung 'electric lunch box' tersebut kepada bekalan elektrik dan ianya boleh panas. Suhu yang saya dapat ialah 42.6 darjah celcius seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Seterusnya saya buka elemen pemanas di bawahnya dan mendapati bahawa ianya juga disambungkan sebiji mentol/lampu selari dengan elemen pemanas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah kepingan elemen pemanas dibuka...

Akhirnya saya menemui kerosakkannya iaitu sebiji lampu/mentol yang putus/hangus serta berwarna hitam. Masalah yang saya hadapi pula ialah nilai voltan mentol tersebut.

mentol hangus/putus...

Memandangkan voltan yang tertera pada label di atas menyatakan 'rated voltage' pada 12v, maka saya gantikan dengan sebiji mentol 12vdc.

Gantikan mentol baru...

Pada mulanya saya terfikir menggunakan lampu LED sebagai ganti dengan bantuan sebiji perintang 1kΩ untuk mengurangkan voltan dari 12v ke kira-kira 3vdc namun terpaksa dilupakan atas sebab keberangkalian lampu LED menyala cuma 50%.

Testing...

Sebabnya ialah jika lampu LED disambung terbalik ianya tidak akan menyala. Punca sambungan terbalik akan berlaku ialah pada soket penyambung seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Soket penyambung ke 'electric lunch box'...

Cara untuk mengelak 50% lampu LED tidak menyala boleh diselesaikan dengan menyambungkan dua biji lampu LED secara bertentangan dan selari.

Adaptor 12vdc...

Keputusan akhir saya ialah gantikan dengan mentol filamen 12vdc sahaja supaya kelihatan seperti asal sebab warna lampu LED dan mentol pasti tidak sama. Mentol tersebut saya dapat dari kedai motosikal dan ianya digunakan pada lampu meter motosikal.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Sunday, 20 December 2020

Sebelum PKP dan selepas PKP

Hari ini saya kongsikan sebuah kolam kumbahan yang suatu ketika dahulu menjadi tempat orang ramai memancing hilang dari pandangan mata setelah PKP (perintah kawalan pergerakan) berikutan pandemik CoVid-19 melanda dunia termasuk negara kita.

Lokasi kolam tersebut tidak jauh dari rumah kediaman saya dan ianya merupakan lokasi untuk saya berjogging selama 15 tahun yang lepas.

Sebelum PKP...

Gambar di atas saya ambil ketika kegiatan memancing serta memukat ikan sering kelihatan sebelum PKP dan gambar di bawah saya ambil beberapa hari yang lepas sewaktu berjogging.

Saya tidak pasti sejak bila kolam tersebut telah dipenuhi dengan tumbuhan akuatik seperti teratai. Yang pasti saya mulai perasan ianya berubah sejak beberapa minggu yang lepas ketika berjogging.

Ketika PKP saya juga tidak berjogging selama beberapa bulan dan ketika mula berjogging pada bulan Julai tahun ini saya tidak perasan perubahannya berikutan rumput di sekitarnya tinggi sebab tidak dipotong. Ianya hanya kelihatan apabila rumput-rumput telah dipotong pada penghujung bulan lepas.

Selepas PKP...

Seingat saya ketika zaman kanak-kanak kira-kira 40 tahun yang lalu, tumbuhan akuatik dari kolam air seperti di atas diambil serta dimasak untuk dijadikan makanan babi peliharaan. Tumbuhan akuatik ini membiak dengan cepat dan tidak hairanlah ianya mampu memenuhi kolam tersebut dalam beberapa bulan sahaja.

Biasa kita dengar orang berkata 'sekali air bah, sekali pantai berubah' dan mungkin kini boleh diubah ke 'sekali PKP, sekali kolam berubah'.

Fikir-fikirkan...

Thursday, 1 October 2020

KICAP KUDA TERBANG kini mesra pengguna

Saya dibesarkan dengan KICAP KUDA TERBANG dan ianya dikilangkan di Miri, Sarawak. Dahulu ia menggunakan botol kaca dan saya tidak pasti bila ianya telah bertukar kepada botol plastik.

Kicap Kuda Terbang

Keenakan kicap ini memang tidak perlu dipertikaikan namun sejak kecil sehingga sekarang masalah sejagatnya ialah kicap meleleh setelah dibuka dan digunakan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Masalah dari dulu...

Baru-baru ini saya membeli sebotol Kicap Kuda Terbang dan perasan bahawa penutupnya kini telah berwajah baru.

Kini tiada masalah kicap meleleh lagi...

Setelah penutupnya saya buka, barulah kelihatan perbezaan 'dispenser'nya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

'dispenser' berwajah baru...

