Tuesday, 29 July 2025

Proper way to connect capacitor on guitar pickups

Hari ini saya kongsikan masalah dari pengalaman sendiri memiliki gitar elektrik terpakai (secondhand).

Ceramic capacitor

Sejak gitar dibeli sehingga baru-baru ini, saya perasan ada banyak suara yang tidak diingini kedengaran dari amplifier sejurus sahaja dihidupkan.

Pickup gitar

Dipendekkan cerita saya buka bahagian yang melibatkan elektronik seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah dengan hajat 'troubleshoot' sendiri sebab malu hantar gitar murah kepada Luthier.

Bahagian bawah pickup gitar

Pendawaiaan yang ada sangat mudah dan pada mulanya tidak menemui sebarang petunjuk namun setelah saya sambungkan kepada amplifier, saya dapati bunyi tidak diingini itu muncul bila saya sentuh 'ground' dengan jari. 

Kapasitor untuk ubah tone suara...

Saya syak kapasitor dengan label 473J seperti boleh dilihat pada gambar di atas rosak namun multimeter saya mengesahkan ianya elok.

473J = 47nF

Fungsi kapasitor tersebut ialah untuk mengubah nada (tone) yang dihasilkan oleh gitar apabila potentiometer dilaras. 

Kapasitor tanpa polariti...

Umum tahu kapasitor seramik tiada polariti namun jika melibatkan sistem suara (sound system), ianya sangat sensitif dan jika disambung terbalik akan menghasilkan bunyi tidak diingini bila disentuh terutamanya melibatkan 'ground'.

Cara menentukan kutub kapasitor untuk disambung ke 'ground' telah saya tunjukkan pada klip video di atas.

Siap...

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua kapasitor pada gitar saya telah disambung terbalik oleh kilang dan masalah selesai setelah saya betulkan kutub kapasitor masing-masing untuk disambungkan ke 'ground'.

Selamat berDIY...

Saturday, 26 July 2025

Battery Management System (BMS)

Hari ini saya kongsikan satu komponen penting untuk bateri lithium yang banyak digunakan pada lampu solar.

BMS - Battery Management System

Lampu solar pada mulanya menggunakan bateri lithium 18650 namun kini beralih kepada bateri 32650 sebab kemampuannya boleh menyimpan lebih banyak cas.

Bateri 18650 & 32650

Semua bateri lithium pada lampu solar akan dilengkapi dengan 'bateri management system' (BMS) untuk keselamatan serta elak bateri  daripada terlebih cas atau habis digunakan yang akan memendekkan jangka hayat bateri. 

2112 vs DW01A

BMS untuk bateri 18650 & 32650 jika sekali pandang kelihatan serupa namun ianya sebenarnya berbeza terutamanya pada julat voltan pengecasan.

Ianya boleh dibezakan dengan merujuk kepada 'battery protection IC' seperti boleh dilihat pada gambar di atas. 

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas dan di bawah.

Selamat berDIY...

Wednesday, 23 July 2025

Sejuta tontonan channel YouTube

Pada 20/7/2025 lalu saya telah menerima notifikasi seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah menyatakan video pendek (shorts) pada channel YouTube saya telah mencecah sejuta tontonan.

20/7/2025 @ 19:59hrs

Untuk makluman semua, video pendek merujuk kepada video yang tempohnya tidak lebih dari seminit serta video berkedudukan menegak. Video pendek di meta/facebook dipanggil sebagai 'reels'.

21/07/2025

Setelah membuat pemeriksaan pada aplikasi YouTube studio, saya dapati hanya satu sahaja klip video pendek saya yang jumlah tontonannya telah mencecah sejuta setakat ini seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Video pendek tersebut hanya berdurasi 9 saat sahaja dan anda boleh tonton di sini.

Menurut YouTube studio, lokasi yang popular menonton channel saya ialah India seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Sunday, 20 July 2025

Baiki pili PVC

Pili PVC ini telah ada sewaktu saya membeli rumah pada tahun 2005 dan berada di luar rumah untuk mengawal air masuk ke tangki air simpanan.

Pemutarnya hancur sebab telah rapuh...

Bahagian untuk membuka/tutup injap pili telah lama hancur setelah sekian lama berjemur serta berhujan namun tidak saya tukar sebab tidak mahu potong paip PVC.

Beli injap pili sahaja...

