Tuesday, 30 September 2025

A10051Zf - Mercedes E430 automatic transmission shifter module

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah module untuk kereta mercedes E430.

Mercedes E430 automatic transmission shifter module 

Module ini terletak pada bahagian menukar gear automatik dan menurut pemilik ianya gagal berfungsi setelah dimasuki air milo yang tertumpah.

Papan litar seperti berkarat...

Gambar di atas adalah keadaan papan litarnya setelah penutupnya telah dibuka.

Nombor rujukan papan litar: A10051Zf

Nombor rujukan tertera pada papan litar ialahA10055Zf seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bahagian belakang papan litar...

Setelah kesemua papan litar dikeluarkan, hanya bahagian atas papan litar sahaja kelihatan seperti telah berkarat. 

De-rust & contact cleaner

Saya sembur 'antitrust' atau WD40 dan berus dengan menggunakan berus gigi. Setelah bersih, saya sembur dengan 'contact cleaner' supaya benar-benar bersih.

Setelah dibersihkan...

Setelah kerja pembersihan siap, saya periksa komponen pada papan litar dan tiada yang rosak ditemui.

Bahagian atas papan litar...

Kerja saya berakhir setakat dengan hanya membersihkan papan litar serta periksa komponen sahaja.

Siap...

Menurut pemilik, module kembali berfungsi semula setelah dipasang ke kereta serta diuji tanpa masalah.

Selamat berDIY...

Saturday, 27 September 2025

Please forgive me - Bryan Adam


A  E  F#m  E  D
 
 
[Verse]
           E                        
It still feels like our first night 
   A       A5  A
together
E                       F#m
Feels like the first kiss and it's 
getting better, baby
C#m          D
No one can better this
A                                     
You're still holding on, you're still 
    E    A
the one
                           C#     
The first time our eyes met, same 
              F#m
feeling I get
                           C#        
Only it feels much stronger, I wanna 
                 A
love you longer
                        E
You still turn the fire on
 
[Bridge:]

A F#m A D
So if you're feeling lonely, don't
E A
You're the only one I ever want
F#m A D
I only wanna make it good
E F#m D
So if I love you a little more than I
should...


[Chorus:]

A A5
Please forgive me, I know not what I do
A
F#m
Please forgive me, I can't stop loving
you
D D5
Don't deny me this pain I'm going
D
through
A A5 A
Please forgive me, if I need you like I
do
E
Please believe me, for what I say is
true
D A E
Please forgive me, I can't stop loving
you

A E F#m E

A
Still feels like our best time together
A5 A
E F#m
Feels like the first touch,
we're still getting closer, baby
C#m D
Can't get close enough
A
You're still holding on, you're still
E
number one
A C#
I remember the smell of your skin, I
F#m
remember everything
C#
I remember all your moves, I remember
you, yeah!
A E
I remember the nights, you know I still
do


[Bridge:]

A F#m A D
So if you're feeling lonely, don't
E A
You're the only one I ever want
F#m A D
I only wanna make it go
E F#m D
So if I love you a little more than I
should...


[CHORUS]

A A5
Please forgive me, I know not what I do
A
F#m
Please forgive me, I can't stop loving
you
D D5
Don't deny me this pain I'm going
D
through
A A5 A
Please forgive me, if I need you like I
do
E
Please believe me, for what I say is
true
D A E
Please forgive me, I can't stop loving
you



F#m D F#m E F#m D F#m A D


[Bridge]
E D A
One thing I'm sure of, is the way we
D E
made love
D A
One thing I'm in pain now, is for us to
D F#m
stay strong

With every ride and every bus I'm
D
prayin'
E
That's why I'm saying...


[CHORUS (one tone higher)]

B Bsus2
Please forgive me, I know not what I do
B
G#m
Please forgive me, I can't stop loving
you
E E6
Don't deny me this pain I'm going
E
through
B Bsus2
Please forgive me, if I need you like I
B
do
F#
Please believe me, for what I say is
true
E B
Please forgive me, I can't stop loving
you

F#
No, believe me, I don't know what I do
E B F#
Please forgive me, I can't stop loving
E
you
F# B
can't stop loving you

Wednesday, 24 September 2025

Tali gitar elektrik vs tali gitar acoustic

Hari ini saya kongsikan pengalaman menggantikan tali gitar elektrik menggunakan tali gitar acoustic dengan saiz yang sama.

