Showing posts with label Radio. Show all posts
Showing posts with label Radio. Show all posts

Monday, 6 October 2025

T-205 FM radio repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk radio mini seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

T-205 FM radio

Hari ini saya dirujuk sebuah radio mini yang tidak berjenama, model T-205 seperti boleh dilihat pada gambar di atas dengan masalah siaran radionya tidak jelas.

Setelah dibuka...

Setelah di buka, jelas kelihatan wayar yang disambung ke antena putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka PCB, wayar antena tanggal...

Masalah siaran radio tidak jelas selesai setelah wayar tersebut telah saya sambungkan ke antenanya.

Sambung kembali wayar antena...

Radio mini ini dilengkapi dengan sebiji bateri lithium dengan sepesifikasi 3.7v, 850mAh.

Bateri...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah siap dibaiki.

Selamat berDIY...

Friday, 20 June 2025

Sony CFD-V8 CD radio cassette-corder repair

Radio merupakan medium penyiaran yang sangat popular suatu ketika dahulu sebelum wujudnya TV.

Sony CFD-V8 CD radio cassette-corder

Sewaktu zaman penjajahan jepun, memiliki radio adalah satu kesalahan besar. Pemilik radio dan TV perlu membayar lesen tahunan namun telah dimansuhkan pada tahun 1999.

Model: CFD-V8

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah radio berjenama SONY, model CFD-V8 dengan masalah suaranya nyaring sewaktu baru dihidupkan namun semakin lemah selepas itu seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Saya pernah membaiki TV CRT dengan masalah tiada suara langsung dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah bahagian hadapan dibuka...

Sewaktu mengujinya, saya dapati tiada masalah suara menjadi lemah jika memainkan kaset serta CD. Masalah suara di atas hanya berlaku jika mendengar siaran radio.

Keluarkan bahagian papan litar...    

Jadi, masalahnya ialah pada audio bahagian radio sebelum dihantar ke bahagian amplifier.

Bahagian atas papan litar...

Pemeriksaan pada bahagian radio menemui sebiji kapasitor kecil dengan nilai 0.47uf, 50v mempunyai bacaan ESR tinggi.

C13 rosak 

Gambar di atas adalah kapasitor yang saya maksudkan dan gambar di bawah pula ialah bacaan ESR sewaktu diperiksa.

C13 (0.47uf, 50v) - High ESR

Percaya atau tidak, masalah suara radio di atas selesai hanya dengan menggantikan sebiji kapasitor kecil tersebut sahaja.

Gantikan kapasitor baru...

Gambar di bawah ialah label pada transformer 12v yang digunakan dan ianya buatan China.

Made in China

Saya menemui label pada gambar di bawah di bahagian bawah radio dan saya yakin ianya merupakan tarikh dibeli.

Mac 28, 2015

Keterangan lanjut pengalaman membaiki radio kali ini boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Thursday, 5 June 2025

Panasonic RX-FS430 vintage radio cassette player

Hari ini saya dirujuk sebuah radio zaman 80/90an berjenama Panasonic, model RX-FS430 dengan masalah jarum frequensi radio tidak bergerak bila dilaras.

Untuk pengetahuan semua, radio kaset ini dilabel buatan Malaysia seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Jarum frequensi radio lama biasanya disambung dengan benang namun radio ini sedikit moden menggunakan gear plastik.

Masalah boleh dilihat dengan mata kasar pada gambar di bawah. Bahagian penyambung jarum yang bergigi telah patah.

Pada mulanya saya cuba sambung kembali bahagian yang patah menggunakan super glue namun tidak berhasil sebab sangat nipis serta rapuh.

Seterusnya saya sambungkan bahagian yang bergigi menggunakan 'cable tie' (bahagian berwarna hitam) seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Saya lakukan 'plastic welding' untuk menyambungkan bahagian yang patah dengan 'cable tie'.

Gambar di atas ialah IC audio yang digunakan dan rating speaker pula ialah 2.7Ω/10W seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Selamat berDIY...

Thursday, 22 August 2024

S38 mini radio repair

Saya pernah dirujuk radio seperti ini sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Sekali pandang, rekabentuknya serupa dengan yang pernah dirujuk sebelum ini namun labelnya berlainan.

Model mini radio kali ini ialah S38 dan menggunakan sebiji bateri lithium seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gambar di bawah adalah keadaan dalaman radio setelah dibuka dan tiada kerosakkan boleh dilihat dengan mata kasar.

Pemeriksaan seterusnya menggunakan multimeter mendapati suisnya gagal berfungsi bila dilaras.

Masalah yang saya hadapi ialah tiada suis baru dalam tangan dan ianya tiada dijual di pasaran tempatan.

Sebagai percubaan, saya buka suis tersebut dari papan litar untuk diselengara.

Saya buka dan bersihkannya menggunakan 'contact cleaner' dan setelah berpuas hati dan diujibboleh berfungsi semula, saya pasang kembali ke papan litar.

Masalah selesai dan mini radio ini kembali berfungsi semula.


 Selamat berDIY...

Saturday, 9 July 2022

RED SUN RS-011U FM radio repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah radio FM berjenama RED SUN, model RS-011U dengan masalah padam semula sejurus sahaja suis dihidupkan.