Baru-baru ini saya telah menemui alatganti untuk bahagian injap sahaja di kedai MrDIY seperti boleh dilihat pada gambar di atas. 

Buka injap lama...

Selama ini saya ada menemui alatganti serupa namun saiz injap sedikit kecil seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pastikan beli injap yang sama saiz...

Perbezaan ketara pada injap ialah pada bahagian pemutarnya. Saiz untuk bahagian pemutar bentuk T lebih kecil berbanding bentuk '+'.

Sama saiz...

Gambar di bawah ialah pemutar bentuk + yang saya perlukan dengan harganya RM5.30 telah siap diganti.

Siap...

Selamat berDIY... 

Thursday, 17 July 2025

Chibson (Gibson Les paul Custom)

Chibson adalah gelaran untuk gitar berjenama Gibson buatan China.

Gibson Les Paul CUSTOM...

Baru-baru ini saya terjumpa gitar berjenama Gibson murah di Lazada/Shopee/AliExpress dan telah berjaya membeli sebuah di Shopee seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah. 

Bahagian belakang gitar...

Untuk makluman semua, jika ianya gitar tulen buatan USA, harganya mencecah RM30k atau lebih.

Les Paul CUSTOM...

Sekali pandang, ianya serupa dengan gitar asal Gibson termasuk panjang gitar iaitu 24.75 inci seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Panjang - 24.75 inci

Jika diperiksa dengan teliti banyak perbezaan ketara boleh dilihat seperti pada gambar-gambar berikut.

Gambar di atas jelas kelihatan 'nut' tak sama panjang dengan lebar 'neck' gitar serta sambungan pada pinggir gitar yang tidak kemas.

Toggle switch...

Peralatan elektronik yang digunakan semuanya dengan saiz mini serta pendawaian tidak kemas seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah. 

4pcs potentiometer...

Gitar ini juga dilabel 'made in USA' pada belakang 'headstock' berserta dengan nombor siri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Made in USA...

Berat gitar ini serupa dengan gitar tulen iaitu di antara 3.8kg hingga 4.7kg. Bacaan berat yang saya dapat ialah 4.45kg.

2A473J = 43000nf

Gambar-gambar berikut pula ialah kekemasan cat yang jelas kelihatan kurang menyenangkan.

Selain gitar, ianya juga dibekalkan dengan seutas tali penyangkut bahu (guitar straps) dan kabel untuk disambungkan ke amplifier gitar.

Apa komen and dengan kekemasan cat pada gitar ini? Adakah ianya boleh diterima jika anda adalah pembelinya? 

Gitar ini boleh berfungsi dan setiap 'key' juga tepat pada semua fret serta intonasi pada fret 12 juga sama dengan fret 0 atau pada 'nut' namun ianya berdesing (buzzing) pada fret tertentu seperti boleh ditonton pada klip video di bawah 

Setelah puas membelek akhirnya saya menemui punca gitar ini berdesing. 'Fretboard' gitar ini senget dan tidak selari dengan badan gitar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Fretboard senget...

Saya terpaksa pulangkan gitar ini dengan tekan butang 'Return & Refund' pada aplikasi shopee.

RM690.10

Untuk pengetahuan semua, harga gitar ini cuma RM690.10 sahaja.

Andai kata anda adalah pembeli, apa yang anda akan lakukan dengan gitar ini? Mungkinkah anda akan gantungkannya di dinding sebagai perhiasan sahaja?

Renung-renungkan... 

Monday, 14 July 2025

Kompressor aircond kereta on/off berulang-ulang

Masalah kompressor kadang-kadang on/off berterusan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah telah saya perasan sejak ianya diganti sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Ianya hanya berlaku jika saya meningkatkan kelajuan kipas ke maksima (kelajuan 3) sahaja. Memandangkan kelajuan 3 jarang digunakan, saya abaikan sahaja selama ini dengan kekal menggunakan kelajuan 1 & 2 sahaja.

Cuaca baru-baru ini sangat panas dan perlu menggunakan kelajuan 3 terutamanya sewaktu baru masuk kereta setelah dijemur di bawah panas terik namun ianya kekal bermasalah dan jika terus digunakan mungkin boleh menyebabkan kerosakkan lain.

Ada yang pernah melaluinya dan memberitahu saya masalahnya disebabkan 'grounding' dan mencadangkan dengan membuat sambungan pintas ke 'ground' wayar berwarna hitam/puith pada suis kipas.

