Bulan lepas kerajaan telah mengumumkan pemberian 'one-off' sebanyak RM100.00 kepada semua pemegang mykad mulai 31/08/2025 dan berakhir pada 31/12/2025.
Semua pemegang mykad boleh membuat semakan dalam talian di sini dengan hanya memasukkan nombor mykad sahaja.
Wang RM100.00 tersebut boleh digunakan dengan menggunakan mykad sahaja di pasaraya berhampiran anda.
Gambar tangkap layar di atas dan bawah adalah kategori barangan yang layak untuk ditebus menggunakan SARA 'one off' termasuk mereka yang layak bantuan MyKasih dengan menggunakan mykad.Untuk memastikan mykad saya boleh digunakan, saya telah melakukan pembelian dan gambar di bawah ialah resit pembelian saya.
Barangan yang tidak tersenarai perlu dibayar secara tunai/e-banking dan jika ini berlaku, juruwang perlu melakukan 2 transaksi berasingan dan ini lah punca kenapa proses pembayaran sangat perlahan berlaku.
Saya berpendapat tujuan kerajaan memberi 'one-off' ini mungkin untuk mengetahui tahap penggunaan tanpa tunai dikalangan rakyat kita sebelum melaksanakan subsidi bersasar petrol RON95 pada bulan ini. Masalah akan timbul di kawasan luar bandar kerana liputan internet terhad.
Dalam masa yang sama, mykad yang bermasalah sempat diganti sebelum perlaksanaan bermula.
Jadi, pastikan kita semua belanjakan pemberian 'one-off' ini agar statistik lebih tepat dan kemungkinan sangat tinggi subsidi bersasar petrol RON95 akan disalurkan melalui mykad.
Sama-sama kita nantikan...





No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.