Electric strings vs acoustic strings

Pada pandangan logik saya, ianya seharusnya boleh berfungsi sebab jenama serta saiznya sama. Apa pula pandangan anda? 

Electric guitar 2nd string = 0.11/0.28

Pengalaman ini terjadi apabila tali gitar elektrik saya putus namun saya cuma ada tali gitar acoustic nombor satu yang saiznya sama dengan tali gitar elektrik nombor dua iaitu 0.11/0.28 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah. 

Acoustic guitar 1st string = 0.11/0.28

Walaupun jenama dan saiznya sama namun bunyi yang dihasilkan berbeza. Bunyi tali gitar elektrik lebih nyaring berbanding tali gitar acoustic seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Ini terjadi berikutan bahan yang digunakan untuk kedua-dua tali gitar adalah berbeza.

Luthier atau tukang baiki gitar pernah memberitahu saya, jika tali gitar anda putus, gantikan kesemua tali gitar dengan yang baru dan bukannya gantikan tali yang putus sahaja.

Renung-renungkan... 

Sunday, 21 September 2025

DELL Vostro 5568 repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah komputer riba berjenama DELL, model vostro dengan masalah gagal dihidupkan.

DELL Vostro

Pemeriksaan awal pada adapter masih elok dan menghasilkan bekalan voltan output 19.95v.

Made in China

Jika tiada masalah bekalan elektrik dari adapter, masalahnya mungkin pada motherboard atau bateri.

Voltan output adapter - 19.95v

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya dapati baterinya telah kembung dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bateri kembung...

Bateri yang kembung harus diganti namun untuk percubaan, saya melakukan reset dengan menanggalkan terminal bateri kira-kira seminit sebelum disambung kembali untuk diuji.

Cabut kabel bateri untuk reset...

Komputer riba ini boleh dihidupkan semula selepas dengan hanya melakukan reset pada bateri sahaja.

Testing...

Gambar di bawah adalah message yang terpapar setelah berjaya dihidupkan dan ianya mengesahkan bateri perlu diganti.

Sah, bateri rosak...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY... 

Thursday, 18 September 2025

Lotus Elise Cub 250 hangus

Awal bulan ini kereta mewah berjenama Lotus milik seorang pempengaruh telah terbakar sehingga 'total lost'. 

Lotus Elise Cub 250

Gambar di bawah adalah rupa kereta setelah kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. 

Lotus Elise hangus serta lebur seperti plastik...

Kereta mewah merupakan salah satu alat untuk sesetengah orang sebagai 'flexing' bagi memajukan diri mahupun perniagaan terutamanya melibatkan MLM serta pelaburan skim cepat kaya.

Biasanya kereta mewah dilengkapi dengan banyak ciri-ciri keselamatan yang tinggi namun apa yang terlintas di fikiran saya ialah tiada 'safety' langsung pada kereta tersebut.

Kereta lebur bagaikan plastik setelah terbakar dan adakah ianya 'value for money'?

Renung-renungkan... 

Monday, 15 September 2025

DIY ganti absorber belakang Perodua Kelisa

Kereta Perodua Kelisa saya dibeli pada tahun 2006 dan kesemua absorber belum pernah diganti.

Kereta hanya digunakkan untuk urusan kerja seharian sahaja dan saya tidak pasti bila ianya telah rosak namun yang pasti banyak kerosakkan berlaku setelah jarang digunakan sewaktu PKP pandemik CoVid-19 lepas.  

Baru-baru ini saya dapati banyak bunyi tidak menyenangkan kedengaran pada bahagian suspensi kereta dan antara yang telah saya baiki ialah kerosakkan steering rack boot dan drive shaft boot.

Buka tayar belakang...

Absober belakang sangat mudah ditukar dan anda cuma perlukan dua spanar saiz 17 selain jek untuk meninggikan kereta sewaktu membuka tayar.

Buka skru & nut absorber bawah (saiz 17)

Hanya dua biji skru serta nut sahaja yang perlu dibuka pada bahagian atas & bawah absorber seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.

Buka nut absorber atas (saiz 17)

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan absorber baru serta lama dan jelas kelihatan absorber lama telah bocor dengan kesan minyak hydraulic.

Absorber lama bocor...