Saya pernah terfikir untuk mencuba namun hasrat tersebut tidak kesampaian sebab ianya dikira membuat ubahsuai dan merbahaya pada hemat saya.

Dipendekkan cerita saya periksa 'grounding' menggunakan multimeter dan tidak menemui sebarang petunjuk namun berakhir dengan penemuan sambungan pada terminal negatif (-ve) bateri longgar.

Untuk pengetahuan semua, masalah selesai setelah saya ketatkan sambungan terminal bateri sahaja seperti ditunjukkan pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Friday, 11 July 2025

HD-1002 I MYTV digital decoder repair

Decoder ini saya beli bersama dengan dekoder yang pernah saya kongsikan dahulu pada tahun 2019 dan anda boleh rujuk di sini.

ARTPO HD-1003 digital decoder

Dekoder ini asalnya elok namun rosak setelah saya tersilap guna adapter. Adapter yang dibekalkan ialah 5v namun saya tidak periksa dan sambung terus menggunakan adapter 12v pada dekoder yang saya gunakan sekarang.

Setelah penutup dibuka...

Ianya tidak saya baiki ketika itu berikutan sebiji IC yang berlabel A17C terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah tidak ditemui alat gantinya. 

PWM converter panas...

Baru-baru ini saya telah menemui A17C tersebut dalam talian di AliExpress namun menggunakan rujukan XT3410 atau SD8906A.

Keluarkan komponen rosak...

A17C merupakan 'DC step-down converter' dan saya pernah cuba menggantikannya menggunakan A15K namun gagal berfungsi.

A17C
Untuk pengetahuan semua, dekoder ini boleh berfungsi setelah A17C telah saya gantikan dengan yang baru namun indikatornya tidak menyala.

Gantikan komponen baru...

Masalah indikator tidak menyala disebabkan IC yang mengawalnya rosak dan label padanya ialah CSC725 serta tiada alatganti dalam tangan mahupun dijual di pasaran tempatan.

Boleh berfungsi namun indikator tidak menyala...

Sehingga blog ini ditulis, dekoder ini diuji setiap hari selama kira-kira sebulan tanpa masalah walaupun indikatornya tidak menyala.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Saturday, 5 July 2025

THOR 2-in-1 LED driver repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk LED driver jenis 2-dalam-1 seperti ini dan anda boleh rujuk di sini

THOR LED driver

Masalah lampu LED ini juga serupa dengan yang saya kongsikan sebelum ini iaitu lampu bahagian luar menyala namun lampu di bahagian tengah tidak menyala. 

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan pada output LED driver menggunakan multimeter mendapati tiada bekalan elektrik untuk lampu bahagian tengah.

WS3441S8P pecah...

Pandangan mata kasar pada papan litar LED driver mendapati sebiji komponen retak/pecah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan WS3441S8P...

Masalah masih serupa setelah komponen pecah tersebut yang dilabel WS3441D8P telah diganti iaitu masih tiada voltan output untuk lampu tengah.

Gantikan diode ES1J...

Pemeriksaan seterusnya saya menemui diode berlabel ES1J pada bahagian output mengalami litar pintas. Masalah juga masih tidak selesai setelah diode tersebut diganti. 

AP6881B disyaki rosak...

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang komponen lagi yang rosak melainkan sebiji komponen berlabel AP6881B disyaki rosak.

AP6881B

AP6881A berfungsi untuk mengubah bekalan elektrik kepada lampu tengah, lampu tepi atau kedua-duanya sewaktu suis lampu dipetik off/on.

Siap...

Masalah selesai setelah AP6881B telah diganti dan voltan output yang dihasilkan tanpa bebanan (load) ialah 110vdc & 53vdc namun, lampu LED bahagian tengah telah rosak/terbakar seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

LED driver ini berjaya dibaiki dengan menggantikan:-

  1. ES1J
  2. WS3441S8P
  3. AP6881 

Pemeriksaan pada lampu LED bahagian tengah mendapati kesemua LEDnya terbakar dan tidak dapat dibaiki sebab menggunakan 'LED strip' serta tiada alat ganti. 'LED strip' bahagian tengah mengandungi 60 biji LED yang disambung selari (12 set) serta bersiri (5 biji LED).

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...