Showing posts with label Sanwa. Show all posts
Showing posts with label Sanwa. Show all posts

Monday, 5 December 2022

Sanwa YX360TRF multimeter not functioning repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki multimeter seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Sanwa YX360TRF

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lagi multimeter serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi. Menurut pemilik masalah bermula setelah mengukur voltan namun tersalah laras ke bahagian perintang (Ω).

Setelah penutup belakang dibuka...

Pemilik juga telah menggantikan fius serta bateri yang baharu. Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya dapati fius yang ditukar tidak mengikut spesifikasi asal iaitu 0.5A dan menggunakan 4A.

Fius - 0.5A/250v

Seterusnya saya juga mendapati salah sebiji bateri telah terbalik pasang seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Bateri salah pasang...

Masalah selesai setelah bateri yang tersalah pasang telah saya betulkan. Dalam masa yang sama saya juga gantikan fius keselamatan dengan spesifikasi asal iaitu 0.5A sahaja.

Pasang bateri ikut label...

Selamat berDIY...

Saturday, 16 April 2022

sanwa YX360TRF multimeter repair

Multimeter ini telah lama dirujuk kepada saya sebab rosak teruk dan telah diistihar 'beyond repair' suatu ketika dahulu namun saya tidak membuangnya.

sanwa YX360TRF multimeter

Jenama multimeter ini ialah sanwa, model: YX360TRF dan ianya buatan Jepun (Made in Japan).


Banyak multimeter seperti ini adalah tiruan dan dilabel sunwa, sunwei, samwa, sanwai, sunma dan sebagainya. Ada yang tidak berlabel langsung namun penampilannya seperti multimeter buatan Jepun ini.

Model: YC360TRF

Setahu saya multimeter ini sangat berkualiti dan tidak mudah rosak jika digunakkan dengan cara yang betul sebab ianya dilengkapi dengan fius keselamatan.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka, benda pertama yang saya nampak ialah fiusnya telah putus tetapi disambung dengan wayar tembaga seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Fius 0.5A???

Gambar di bawah menunjukkan keadaan papan litar setelah saya buka dan banyak litar yang putus.

Setelah papan litar dibuka...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati beberapa komponen turut rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. sebiji TVS diod (SJ 5C)
  2. sebiji zener diod
  3. 2 biji perintang (0Ω)
  4. sebiji kapasitor
Siap...

Multimeter ini telah berjaya diselamatkan dan keterangan lanjutnya boleh anda tonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Tuesday, 23 November 2021

Ukur kapasitor menggunakan multimeter analog

Hari ini saya kongsikan cara memeriksa serta mengukur kapasitor dengan menggunakan multimeter analog lama berjenama Sanwa, model CX-506.

Sanwa CX-506

Tidak semua multimeter analog dilengkapi dengan fungsi untuk mengukur kapasitan pada kapasitor.

C1 & C2 untuk mengukur kapasitor

Sebelum mengukur nilai kapasitor, proses menentukur (calibrate) multimeter harus dilakukan dan cara-caranya boleh ditonton pada klip video di penghujung artikel ini.

1.88uF

Multimeter ini mempunyai dua pilihan untuk mengukur kapasitor dan skalanya telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

C1 = 50pF - 0.1uF/100nF

C2 = 0.01uF/10nF - 100uF

Rujuk pada skala C1 & C2

Kapasitor yang saya gunakan untuk diuji telah diukur dengan menggunakan multimeter digital dan bacaannya ialah 1.88uF.

1.8uF

Gambar di atas adalah bacaan ketika saya ukur dengan menggunakan multimeter analog dan bacaannya ialah 1.8uF.

Selamat mencuba...

Thursday, 21 October 2021

SANWA CX-506 multitester repair

Semalam, seseorang telah memberikan saya sebuah multimeter lama berjenama sanwa, model CX-506 dan ianya rosak.

sanwa CX-506

Setelah penutup belakang multimeter saya buka dan periksa dengan menggunakan mata kasar, ianya seperti baru dibeli dan kesemua yang saya tandakan pada gambar di bawah tidak dipasang.

Setelah penutup belakang dibuka...

Multimeter masih gagal berfungsi setelah saya pasangkan fius serta bateri. Setelah papan litarnya saya buka, jelas kelihatan ada kesan letupan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Ada kesan letupan...

Pemeriksaan pada bahagian papan litar mendapati ada dua litar telah putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Gambar di bawah pula menunjukkan litar yang putus telah saya sambung kembali namun hanya sebahagian sahaja boleh berfungsi dan bacaan tidak tepat ketika diuji.

Litar putus telah disambung...

Seterusnya saya periksa komponen pada papan litar dan menemui sebiji diod yang dilabel D7 pada papan litar mengalami litar pintas.

Litar pintas pada sebiji diod (L10 B 1A)

Label pada diod pula ialah L10 B 1A. Masalah bacaan tidak tepat selesai setelah diod yang mengalami litar pintas tersebut telah saya gantikan dan ianya boleh digunakan semula.

Tested - ok

Multimeter ini rosak disebabkan tersalah laras ketika digunakan. Berdasarkan kesan letupan yang ada, saya pasti ianya rosak ketika mengukur arus ulang alik (AC).

Gambar di bawah ialah skema serta komponen yang digunakan pada multimeter ini.

Selamat mencuba...