Baru-baru ini saya dirujuk sebuah alat pengecas bateri berjenama SUPER-LITE, model STM2410 dengan masalah gagal berfungsi.
SUPER-LITE STM-2410
Pemilik memberitahu saya ianya rosak setelah terminal positif serta negatif disambung terbalik.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, dua biji mosfet telah pecah serta sebiji perintang panas melampau seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Komponen kelihatan rosak dengan mata kasar...
Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati komponen yang rosak ialah:-
Dua biji mosfet - 10N60
Sebiji transistor - 5401
Gantikan komponen yang rosak...
Perintang yang kelihatan terbakar pula masih elok bila diperiksa menggunakan multimeter dengan bacaan 300Ω.
300Ω
Setelah komponen rosak diganti, bacaan rintangan perintang tersebut cuma sekitar 270Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Saya tidak pasti apa nilai sebenarnya sebab warna gelang tidak kelihatan lagi.
270Ω
Selain 3 komponen di atas yang rosak, MCB dengan rating 16A juga rosak dan telah saya gantikan.
Gantikan MCB 16A baru...
Alat pengecas ini berjaya diselamatkan setelah kesemua komponen rosak dijumpai di atas telah diganti.
Komponen yang rosak...
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk LED driver jenis 2-dalam-1 seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.
THOR LED driver
Masalah lampu LED ini juga serupa dengan yang saya kongsikan sebelum ini iaitu lampu bahagian luar menyala namun lampu di bahagian tengah tidak menyala.
Setelah penutup dibuka...
Pemeriksaan pada output LED driver menggunakan multimeter mendapati tiada bekalan elektrik untuk lampu bahagian tengah.
WS3441S8P pecah...
Pandangan mata kasar pada papan litar LED driver mendapati sebiji komponen retak/pecah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Gantikan WS3441S8P...
Masalah masih serupa setelah komponen pecah tersebut yang dilabel WS3441D8P telah diganti iaitu masih tiada voltan output untuk lampu tengah.
Gantikan diode ES1J...
Pemeriksaan seterusnya saya menemui diode berlabel ES1J pada bahagian output mengalami litar pintas. Masalah juga masih tidak selesai setelah diode tersebut diganti.
AP6881B disyaki rosak...
Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang komponen lagi yang rosak melainkan sebiji komponen berlabel AP6881B disyaki rosak.
AP6881B
AP6881A berfungsi untuk mengubah bekalan elektrik kepada lampu tengah, lampu tepi atau kedua-duanya sewaktu suis lampu dipetik off/on.
Siap...
Masalah selesai setelah AP6881B telah diganti dan voltan output yang dihasilkan tanpa bebanan (load) ialah 110vdc & 53vdc namun, lampu LED bahagian tengah telah rosak/terbakar seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
LED driver ini berjaya dibaiki dengan menggantikan:-
ES1J
WS3441S8P
AP6881
Pemeriksaan pada lampu LED bahagian tengah mendapati kesemua LEDnya terbakar dan tidak dapat dibaiki sebab menggunakan 'LED strip' serta tiada alat ganti. 'LED strip' bahagian tengah mengandungi 60 biji LED yang disambung selari (12 set) serta bersiri (5 biji LED).
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro bersama adapter dan diberitahu oleh pemiliknya gagal berfungsi setelah ELCB di rumahnya padam akibat petir/guntur.
Jika benar kerosakkan adalah akibat petir/guntur biasanya tidak berbaloi dibaiki sebab kerosakkan teruk sehingga melibatkan microprocessor.
Pemeriksaan awal mendapati adapter gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik. Dekoder astro telah diuji berfungsi menggunakan adapter lain.
Setelah adapter saya buka dan periksa, fius utama tidak putus dan bekalan elektrik sampai ke kapasitor utama namun tiada output 12v.
Semua komponen kelihatan elok dan tiada kesan terbakar atau meletup seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
EA1(AZ431) = TL431
Pemeriksaan seterusnya pada bahagian bawah papan litar mendapati dua komponen seperti telah saya labelkan pada gambar di atas dan bawah mengalami litar pintas.
Komponen yang dilabel EA1 ialah regulator atau label lainnya AZ431. Masalah yang saya hadapi ialah komponen pada gambar di atas sebab tidak jumpa datasheet.
Jadi, adapter ini gagal saya baiki sebab salah satu komponen yang rosak tidak diketahui.
Satu lagi sebab ianya tidak saya baiki ialah, tiada alat ganti dalam simpanan dan jika beli adapter baru lebih murah serta cepat.
Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk PSU (power supply unit) berjenama HP yang serupa namun model yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.
HP power supply unit
Model PSU kali ini ialah PS-4241-9HF dan diberitahu masalahnya ialah 'no power'.
Model: PS-4241-9HF
Sebelum dibuka untuk kerja-kerja 'troubleshooting', saya periksa voltan output pada setiap wayar dan kesemuanya tiada bacaan langsung.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui 2 komponen rosak iaitu:-
IC501
R600
IC501 meletup...
Gambar di atas ialah keadaan komponen berlabel IC501 yang telah meletup dan saya tidak menemui sepihan yang mengandungi nombor rujukkannya.
Perintang R600 putus...
Klip video di bawah saya rakam untuk melihat spesifikasinya menggunakan mode 'MACRO' pada kamera telefon bimbit. Nilainya ialah 2.2Ω/1W.
Nombor rujukan pada IC501 cuma kelihatan satu huruf sahaja iaitu huruf T dan dari pengalaman lepas ianya ialah 'TNY series IC'.
Komponen yang rosak...
Nombor rujukan untuk 'TNY series IC' ialah dari TNY284 sehingga TNY280 dan perbezaannya ialah kuasa IC tersebut seperti berikut:-
TNY284 - 6W
TNY285 - 8.5W
TNY286 - 10W
TNY287 - 13W
TNY288 - 16W
TNY289 - 18W
TNY290 - 20W
Standby - 12v/1.3A
IC501 membekalkan elektrik untuk kegunaan standby dan merujuk kepada
label seperti boleh dilihat pada gambar di atas, voltan serta arusnya
ialah 12v/1.3A.
Dari data di atas, kita boleh kira kuasa bekalan untuk standby menggunakan formula P=IV (12v x 1.3A = 15.6W). Dengan yang demikian TNY yang boleh digunakan ialah TNY288 (16W), TNY289 (18W) dan TNY280 (20W).
Komponen baru...
Memandangkan kuasa minimal dari kira-kira diatas iaitu 15.6W, saya pilih sedikit tinggi iaitu TNY289(18W) untuk keselamatan bagi menangani 'voltage surge' (jika ada).
Wayar hijau - 4.3v
Masalah selesai setelah kedua-dua komponen yang ditemui rosak telah saya gantikan dan ianya telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula.
Wayar jingga - 11.38v
Untuk menghidupkan PSU tersebut, pintaskan wayar hijau kepada wayar hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kipas akan berpusing setelah melakukan pintasan dan seterusnya mengesahkkan PSU telah berfungsi.