Jenama absorber asal ialah TOKICO dan saya gantikan dengan jenama KYB (kayaba). Untuk makluman semua, secara am absorber terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak (hydraulic) dan gas (nitrogen). 

Absorber asal berjenama TOKICO (gas filled)

Saya pilih absorber minyak berjenama KYB (kayaba) sebab ianya lebih lembut serta selesa. Absorber gas lebih keras dan harganya juga lebih mahal.

Saya juga berpandangan, gas lebih mudah bocor berbanding minyak. Jadi, absorber minyak pasti lebih tahan lama berbanding absorber gas. 

Absorber baru berjenama KYB (KA1M003)

Ada mekanik memberitahu saya, kereta yang jarang digunakan lebih banyak masalah serta kerosakkan berbanding kereta yang digunakan setiap hari.

Jika benar bagai dikata, kemungkinan besar absorber saya rosak setelah jarang digunakan sewaktu PKP pada tahun 2020 sehingga 2023. 

Siap...

Selamat berDIY... 

Friday, 12 September 2025

MONITEX capsule mixer CM-II

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah mesin pengadun (mixer) untuk mengadun campuran penampal gigi yang digunakan di klinik pergigian.

High Speed Capsule Mixer HSM3

Tiada jenama tertera pada badan mesin dan labelnya hanya menyatakan model sahaja iaitu HSM3.

Model: HSM3

Masalah mixer ini ialah gagal dihidupkan dan menurut pemilik ianya telah digunakan kira-kira 10 tahun.

Adapter elok - 24vdc

Pemeriksaan awal pada adapter elok dan membekalkan 24vdc seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka, papan litarnya tertera perkataan MONITEX dan boleh dilihat pada gambar di bawah dan saya yakin ianya adalah jenama mesin pengadun ini.

Papan litar 'microprocessor'...

Pemeriksaan awal mendapati ada bekalan 24v ke papan litar namun tiada bekalan 5v untuk kegunaan bahagian microprocessor pada papan litar.

Komponen yang didapati rosak...

Komponen yang ditemui rosak telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

  1. U2 = 688AX
  2. U5 = ATMLH922
  3. U6 = 8401L

Keluarkan komponen yang rosak...

Mesin boleh berfungsi setelah komponen yang rosak telah saya tanggalkan dari papan litar dan boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Masalah yang saya hadapi ialah komponen berlabel U2 dengan nombor rujukan 688AX tidak diketahui serta semakkan di dalam talian juga tidak menemui sebarang maklumat. 

U5 - ATMLM922

Bentuk fizikal U2 kelihatan seperti transistor atau mosfet namun dilabel dengan huruf U yang bermaksud IC (integrated circuit). Transistor/mosfet biasanya dilabel dengan huruf Q.

U2 - 688AX

Mesin pengadun ini gagal saya baiki disebabkan tiada alat ganti untuk U2. Bagi memastikan tiada kerosakkan selain papan litar di atas, saya tanggalkan papan litar dan melakukan 'bypass'.

Sambungan ke papan litar 'microprocessor'...

Cara melakukan 'bypass' ialah dengan melakukan pintasan pada pin '+24v' & 'On' dan kedudukannya telah saya labelkan pada gambar di atas.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY...

Papan litar yang rosak di atas telah saya ganti pada 19/09/2025 dan kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Tuesday, 9 September 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bulan lepas kerajaan telah mengumumkan pemberian 'one-off' sebanyak RM100.00 kepada semua pemegang mykad mulai 31/08/2025 dan berakhir pada 31/12/2025. 

Semua pemegang mykad boleh membuat semakan dalam talian di sini dengan hanya memasukkan nombor mykad sahaja. 

Wang RM100.00 tersebut boleh digunakan dengan menggunakan mykad sahaja di pasaraya berhampiran anda. 

Gambar tangkap layar di atas dan bawah adalah kategori barangan yang layak untuk ditebus menggunakan SARA 'one off' termasuk mereka yang layak bantuan MyKasih dengan menggunakan mykad.

Untuk memastikan mykad saya boleh digunakan, saya telah melakukan pembelian dan gambar di bawah ialah resit pembelian saya. 

Barangan yang tidak tersenarai perlu dibayar secara tunai/e-banking dan jika ini berlaku, juruwang perlu melakukan 2 transaksi berasingan dan ini lah punca kenapa proses pembayaran sangat perlahan berlaku.

