Selama ini saya jarang dirujuk TV berjenama SHARP. Mungkin kerana ianya tahan lasak dan jarang rosak. Namum hari ini saya telah dirujuk sebuah TV LCD berjenama SHARP, Model: LC-32M400M-BK dengan masalah tidak dapat dihidupkan tetapi lampu led merah menyala dan berkelip-kelip.
|
SHARP LC-32M400M-BK |
Seperti biasa, jika ingin baiki kena buka penutup belakang dan periksa apa didalamnya. Cuma 3 keping papan litar dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah. Memandangkan lampu merah menyala, maksudnya ada 5v standby dan mungkin voltan yang lain tiada atau tidak cukup. Oleh yang demikian harus diperiksa 'power board'.
|
Papan litar setelah dibuka penutup belakang |
Setelah diperiksa pada bahagian output, salah satu voltan output yang tertera pada papan litar iaitu 12.5V cuma mempunyai bacaan 7.5V sahaja.
|
12.5V tetapi bila diukur cuma 7.5V sahaja |
Setelah diperiksa menyeluruh, cuma 3 biji kapasitor 'low ESR' sahaja yang didapati rosak dan perlu di ganti iaitu sebiji 50v, 4.7uF dan 2 biji 50V, 22uF.
|
Kapasitor 'low ESR' semua ditukar |
Setelah diganti dan diuji, lampu merah tidak berkelip-kelip lagi namun masih gagal dihidupkan. Maksudnya masalah pada papan litar 'power supply' telah diatasi dan kini ianya tidak dapat dihidupkan disebabkan ada masalah 'setting'.
|
Lampu standby tidak berkelip lagi |
Anda perlu masuk ke 'service mode' untuk menghidupkan LCD tersebut dan seterusnya mencari apa masalah 'setting'. Dengan erti kata lain, anda perlu 'reset factory setting' untuk memadamkan segala masalah 'setting'.
|
Butang manual di belakang TV |
Cara untuk masuk ke 'service mode' ialah seperti berikut. Pastikan anda ikut langkah-langkah berikut:-
|
Yes, lampu hijau menyala... |
1. Putuskan/padam bekalan elektrik ke TV
2. Tekan butang 'input' dan 'vol -' serentak dan bekalkan elektrik sehingga lampu hijau menyala.
|
Huruf K merujuk kepada 'service mode' |
3. Setelah lampu hijau menyala, lepaskan 'input' dan 'vol -' dan anda akan melihat skrin seperti di atas.
4. Seterusnya tekan 'ch -' & 'vol -' serentak dan skrin di bawah akan kelihatan.
|
TV tidak menyala sebab ada 5 'error standby cause' |
5. Seterusnya guna 'remote control' dan cari 'L ERR Reset' & tekan 'enter' dan anda akan lihat nombor di bahagian RGB bertukar menjadi '0'.
|
L ERR Reset - 5 |
6. Seterusnya skrin di bawah akan menjelma dan anda hanya perlu padamkan TV untuk keluar dari 'service mode'.
|
Reset factory setting |
7. Hidupkan kembali dan skrin di bawah kelihatan, anda cuma perlu ikut arahan dan siapkan kesemua 'setting'.
|
Auto searching for channel |
Setelah kesemua 'setting' selesai, TV anda akan kembali seperti baru di beli.
|
Tested - OK |
|
Cuba teka berapa nilai perintang tersebut. 0.8Ω atau 8Ω? |
Selamat mencuba...
salam... blh sy tanya... bila tekan serentak -v dan input.. mmg dh kluar lampu hijau.. tp d skrin gelap je.. mcm mn ye?
ReplyDeleteLepas lampu hijau menyala, kena lepaskan kedua-dua -ve & input baru skrin menyala.
Deletemasalah backlight kalau yg led.
DeleteYa, kalau tidak berjaya reset seperti di atas, biasanya backlight rosak.
DeleteSalam bos..nk tanye klau gambar ada tp jd warna oren dekat screen nye..knp ye
ReplyDeleteSeluruh skrin jadi warna oren, bergaris oren atau sebahagian saja yang jadi oren?
DeleteLCD 32 Inci , Ada jual tak sini?
