Friday, 26 April 2019

Panasonic TC-20S30K CRT TV repair (no power)

TV CRT ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Kali ini kerosakannya ialah tiada bekalan elektrik langsung termasuk lampu standby juga tidak menyala. Fius pada plug 3-pin serta papan litar masih berkeadaan baik.

Optocoupler & Transistor rosak...

Setelah diperiksa pada bahagian 'power board', saya cuma menemui dua komponen yang didapati rosak seperti bertanda pada gambar di atas.

Kiri: Optocoupler, Kanan: Transistor

Komponen tersebut mudah didapati di kedai elektronik dan harganya tidak sampai RM10.00. Kali ini saya kongsikan langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak kemungkinan masih ada komponen yang rosak dan boleh memutuskan fius bila diuji.

Keluarkan fius & sambung mentol untuk periksa litar pintas
Kaedah ini dinamakan 'series test lamp' atau juga dikenali sebagai 'short circuit test lamp'. Apa yang perlu anda lakukan ialah:-
  1. Keluarkan fius utama pada papan litar...
  2. Sambungkan sebiji mentol filamen 60W atau 100W atau lebih pada kedua-dua terminal fius utama tersebut. (Rujuk gambar di atas)
  3. Bekalkan arus elektrik kepada TV tersebut dan mentol tersebut akan menyala...
  4. Jika tidak ada litar pintas, mentol tersebut akan malap/padam selepas itu seperti yang anda boleh lihat pada video klip di bawah.
  5. Jika masih ada litar pintas, mentol tersebut tidak akan malap/padam dan anda harus mencari lagi komponen yang rosak dan ulang proses dari 1 sehingga 4 di atas.

Semua berjalan dengan lancar dan mentol tersebut malap serta padam sejurus selepas beberapa ketika menyala. Setelah mentol tersebut malap/padam, lampu standby akan menyala, Dengan itu anda boleh membuka sambungan mentol tersebut dan masukkan fius untuk menguji TV tersebut.

Lampu standby akan menyala selepas mentol malap/padam...

Jika setelah mentol tersebut malap/padam tetapi lampu standby tidak menyala, anda kena cari lagi komponen yang rosak.

Tested - ok

Untuk makluman tambahan, anda perlu tunggu agak lama untuk menguji TV kerana PTC (positive temperature coeeficient) memerlukan masa untuk dipanaskan.

Tested - ok

Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.