Showing posts with label SENSE. Show all posts
Showing posts with label SENSE. Show all posts

Wednesday, 8 September 2021

SENSE 002 hair dryer repair

Sebelum ini saya pernah membaiki alat pengering rambut seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

SENSE 002 hair dryer

Minggu lepas saya dirujuk alat pengering yang serupa namun masalahnya berbeza iaitu kurang panas dan lambat mengeringkan rambut.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya telah menemui salah satu wayar telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

wayar putus...

Wayar tersebut putus sebab dihimpit oleh suis. Kemungkinan wayarnya terhimpit ketika dikilangkan dan setelah bertahun-tahun melaraskan suisnya akhirnya wayar putus.

Potong...

Apa yang saya lakukan ialah potong bahagian yang putus serta sambung kembali dan dipateri supaya sambungannya kuat.

Sambung & pateri...

Wayar yang disambung saya balut dengan menggunakan 'wayar tape' supaya tiada kebocoran elektrik yang boleh membahayakan pengguna.

Balut dengan 'wire tape'...

Masalah kurang panas pada alat pengering rambut di atas selesai setelah dengan hanya menyambungkan wayar yang terputus sahaja.

Pasang kembali...

Selamat mencuba...

Tuesday, 30 June 2020

SENSE 002 hair dryer repair

Hari ini saya dirujuk sebuah alat pengering rambut berjenama SENSEI, Model: 002 dengan masalah mengeluarkan bunyi bising bila dihidupkan.
Jenama: SENSEI
Apabila saya goncang alat pengering rambut tersebut, memang kedengaran sesuatu yang tertanggal di dalamnya.
SENSEI 002
Apabila saya buka dan periksa, kelihatan motor kipas tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Motor kipas tertamggal...
Bila diteliti, motor tersebut tertanggal disebabkan kedua-dua pemegangnya pecah dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Pecah...
Kerosakkan sedemikian biasanya adalah disebabkan alat pengering rambut tersebut pernah terjatuh dan terhentak. 
Gam guna 'super glue'...
Apa yang boleh dilakukan ialah dengan membuka pemegangnya yang pecah dan gam kembali dengan menggunakan 'super glue' atau apa-apa gam yang kuat untuk plastik. Setakat ini saya dapati cuma 'super glue' sahaja yang terbaik.
Pasang kembali motor...
Tips menggunakan 'super glue' supaya bahagian yang patah/pecah bercantum dengan kuat ialah, jangan cantumkan terus setelah dilumurkan dengan 'super glue'. Tunggu sehingga hampir kering barulah mencantumkan bahagian yang patah/pecah. Selepas dicantumkan, tunggu sehingga betul-betul kering iaitu kira-kira sejam barulah dipasang kembali.
Siap...
Selamat mencuba...