ReplyDeleteSini baiki saja, setakat ini tak jual TV. Kalau nak alat ganti 'secondhand' mungkin ada. Bagi jenama & model jika berminat.
Deletebos sye punye tv haier 32 in.. masalahnye lampu standby menyala.. bile tekan button on je keluar logo kt screen sekejap pastu trus padam... apakah mslh mainboard atau kne flash icnye? minta pencerahan.. t. kasih
ReplyDeleteBiasa memang masalah pada mainboard, saya tidak tahu bagaimana cara 'flash ic'. Tukar mainboard baru je...
Deletesalam boss...nak tanya, sy jugak pengguna tv led sharp aquos, masalahnya bila on suis, lampu standby langsung tak menyala. kenapa ye?
ReplyDeleteKalau lampu standby tak menyala, masalahnya pada 'Power board'/PSU (power supply unit).
DeleteSalam, nk tnya klau kes mcm nie, klau hantar kedai brapa rm yer
ReplyDeleteTerpulang kepada tahap kerosakkan dan masing-masing ada harga sendiri. Boleh cuba 'reset' sendiri dulu dengan ikut langkah-langkah di atas. Kadang-kadang lepas 'reset' boleh guna kembali.
DeleteBos kalau TV tiba2 takdapat On selepas elektrok tutup dapat baiki?
ReplyDeleteBoleh, perlu buka dan periksa apa yang rosak. Jika tiada kerosakkan pada papan litar, anda cuma perlu 'reset' TV tersebut seperti apa yang telah saya lakukan di atas.
DeleteKalau tv LG cara nak reset dia adakah serupa jugak ke?
ReplyDeleteTak sama.
DeleteTv saya sekejap terpadam kemudian okay, then terpadam balik & okay balik. Kenapa ye? Tv sharp.
ReplyDeleteMasalah PSU (power supply unit) atau juga dipanggil 'power board'.
Deleteselamat ptg.. tv sy Sharp aquos juga..dah sebln tv saya ni xmau on.. blink merah je.. nak try step encik ni tp blkng tv ni tde butang Input n volume... mcmana ye..
ReplyDeleteApa model TV sharp anda?
DeleteKlu tv plasma samsung problem yg sama utk atasi blh apply cara yg sama ke?
ReplyDeleteTak boleh, cara di atas khas untuk jenama SHARP sahaja.
DeleteSalam bos, knp tv sharp aquous langsung tak hidup. Skrin gelap. Led hijau. Sblm ada mslh yg sama, sbb IC (betul ke tk ejaan). Baru bln 10 thn lepas ganti. Sy ada cucuk thumbdrive kt tv. Pernah bkk sekali jer la nk tengok gambar dlm tu.
ReplyDeleteKena buka dan periksa, ada banyak kemungkinan. Salah satunya seperti anda sebut di atas iaitu IC. Mungkin juga backlight rosak. Boleh cuba reset seperti saya tunjukkan di atas, jika tak berjaya kena hantar kepada pakar untuk pemeriksaan serta dibaiki.
DeleteBang nak tanye sikit, tv lcd saya gambar dia jadi kelip2. Gambar ada cuma dia kelip2. Knp ye? Boleh tau perlu check apa? Tv model philips
ReplyDeleteAda dua kemungkinan.
Delete1. Backlight rosak
2. PSU rosak
Nak kepastian kena buka & periksa.
Area mna ni abg ? Tv rosak mcm di ataih tu jugak. . xboleh on . Lampu merah kelap kelip
ReplyDeleteMiri, Sarawak
DeleteTq bos.. Mujarab... I lebiu😘
ReplyDeleteCheers!
DeleteBos nak tanya. Tv saya sharp LC-40SA5200X. bila on mula mula green light. Lepas tu blink merah je. Nak try step atas tapi takde butang -v dengan input. Bagaimana nak reset yer?
ReplyDeleteJika butang input & -v takda & skrin tak menyala, tak dapat reset guna cara di atas.
DeleteJika nak DIY, tukar mainboard dengan yang baru.
Hi.saya nak tanya TV panasonic led sy tetibe je padam lepas tu lampu merah berkelip-kelip tapi tv gelap je.apa masalahnya ye?
