Masalah kompressor kadang-kadang on/off berterusan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah telah saya perasan sejak ianya diganti sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
Ianya hanya berlaku jika saya meningkatkan kelajuan kipas ke maksima (kelajuan 3) sahaja. Memandangkan kelajuan 3 jarang digunakan, saya abaikan sahaja selama ini dengan kekal menggunakan kelajuan 1 & 2 sahaja.
Cuaca baru-baru ini sangat panas dan perlu menggunakan kelajuan 3 terutamanya sewaktu baru masuk kereta setelah dijemur di bawah panas terik namun ianya kekal bermasalah dan jika terus digunakan mungkin boleh menyebabkan kerosakkan lain.
Ada yang pernah melaluinya dan memberitahu saya masalahnya disebabkan 'grounding' dan mencadangkan dengan membuat sambungan pintas ke 'ground' wayar berwarna hitam/puith pada suis kipas.
Saya pernah terfikir untuk mencuba namun hasrat tersebut tidak kesampaian sebab ianya dikira membuat ubahsuai dan merbahaya pada hemat saya.
Dipendekkan cerita saya periksa 'grounding' menggunakan multimeter dan tidak menemui sebarang petunjuk namun berakhir dengan penemuan sambungan pada terminal negatif (-ve) bateri longgar.
Untuk pengetahuan semua, masalah selesai setelah saya ketatkan sambungan terminal bateri sahaja seperti ditunjukkan pada klip video di bawah.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.