RED SUN RS-011U FM radio

Pemeriksaan pada bateri mendapati voltannya cuma 3.2v sahaja. Radio ini menggunakan bateri jenis Li-ion (BL-5C) seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bateri BL-5C

Setelah dibuka dan diperiksa, masalahnya ialah bahagian penyambung pengecas rosak dan tidak membekalkan elektrik 5v ke papan litar.

Penyambung pengecas rosak...

Sebagai percubaan, saya sambungkan bekalan 5v terus ke papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan ianya boleh mengecas bateri semula.

Sambung terus wayar +ve & -ve ke PCB...

Perbincangan saya dengan pemilik berakhir dengan keputusan, potong kabel pengecas dan sambung terus ke papan litar.

Siap...

Kerosakkan pada penyambung pengecas biasa berlaku dan boleh diselesaikan dengan menyambung terus ke papan litar seperti saya lakukan diatas atau gantikannya dengan yang baharu.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 5 April 2021

EMPRESS RA0253 mini radio with MP3 player repair

Semalam saya dirujuk sebuah radio mini berjenama EMPRESS, model: RA0253 untuk diperiksa serta dibaiki.

Jenama: EMPRESS

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah butang suis (tact switch) tidak berfungsi apabila ditekan. Beliau juga ada memberitahu saya, kadang-kadang ianya boleh berfungsi apabila ditekan.

Model: RA0253

Ketika saya menguji mini radio tersebut, butangnya memang tidak berfungsi apabila ditekan dan saya juga mendapati bahawa lampu 'power' pada belakang radio malap walaupun sedang dicas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bahagian belakang radio...

Apabila saya cabut cabel bekalan elektrik yang mengecas, lampu 'power' terus padam dan radio juga padam serta gagal berfungsi.

3.7v, 800mA

Setelah dibuka dan diperiksa, bateri di dalamnya mempunyai voltan iaitu kira-kira 3v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah namun tiada arus elektrik dalam unit ampere apabila diukur menggunakan multimeter.

3.087v

Label pada bateri tersebut ialah 3.7v, 800mAh dan telah saya gantikan dengan sebiji bateri baru yang juga 3.7v namun kemampuannya lebih besar iaitu 6800mAh.

Gantikan bateri...

Bateri yang baru dengan 6800mAh boleh menyimpan lebih banyak cas berbanding dengan bateri asal yang cuma 800mAh sahaja.

Bateri baru...

Bateri baru juga memerlukan masa yang lebih lama untuk dicas sehingga penuh. Label pada belakang radio menyatakan ianya perlu dicas selama 3 - 5 jam sebelum digunakan.

Sila cas bateri selama 3 - 5 jam...


Setelah bateri ditukar dan diuji, kini lampu 'power' sama terang dengan lampu 'charging' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tested - ok

Percaya atau tidak, masalah butang yang tidak berfungsi juga selesai setelah dengan menukar bateri sahaja. Radio tersebut berjaya diselamatkan dan telah saya naiktaraf dengan bateri yang boleh menyimpan lebih banyak cas. Cas bateri yang lebih banyak juga bermaksud ianya boleh digunakan lebih lama sebelum perlu dicas semula.


Selamat mencuba...

Tuesday, 16 February 2021

Sansui T-80 tuner

Radio sansui model T-80 ini saya beli dari kedai terpakai kira-kira lebih 10 tahun yang lepas.

Sansui T-80

Saya tidak ingat berapa harganya ketika dibeli namun yang pasti indikatornya tidak berfungsi dengan sempurna dan hanya sebahagian sahaja yang menyala seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

indikator rosak...

Kebelakangan ini masalahnya semakin kritikal dan kadang-kadang hanya sebelah speaker sahaja berbunyi atau tidak mengeluarkan bunyi langsung.

F-3000 digitally display circuit board

Semalam saya buka radio tersebut untuk cuba baiki namun gagal sebab kerosakkannya IC (integrated circuit) pada module 'F3000 digitally display circuit board' dan tiada lagi keluaran alat ganti di pasaran.

F-3000 digitally display circuit board

Pencarian module tersebut di atas talian juga gagal dan apa yang saya buat ialah pasang kembali tanpa menyambung kesemua wayarnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing...

Setelah siap dipasang kembali dan diuji, radio tersebut boleh berfungsi tanpa module tersebut, cuma tiada indikator lagi seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

FM stereo...

Lampu indikator FM stereo yang dahulunya tidak menyala kini boleh menyala dan tiada masalah kadang-kadang membisu  lagi

Noise canceler

Fungsi module tersebut selain sebagai indikator ialah mampu mengunci siaran secara digital (quartz locked). Ia juga mempunyai fungsi 'noise canceller' ketika siaran tidak jelas.

Digitally quartz locked tuner

Module tersebut merupakan permulaan era radio digital yang kita ada pada hari ini. Indikator moden kini semua menggunakan skrin LCD/LED dan bukannya menggunakan tiub seperti TV CRT serta berwarna hijau seperti dahulu.

Selamat menyambut hari radio sedunia pada Feb 13, 2021.