ReplyDeletetq
Jika lampu merah tidak berhenti berkelip, mainboard rosak dan harus diganti dengan yang baru.
Deletebos nk tanya tv sy jenama sharp.. prob dia lampu merah menyala.. Tp lampu hijau xmenyala and tak keluar gambar.. So bley prob ape ye.. ke bley guna mcm step bos tunjuk ni or lebih baik hantar kedai terus
ReplyDeleteSharp banyak masalah serupa begini. Boleh cuba reset dulu macam di atas. Biasa lepas reset, masalah selesai. Boleh cuba reset berulang kali. Jika tak berjaya juga, kena hantar kepada technician utk baiki.
DeleteAs salam tv sya jenaam sharp aquos 40in tidak boleh start lampu stanby berkelip2 terus.. apa yg rosak ya...
ReplyDeleteSerupa masalah di atas, cuba reset guna cara yang saya tunjukkan di atas. Jika tak berjaya, hantar kepada tukang baiki untuk periksa.
DeleteAssalam tn.. Nak tny sharp aquos tidak bole hidup.. Power board ada supply.. Tp tv tidak menyaa.. Lampu hijau dan merah pun tidak menyala.. Apa mslh tu tuan?
ReplyDeleteJika anda pasti power board tak rosak, maka kerosakkannya pada mainboard.
DeleteSalam bos, tv sharp saya, on lampu hijau sekali lps tu lampu merah berulang berkelip 2x,masalah serius x?
ReplyDeleteCuba reset seperti saya tunjukkan di atas, jika tak berjaya rujuk kepada pakar untuk bantuan.
DeleteNk tnya. Tv sharp sy, lmpu merah tak menyala. Tv tak dpt on. Tiba2 hr ni tak dpt on, bru beli lagi, bln 12 2019. Apa mslah ye?
ReplyDeleteMasih ada warranty tu, bawa balik kedai tuntut warranty. Jika lampu merah tak menyala, PSU rosak.
DeleteAslkm .. nak tanye sikit Ade huruf K dekat tepi kiri atas tv .. macam mana nak hilangkan
ReplyDeleteOff & on balik TV. Jika masih ada huruf K lagi, kena lengkapkan proses 'reset' seperti di atas
Deletesalam tuan..sy dh reset mcm tuan terangkan tu dan menjadi keluar gmbar.tapi ke esokannya bila nk on tv dh xde gambar lg.kene reset lg.knpa jd mcm tu yer tuan?
ReplyDeleteBoleh cuba reset lagi, jika masih sama maksudnya ada benda lain yang rosak dan perlu buka & periksa.
DeleteTv sharp sy stuck pd logo sharp...bila on trus lmpu hijau.. screen trus pnyala...lmpu merah xada... Mcm mn nk buat reaet tu ya...sbb button kt blkg tv ada 1 je... Utk On/off n volume tolak ats bwh.. button yg sama
ReplyDeleteMainboard rosak, gantikan mainboard yang baru.
DeleteBos ,tv saya jenama sharp jugak . Kerosakan pun sama mcm di atas , lampu merah kelap kelip xmau on.. tpi bila bawak p kedai repair tv depa kata LCD dia rosak . Bisa jadi ka bos ?
ReplyDeleteCuba reset ikut langkah di atas dulu. Kadang2 perlu cuba beberapa kali baru berjaya.
DeleteSalam bos,nak tnya sya on tv lampu hijau tu dia nyala tapi skirn langsung tak hidup,apa mslh tu bos tv sharp 50" tq
ReplyDeleteAda banyak kemungkinan seperti kerosakkan backlight dan sebagainya. Boleh cuba langkah-langkah reset seperti di atas dahulu.
DeleteHai, tumpang tanya. tv LG sy tiba2 padam sendiri, kemudian lampu merah menyala dan berkelip-kelip. Mengapa ye?
ReplyDeleteKena buka & periksa baru tahu apa yang rosak. Jika TV jenis LCD, PSU atau backlight rosak.
DeleteBang.. Tv sy jenama sharp aquos. Terkena air kat screen belah bawah. Tv ada Gambar. cuma kawasan yg terkena air tu hitam je.. Mcm mana nak buat bang?
