Thursday, 12 February 2026

Ringgit mengukuh di bawah RM4 berbanding USD

Bulan lepas telah menyaksikan pengukuhan nilai matawang ringgit di bawah RM4.00 berbanding USD. 

28/01/2026

Kebetulan ketika itu pada 26/01/2026 saya telah menerima USD97.90 melalui notifikasi seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah. 

Terima USD97.90

Pemeriksaan pada akaun bank mendapati jumlah tersebut cuma RM363.88 sahaja seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Masuk akaun RM363.88

Setelah dikira, saya dapati kadar tukaran yang bank guna cuma 3.71 sahaja. Kenapa begitu jauh perbezaannya?

Renung-renungkan... 

Monday, 9 February 2026

SARA Untuk Semua 2026

Tahun lepas (2025) semua rakyat Malaysia yang memiliki mykad telah diberi RM100 secara 'one off' dan dikreditkan ke dalam mykad individu masing-masing.

Tahun ini, kerajaan meneruskan pemberian RM100 tersebut yang diketegorikan sebagai 'SARA untuk semua 2026' mulai 09/02/2026 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Anda boleh semak kelayakan SARA masing-masing di sini dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan sahaja.

RM100 tersebut hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas sahaja di kedai atau pasaraya berdaftar menggunakan mykad.

Friday, 6 February 2026

你怎麼捨得我難過 - 黄品源

 

Am9              Dm7          G7                      Cmaj7        
对你的思念 是一天又一天 孤单的我还是没有改变
Dm7           Am                  Bm7b5   F        E7
美丽的梦 何时才能出现 亲爱的你好想再见你一面
Am9           Dm7          G7                      Cmaj7
秋天的风 一阵阵地吹过 想起了去年的这个时候 
Dm7           Am                      F           E7         Am  A7
你的心 到底在想些什么为 什么留下这个结局让我承受
 
  Dm7          G7             Cmaj7   Fmaj7
最爱你的人是我 你怎么舍得我难过
       Bm7b5      E7         Am            A7
在我最需要你的时候 没有说一句话就走
Dm7          G7             Cmaj7   Fmaj7
最爱你的人是我 你怎么舍得我难过
       Bm7b5      E7             Am 
对你付出了这么多 你却没有感动过 

Tuesday, 3 February 2026

DIY baiki tayar bocor

Pada 25/01/2026 (ahad) lepas saya dapati ada bunyi asing kedengaran dari dalam kereta sewaktu memandu dengan cermin kereta diturunkan. 

Skru tercucuk pada tayar kereta...

Bunyi asing tersebut tidak kedengaran jika cermin kereta tidak diturunkan. Bunyinya seperti tayar pacit namun semuanya kelihatan elok. Pemeriksaan pada setiap tayar akhirnya menemui salah satu tayar tercucuk skru seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Beli kit menampal tayar bocor...

Memandangkan waktu telah senja dan tiada lagi bangkel dibuka, saya cuba DIY sendiri dengan membeli alat menampal seperti boleh dilihat pada gambar di atas di kedai MrDIY dengan harga RM2.70 sahaja.

RM2.70 sahaja di kedai DIY

Cara menampalnya sangat mudah iaitu cabut skru dan masukkan penampal berwarna oren tersebut ke lubang yang bocor sahaja.

Cabut skru & tampal kebocoran...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan skru telah dicabut serta ditampal dan perlu pam tekanan angin pada tayar secukupnya sahaja.

Siap...

Sehingga blog ini ditulis, saya telah pam semula tekanan tayar di stesen minyak berdekatan setelah beberapa hari ditampal dan tiada kebocoran.

Skru telah haus...

Gambar di atas menunjukkan perbezaan ketebalan skru dan rasanya ianya telah lama tercucuk pada tayar kereta saya sebelum diketahui.