Setelah berdekad-dekad lamanya saya menikmati kicap kuda terbang ini dengan masalah kicap meleleh pada luaran botolnya, kini barulah masalah sejagatnya selesai dengan 'dispenser' yang berwajah baru.

Masalah kicap meleleh selesai...

Kenapa baru sekarang 'dispenser' ini diperkenalkan dan bukan sejak dari dahulu lagi? Mungkinkah pengilang tidak tahu masalah pengguna dengan lelehan kicap pada luaran botol? Atau mungkin pengguna tidak pernah menyuarakan permasalahan ini kepada pengilang atau juga mungkin tiada saluran untuk menyampaikan komen serta cadangan kepada pengilang...

'Dispenser' lama...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan dengan jelas perbezaan 'dispenser' lama dan baru. Setelah seminggu digunakan, kini botolnya masih bersih dan tanpa sebarang lelehan kicap...

'Dispenser' baru...

Saya yakin 'dispenser' ini baru diperkenalkan pada kicap kuda terbang sebab botol kicap lama yang ada di rumah saya masih lagi menggunakan 'dispenser' lama.

Kilang Kicap Hua Chan

Saturday, 1 June 2019

Baiki Gear plastik yang haus

Hari ini saya nak kongsikan cara bagaimana kita baiki gear plastik yang telah haus. Untuk makluman gear ini digunakan di dalam mesin pengisar kertas dan kebiasaannya memang susah untuk mendapatkan alat gantinya.
Gear yang telah hilang salah satu giginya...
Saya tidak pasti kenapa salah satu giginya telah hancur dan disebabkan sebiji gear tersebut rosak, keseluruhan mesin tersebut tidak dapat digunakan.
Kita cuba tampal gigi tersebut seperti apa yang doktor gigi buat pada gigi kita...
Berikut adalah cara-cara untuk membuat gigi yang baru.
Bersihkan bahagian yang ingin dibaiki...
Bahan yang diperlukan untuk membuat gigi baru ialah gam Epoxy seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Ini rahsianya, guna gam Epoxy (3 ton)
Terdapat banyak jenis gam epoxy di pasaran dan pastikan ianya mesra plastik, maksudnya ianya sesuai untuk permukaan plastik.
Campurkan gam tersebut sehingga sebati...
Campurkan kedua-dua bahan gam epoxy tersebut dan lekatkannya pada permukaan yang ingin kita baiki dan tunggu sehingga hampir kering dan keras.
Lekatkan gam epoxy pada bahagian yang ingin dibaiki...
Gam epoxy yang saya gunakan perlukan masa 3 jam untuk mengeras dan kira-kira selepas 2 jam 30 minit, campuran gam epoxy hampir keras dan ketika itu anda harus membuat acuan gigi gear tersebut.
Bila hampir keras, pasang kembali dan buat gignya...
Cara untuk membuat gigi gear tersebut ialah dengan memasang kembali ke tempat asal dan pusing gear tersebut sehingga acuan terbentuk dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas dan di bawah.
Gigi dah cantik...
Selepas acuan gigi tersebut telah terbentuk, simpan sehingga gam epoxy tersebut betul-betul keras (biasanya selepas 24 jam).
Biarkan semalaman sehingga betul-betul keras...

Bila dah betul-betul keras, uji gear tersebut...

Pasang balik apa yang telah dibuka...
Setelah gam epoxy tersebut telah betul-betul keras, pasang gear tersebut kembali ke tempat asal dan kini mesin anda akan beroperasi semula.

Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 23 September 2013

Wednesday, 9 January 2013

LETTER FROM A MOTHER TO A DAUGHTER

"My dear girl, the day you see I’m getting old, I ask you to please be patient, but most of all, try to understand what I’m going through.

If when we talk, I repeat the same thing a thousand times, don’t interrupt to say: “You said the same thing a minute ago”... Just listen, please. Try to remember the times when you were little and I would read the same st
ory night after night until you would fall asleep.

When I don’t want to take a bath, don’t be mad and don’t embarrass me. Remember when I had to run after you making excuses and trying to get you to take a shower when you were just a girl?

When you see how ignorant I am when it comes to new technology, give me the time to learn and don’t look at me that way... remember, honey, I patiently taught you how to do many things like eating appropriately, getting dressed, combing your hair and dealing with life’s issues every day... the day you see I’m getting old, I ask you to please be patient, but most of all, try to understand what I’m going through.

If I occasionally lose track of what we’re talking about, give me the time to remember, and if I can’t, don’t be nervous, impatient or arrogant. Just know in your heart that the most important thing for me is to be with you.

And when my old, tired legs don’t let me move as quickly as before, give me your hand the same way that I offered mine to you when you first walked.