ReplyDeleteBaru kena air? Boleh cuba buka & keringkan. Kalau air kena COF dan rosak, perlu cari pakar untuk tukar.
DeleteTerima kasih bang
ReplyDeleteSalam bang.. macam mana kalau takda remote. Remote dah hilang
ReplyDeleteMesti kena ada remote control, pinjam dari kawan yang ada tv Sharp.
Deleteboss .. nak tanya tv sy sharp 40in..boleh tgk tv pada asal, tetiba padam padam
ReplyDeletemerah menyala..lt belakang tv tkde button nk reset cmne ye..
Maaf, kalau tv takda butang saya pun tak tau juga.
DeleteAssalamualaikum,,,,saya nak beli power cable untuk ke plug electrik,,,ada tak
ReplyDeleteMaaf, takda. Kalau power cable rosak boleh guna cable biasa yang sama saiz, sambung terus.
DeleteAssalamualaikum..tv saya boleh on tp hanya naik putih shj..xdak signal masuk lasung..tekan smua button pun no funtion..apa masalah tv sy tuan..
ReplyDeleteAda suara? Jika ada, T-con rosak.
DeleteSy nak tanya..sensor smart tv tidak merespon dengan remote control..dah test remote control sensor menyala..tv boleh on manual sja.
ReplyDeleteCuba reset TV & remote control
Delete1. Padam TV dengan tekan butang 'power' pada TV & keluarkan bateri dari remote control.
2. Cabut kabel TV dari soket & tekan butang 'power' kira-kira 15 saat.
3. Pasang kabel kembali dan hidupkan TV dengan tekan butang 'power' pada TV.
4. Pasang bateri semula ke remote control dan tekan mana-mana butangnya.
Selamat mencuba...
Salam..masa saya off tv guna remote tiba² ada bunyi meletup kat belakang tv.lepas tu dah tak boleh nak on.lampu merah pun tak menyala kat tv tu.apa masalahnya tu
ReplyDeleteAda litar pintas pada PSU (Power supply unit). Kalau ada asas elektronik, boleh buka cari apa punca litar pintas. Jika tiada asas elektronik, boleh beli PSU baru & tukar. Selamat mencuba...
DeleteBos nak tanya sy ada tv led sharp lc 40SA lepas sy selesai tgok tv sy tutup remote astro dan tv,bila sy nak tngok smula buka plug lampu warna hijau menyala di tv tapi bila tekan on pada remote screen di tv takde gambar hitam je, sy nak try reset tapi belakang tv tiasa butang V- & Input, mcm mana sy naj buat ye
ReplyDeleteMaaf, saya tak tahu cara lain (jika ada) untuk reset jika tiada butang input & -v.
DeleteJika nak DIY, tukar mainboard dengan yang baru.
Boss.. Tumpang tanya, Saya ada TV sharp aquos 40 inch tp skrin pecah Dan TV hisense 40 inch tapi panel board rosak. boleh ke panel board model sharp aquos 40 inch masuk dekat TV hisense 40 inch. Tq.
ReplyDeleteMaaf, sehingga hari ini saya belum pernah dirujuk TV berjenama hisense lagi. Jika panel board pada kedua-duanya adalah sama, sudah pasti boleh. Satu lagi pastikan 'connector' serta setiap pin adalah sepadan dan voltan yang digunakan adalah sama. Begitu juga dengan voltan untuk backlight. Khabarkan kepada saya jika berjaya, Terima kasih.
DeleteKedai ni kat mana ye..saya ada masalah tv tak boleh on tapi lampu led berkelip2
ReplyDeleteMiri, Sarawak. DIY di rumah saja.
DeleteKalau brand philips tiba2 mati dan x keluar lampu warna merah apa masalah ye?
ReplyDeletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2018/07/baiki-philips-42pfl3605s98-tv-lcd.html
DeleteSalam, nak tanya TV saya jenama sharp, bila on TV selepas beberapa minittiba tiba layar mati tapi butang power berkelip kelip, bila on balik guna remote TV ok sekejap lepas tu mati lagi. Boleh bagi tau apa masalah? Terima kasih
ReplyDeleteBuka dan periksa, mungkin PSU (power supply unit) atau backlight rosak.