Saya berpendapat tujuan kerajaan memberi 'one-off' ini mungkin untuk mengetahui tahap penggunaan tanpa tunai dikalangan rakyat kita sebelum melaksanakan subsidi bersasar petrol RON95 pada bulan ini. Masalah akan timbul di kawasan luar bandar kerana liputan internet terhad.

Dalam masa yang sama, mykad yang bermasalah sempat diganti sebelum perlaksanaan bermula. 

Jadi, pastikan kita semua belanjakan pemberian 'one-off' ini agar statistik lebih tepat dan kemungkinan sangat tinggi subsidi bersasar petrol RON95 akan disalurkan melalui mykad.

Sama-sama kita nantikan... 

Saturday, 6 September 2025

Jackpot Magnum4D

Minggu lepas pada 27/08/2025 (Rabu) saya telah dimurahkan rezeki hasil membeli nombor ekor.

250/25

Sebelum ini, nombor yang sama juga pernah naik podium dan dikongsikan di sini namun kali ini di Magnum4D.

Hadiah untuk podium ruangan 'special' ialah RM200 namun saya cuma dapat RM68 sahaja sebab saya beli 'Jackpot'. 

RM68 sahaja...

Saya masih berpendapat, membeli nombor ekor bukan judi. Ianya satu pelaburan dengan syarat tidak boleh tamak sebab kebarangkalian nombor dibeli naik podium sangat rendah. Cukup sekadar satu atau dua nombor sahaja, jika tidak naik podium anggap ianya sedekah kepada pemenang podium dan konsepnya serupa dengan membeli insuran kenderaan. 

RM68

Jika peluang untuk satu nombor 4D naik podium itu rendah, maka peluang jackpot untuk kedua-dua nombor 4D naik podium tersangat rendah sebab hadiah jackpot hanya untuk 3 nombor teratas sahaja.

Semoga ada peluang merasa sekali jackpot dalam seumur hidup...

Wednesday, 3 September 2025

NONTAUS CC-002 cordless vacuum cleaner

Hari ini saya kongsikan pengalaman yang sangat menarik serta belum pernah lalui sebelum ini sebab melibatkan kecacatan pembuatan (manufacturing defects).

NONTAUS CC-002 cordless vacuum cleaner

Saya klasifikasikannya sebagai 'manufacturing defects' sebab ianya kesilapan sewaktu dikilangkan.

Model: CC-002

Sewaktu penyedut hampagas ini dirujuk kepada saya, pemilik hanya memberitahu saya ianya gagal berfungsi sahaja.

Setelah penutup bawah dibuka...

Apabila diuji, lampu indikator merah menyala namun berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Pemeriksaan awal pada papan litar menggunakan multimeter tidak menemui sebarang komponen yang rosak mahupun disyaki rosak.

Papan litar

Setelah puas membelek papan litar serta label yang ada padanya akhirnya saya menemui sesuatu yang perlu diambil perhatian. 

Label sama 3400 namun komponen berbeza?

Terdapat dua biji komponen pakej SOT23 dengan 3 terminal berbeza digunakan pada label sama iaitu 3400 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

AO9T = AO3400 (N-channel mosfet) - 30v, 5.8A

Komponen SOT23 dengan 3 terminal yang sering digunakan biasanya sama ada transistor ataupun mosfet.

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan dua komponen yang berbeza digunakan iaitu JY3 dan AO9T pada label 3400 di papan litar. 

J3Y = transistor

Setelah saya merujuk kepada datasheet, kedua-dua komponen tersebut sememangnya berbeza iaitu:-

  1. J3Y - Transistor jenis NPN
  2. AO9T - Mosfet jenis N-channel

Label 3400 pada papan litar pula merujuk kepada mosfet jenis N-channel iaitu AO3400.

SI2300 - N-channel mosfet (30v, 3.6A)

Mosfet jenis N-channel yang saya ada ialah SI2300 seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan ratingnya sama dengan AO9T.

Gantikan J3Y (transistor) dengan 2300 (mosfet)

Dipendekkan cerita, saya gantikan transistor J3Y dengan mosfet SI2300 dan masalah selesai.

Penyedut hampagas boleh berfungsi serta merta bila butang 'power' ditekan. 

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...