When those days come, don’t feel sad... just be with me, and understand me while I get to the end of my life with love.

I’ll cherish and thank you for the gift of time and joy we shared. With a big smile and the huge love I’ve always had for you, I just want to say, I love you... my darling daughter."

Friday, 7 December 2012

Cranky Old Man

What do you see nurses? . . .. . .What do you see?
What are you thinking .. . when you're looking at me?
A cranky old man, . . . . . .not very wise,
Uncertain of habit .. . . . . . . .. with faraway eyes?
Who dribbles his food .. . ... . . and makes no reply.
When you say in a loud voice . .'I do wish you'd try!'
Who seems not to notice . . .the things that you do.
And forever is losing . . . . . .. . . A sock or shoe?
Who, resisting or not . . . ... lets you do as you will,
With bathing and feeding . . . .The long day to fill?
Is that what you're thinking?. .Is that what you see?
Then open your eyes, nurse .you're not looking at me.
I'll tell you who I am . . . . .. As I sit here so still,
As I do at your bidding, .. . . . as I eat at your will.
I'm a small child of Ten . .with a father and mother,
Brothers and sisters .. . . .. . who love one another
A young boy of Sixteen . . . .. with wings on his feet
Dreaming that soon now . . .. . . a lover he'll meet.
A groom soon at Twenty . . . ..my heart gives a leap.
Remembering, the vows .. .. .that I promised to keep.
At Twenty-Five, now . . . . .I have young of my own.
Who need me to guide . . . And a secure happy home.
A man of Thirty . .. . . . . My young now grown fast,
Bound to each other . . .. With ties that should last.
At Forty, my young sons .. .have grown and are gone,
But my woman is beside me . . to see I don't mourn.
At Fifty, once more, .. ...Babies play 'round my knee,
Again, we know children . . . . My loved one and me.
Dark days are upon me . . . . My wife is now dead.
I look at the future ... . . . . I shudder with dread.
For my young are all rearing .. . . young of their own.
And I think of the years . . . And the love that I've known.
I'm now an old man . . . . . . .. and nature is cruel.
It's jest to make old age . . . . . . . look like a fool.
The body, it crumbles .. .. . grace and vigor, depart.
There is now a stone . . . where I once had a heart.
But inside this old carcass . A young man still dwells,
And now and again . . . . . my battered heart swells
I remember the joys . . . . .. . I remember the pain.
And I'm loving and living . . . . . . . life over again.
I think of the years, all too few . . .. gone too fast.
And accept the stark fact . . . that nothing can last.
So open your eyes, people .. . . . .. . . open and see.
Not a cranky old man .
Look closer . . . . see .. .. . .. .... . ME!!

Monday, 3 September 2012

Jutawan SEGERA!

Kalau rabun, klik gambar di atas untuk gambar yang lebih jelas
Kebelakangan ini kita sering terbaca di dada akhbar menceritakan tentang penipuan ribuan sehingga ke ratusan ribu ringgit oleh warga asing. Saya sebagai bekas kakitangan kewangan serta perbankan sememangnya tidak percaya perkara sebegini boleh berlaku disebabkan cara mereka menipu tak logik langsung.

Gambar di atas merupakan e-mail yang saya terima hari ini dan saya yakin dengan e-mail tersebut ramai yang terpikat dengan habuan serta janji jutaan ringgit. Mungkin ini lah caranya mereka menjalankan kegiatan penipuan di laman sesawang.

Kepada sesiapa yang berhajat ingin ditipu,  bolehlah dapatkan e-mail pengirim dari saya.

Wednesday, 15 August 2012

Johari Pain kini dikenali Joe Ariffin di laman facebook

Sehari sebelum penerjun negara, Pandelela Rinong beraksi dalam acara akhir 10m platform wanita, si Johari Pain telah berjanji mengeratkan tut...nya jika Pandelela berjaya mendapat pingat di sukan olimpik.

Namun setelah Pandelela berjaya mendapat pingat gansa untuk negara, akaun facebooknya telah lenyap untuk beberapa hari.

Kini beliau kembali dengan nama barunya iaitu Joe Ariffin. Gambar di sebelah diambil dari laman facebooknya dan dia telah selamat 'mengerat'. Betul kah apa yang saya baca?

Dari pengamatan saya di laman facebooknya, dia masih tak serik-serik lagi dan masih mempersendakan Pandelela khasnya serta orang Sarawak amnya.

Di bawah ialah 'print screen' yang sempat saya ambil.
16/8/2012 - Tukar nama dari Joe Ariffin ke Johari Bin Pain
17/8/2012
17/08/2012
17/08/2012
Sumber