DeleteKalau tak tukar kapasitor tu..terus reset sahaja boleh ke
ReplyDeleteBoleh.
DeleteTv sy skrin rosak boleh x repair..jenama sharp
ReplyDeleteBiasa kalau skrin rosak tak bebaloi baiki sbb harga skrin baru kira-kira 70% harga TV.
DeleteBoleh cuba tanya SHARP berapa harga skrin, kalau rasa berbaloi, tukar skrin baru.
Bo's....tv sharp model lc-40le820m langsung x boleh in...dan lampu illumination led berkelip2.... Boleh bantu apa masalahnya
ReplyDeleteCuba 'reset' macam saya buat di atas dulu. Kalau tak dapat bermaksud ada kerosakkan lain seperti rosak backlight, T-con dan sebagainya. Rujuk kepada pakar jika tiada asas.
DeleteDh lepas reset tpi keluar simbol K kotak hijau mcm mana nk hilangkan
ReplyDeleteMasa buat reset ada sampai skrin berwarna hijau seperti di atas? Lepas keluar skrin warna hijau, padamkan TV dan 'on' balik untuk keluar dari 'servie mode'. Selamat mencuba...
DeleteTv sharp aqous saya nie masalah dia, bila saya offkan tv, tiba2 dia on sendiri, offkan dan dia onkan balik sendiri, apa masalah dia bos? Pening macam.
ReplyDeleteKamu 'off' TV guna alat kawalan jauh atau tekan butang 'power'? Cuba periksa ada tak setting pada timer, atau paling senang buat 'reset factory setting'. Selamat mencuba...
DeleteSalam boss, tv sharp saya ni lampu merah kelip ja..mcm mna 2 bos?apa yg patut d tukar?
ReplyDeleteCuba 'reset' macam saya buat di atas dulu. Kalau tak dapat bermaksud ada kerosakkan lain seperti rosak backlight, T-con dan sebagainya. Rujuk kepada pakar jika tiada asas.
Deleteassalam nak tanya kalau tv saya tu bila off dia on balik, lampu hidup tak tukar warna merah.. tu sebab tv rosak atau remote rosak kalau tv rosak, rosak apa ya.. thank you
ReplyDeleteCuba keluarkan bateri remote, padam TV secara manual (tekan butang power). Kalau boleh, remote rosak.
Deletetv saya takde on/off button.. sharp
ReplyDeleteJika begitu, mungkin alat kawalan jauh bermasalah. Boleh periksa IR(infrared) guna kamera telefon. Halakan IR ke kamera dan tekan butang 'power'. Jika lampu IR tidak menyala/berkelip, alat kawalan jauh bermasalah.
DeleteTuan klu putuskn elektrik mcm mna tv nk on.sy pn hadapi mslh yg sma
ReplyDeleteOff suis soket, lepas tekan 'input' & 'vol -' serentak baru on balik. Lepas lampu hijau menyala baru lepaskan 'input' & 'vol -'.
Deletesye punye tv haier 55 in.. masalahnye lampu standby menyala.. bile tekan button on je keluar logo kt screen sekejap pastu trus padam.. sy dh tukar Mainboard baru tp masih problem yg sama. Kena reset jgk ke? Mcm mana nak reset.
ReplyDeleteCara reset di atas hanya untuk TV berjenama sharp.
Deletesaya punya tv bila tibe2 blackout xada api... 3 hari baru leh hidup. balik.. nape ye
ReplyDeleteMasalah pada PSU, saya pernah jumpa dan tidak pasti kenapa. Cara nak untuk elak tunggu sampai 3 hari ialah 'discharge' kapasitor utama dan ianya akan boleh dihidupkan semula.
Deletesya nk tv sharp..buka tv nyala hijau pas 2 padam..dok kelip2 merah je..npe ye
ReplyDeleteMungkin masalahnya serupa di atas. Cuba reset ikut langkah-langkah di atas dulu.
Deletetn, tv sharp aquos lampu hijau tapi tiada gambar kenapa tu tuan? last sy off dr suisnya , terus tidak dapat hidup.
ReplyDeleteCuba reset guna cara di atas. Kalau tak dapat, kemungkinan besar backlight rosak.
DeleteTv sharp aquos sy..on..ade lampu hijau.tp xde gmbar dan suara.sy klik setting kt remote, ada display setting tu..ade tulisan channel.kenapa ye?
ReplyDeleteTak pasti sebab belum pernah jumpa lagi. Boleh cuba reset seperti saya lakukan di atas.
Deletesalam. bang, tv sharp aquos 4k gambar putih kabur gambar bayang2 je. kabel semua dah cabut dan pasang semula tapi masih putih kabur. bukak kabel hdmi dan pasang input tv biasa pun sama juga. remote on/off/tukar channel masih boleh control dengan baik. minta tolong bantuan bang😢
ReplyDeleteMasalah skrin putih kabur kena jumpa pakar, ada sambungan halus dari T-con ke skrin putus. Kebarangkalian berjaya dibaiki 50/50.
DeleteTV saya ada garisan ditgh screen,bila sedang menonton, screen akan slowly gelap. Skrg makin kerap. Boleh tau mcmane nak betulkan?
ReplyDeleteBoleh saya tahu garisan itu menegak atau melintang?
DeleteHai.. tv sharp saya akan buka semula sendiri lepas tutup.. tekan button off dia jadi restart. Untuk switch off tv saya perlu tutup plug. Boleh bantu?
ReplyDeleteAda 2 kemungkinan:-
Delete1. litar pintas pada alat kawalan jauh (buka bateri pada alat kawalan jauh & cuba OFF guna butang-butang pada TV)
2. Litar pintas pada butang-butang di TV (cuba cabut wayar ke butang-butang di TV & cuba guna alat kawalan jauh)
Tv saya macam ini,tapi ada berbau hangit dan berasap.. Bila dah buka cover belakang board dah hitam, ada jual ke board tu satu set
ReplyDeleteMaaf, saya baiki saja. Boleh cuba cari di lazada/shopee/aliexpress.
DeleteSalam bos..tv sharp 32 Inc" saya tidak ada gambar..tetapi lampu LED kuning masih hidup..apakah masalahnya boss
ReplyDeleteMaaf, saya belum pernah lagi menemui TV yang menggunakan lampu LED kuning. Setahu saya biasanya cuma lampu LED merah dan hijau yang digunakan. Jadi, tak tahu apa masalahnya.
DeleteTv saya sharp aquos hanya ada button on off di tv. Saya dah ikut tutorial di youtube. Cabut plug, long press, masukkan plug. Kemudian lampu hijau dan merah berkelip. Lepaskan button, tekan button 4 kali dan long press.. tapi masih tak ada paparan
ReplyDeleteMaaf, cara di atas hanya untuk TV berjenama SHARP yang ada kesemua butang seperti di atas. Jika cuma ada butang on/off sahaja, saya tidak pasti caranya.
DeleteSalam Tuan.. TV Sharp LC-60LE650M.. lampu led merah menyala.. bila tekan butang power, lampu led hijau menyala.. gmbr keluar dlm 1 saat lepastu mati dan lampu merah menyala kembali.
ReplyDeleteDa cuba reset sebagaimana yg Tuan ajar.. tetap mati dan lampu led merah menyala.
Adakah mainboard yg rosak?
Kena buka dan periksa, ada dua kemungkinan:-
Delete1. PSU (power supply unit) tidak membekalkan arus elektrik yang mencukupi
2. Backlight rosak
Dah buat tuan...lampu dah keluar hijau..tapi skrin masih gelap...knp ye..tv jenama sharp?
ReplyDeleteBiasanya jika lampu hijau menyala tapi skrin gelap, backlight rosak. Kena buka & periksa. Kadang-kadang mainboard ada masalah.
DeleteTV Sharp saya baru jadi problem mcm ni. Skrin gelap & suara takde. Lampu merah berkelip2.
ReplyDeleteProb: dh try reset. Tp jd blik. Lampu merah blink2.
ReplyDelete1st try ok. 2-3 jd semula. Tp kali ni hijau kjap. Pastu blink2 merah blik
Main board atau inverter yg problem? Pls advise sir. Tq
Jika benda sama berulang lepas reset maksudnya ada kerosakkan lain, kena buka dan periksa. Mungkin ada masalah psu atau backlight/inverter.
DeleteHi bos.saya nak tanya.tv sharp saya on plug terus menyala led ijau.tapi skrin tak menyala n sound takde.da matikan.idup kan balik pun still menyala ja lampu led ijau tu.mainboard rosak ke apa ye bos?
ReplyDeleteMaksudnya lampu indikator tidak bertukar ke warna merah jika butang power ditekan. Jika ya, masalah pada mainboard.
DeleteSalam sejahtera Tuan. TV saya adalah Sharp Aquos LC-50LE275X (Power board RUNTKB385WJQZ). Masalah tv tersebut sekarang adalah:
ReplyDelete1. Lampu LED merah (standby menyala)
2. Tekan power pada remote, Lampu LED akan bertukar kepada hijau, keluar logo Sharp, lepas tu terus padam balik (LED hijau bertukar kepad merah)
3. Saya telah mencuba ‘input’ + ‘vol-’ tetapi tidak berjaya.
4. Saya cuba memeriksa voltage pada output power board, voltage pin PNL12V akan berubah dari 0V kepada 12V apabila LED hijau menyala, kemudian akan drop balik kepada 0V (seperti dalam Langkah 2)
5. Kapasitor pada power board tidak ada yang kembang / pecah.
Mohon pendapat Tuan bahawa board mana yang perly ditukar?
Terima kasih.
Masalah sedemikian banyak terjadi pada smart TV. Periksa dulu backlight dan jika elok masalah pada mainboard. Biasanya data pada 'flash memory (EEPROM) corrupted'. Jika tidak dapat reset, kena cari pakar untuk betulkan.
DeleteHi. TV telah berfungsi semula selepas tukar main board dan reset. Terima kasih :)
DeleteNk Tya Knp bila kita off skrin dia x keluar warna merah...sebaliknya bila off padam kjp..pastu outo on.
ReplyDeleteMungkin ada masalah pada alat kawalan jauh anda. Cuba keluarkan bateri pada alat kawalan jauh & on/off guna butang power pada TV.
DeleteTerima kasih... Sgt membantu.. Sy dpt reset mslh blinking pd button power tv sharp saya..
ReplyDeletebos kalau model sharp aquos lc-40le280x bagaimana nak reset kilang semula?
ReplyDeleteBiasanya reset kilang ada pada bahagian setting jika TV boleh dihidupkan. Jika TV tidak boleh dihidupkan, boleh cuba guna cara di atas.
DeleteBoss tv sharp led model lc 40sa5200x bila on naik lampu hijau lps tu naik lampu merah jadi kelip2,apa mslahnya ye?
ReplyDeleteCuba reset macam saya tunjukkan di atas. Jika boleh reset lihat apa puncanya dalam 'service mode'. Jika tidak dapat reset kena buka dan periksa baru tahu apa masalahnya.
DeleteHelo bos. Sharp aqous 32" kalau baru on ada byk line horizontal dan wording pada menu pun hilang. Kena on off on off beberapa kali baru line hilang dan tv mcm biasa. Apa masalah ye? Terima kasih bos
ReplyDeleteMaaf, saya belum pernah dirujuk masalah sedemikian setakat ini. Mungkin masalah T-con atau COF.
DeleteTV saya jenis SHARP LC-39LE440M. TV hidup dan dalam setengah jam tiba-tiba mati. Nanti 10 minit dia akan hidup semula. PSU dan Main Board saya dah tukar used part. Masih problem yang sama. Cuma inverter board je belum tukar. Adakah masalah inverter? Minta nasihat
ReplyDeleteMungkin juga masalah backlight.
Deleteso untuk masalah backlight, part apa yang saya perlu ganti? Thank you in advanced
ReplyDeleteHello boss nak tanya, screen TV gelap tapi dkt situ nampak warna merah, kadang tekan on jadi warna hijau. Lepas tu merah balik. Mcm mana nak setting yer
ReplyDelete