Showing posts with label Tefal. Show all posts
Showing posts with label Tefal. Show all posts

Tuesday, 24 September 2024

Nasi tak masak (Tefal SERIE R22)

Sebelum ini saya pernah dirujuk periuk nasi serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Tefal SERIE R22

Masalah yang dikhabarkan oleh pemilik kepada saya serupa dengan pemilik yang lepas iaitu, boleh memasak namun nasi tak masak.

Model: SERIE R22

Kali ini saya telah mememui punca kenapa pemilik mengadu nasi tak masak dan telah saya terangkan dalam klip video di bawah.

Peralatan elektrik kini sangat canggih serta mempunyai banyak fungsinya. Pastikan anda baca 'user manual' dulu sebelum menggunakannya.

Lampu kuning berkelip-kelip...

Apabila elektrik dibekalkan, skrin memaparkan perkataan SUP seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Jika anda terus tekan 'start', maka nasi yang dimasak tidak akan masak.

Pastikan anda tekan butang 'menu' untuk pilih 'rice' terlebih dahulu sebelum menekan 'start' untuk memasak nasi.

Lampu merah berkelip-kelip...

Periuk nasi ini bukan sekadar untuk memasak nasi sahaja. Pilihan yang ada tercatat padanya ialah:-

  1. Rice
  2. Quick 
  3. Steam 
  4. Congee
  5. Instant noodles 
  6. Porridge 
  7. Brown rice

Nampaknya kerja saya kini bukan sekadar membaiki peralatan elektrik sahaja. Saya juga perlu mengajar pemilik cara-cara menggunakan peralatan elektrik...

Thursday, 4 January 2024

Tefal RK1066 multicooker - E0

Petang semalam saya telah dirujuk sebuah periuk nasi berjenama Tefal, model RK1066 dengan masalah boleh dihidupkan namun gagal memasak.

Tefal multicooker

Ketika saya menguji periuk nasi tersebut, kod E0 seperti boleh dilihat pada gambar di atas terpapar pada skrin dan semua butang tidak berfungsi bila ditekan.

Model: RK1066

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk periuk nasi yang hampir serupa dengan masalah sama dan anda boleh rujuk di sini.

Buka skru serta penutupnya...

Melalui pengalaman lepas, saya syak kerosakkannya sama seperti yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu wayar sensor pada penutup putus.

Salah satu wayar putus...

Gambar di atas ialah lokasi wayar yang putus dan untuk menyambung kembali, penutup bahagian atas perlu dibuka.

2 biji skru pada penutup...

Dua biji skru pada bahagian dalam penutup seperti telah saya tandakan pada gambar di atas perlu dibuka dulu sebelum membuka penutup atasnya.

Wayar yang putus...

Setelah penutup telah dibuka, sambungkan kembali wayar yang telah putus. Saya pateri sambungan menggunakan timah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung wayar yang putus...

Bahagian yang telah disambung harus dibalut untuk mengelak kebocoran elektrik yang mungkin boleh membahayakan pengguna.

Balut bahagian yang telah disambung...

Periuk nasi ini berjaya diselamatkan dengan hanya menyambungkan sehelai wayar yang putus sahaja.

Siap...

Tiada lagi kod E0 muncul pada skrin setelah dibaiki dan semua butang kembali berfungsi apabila ditekan.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Thursday, 30 November 2023

Tefal SERIE R22 rice cooker

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah periuk nasi berjenama Tefal, model R22 dengan teknologi AI (artificial intelligence) tertera pada label.

Jenama: Tefal

Menurut pemilik, ianya boleh dihidupkan namun gagal memasak dan nasi yang ditanak tak masak.

Model: SERIE R22

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya terpaksa masak nasi menggunakannya dan untuk pengetahuan semua, tiada masalah seperti yang dikhabarkan oleh pemilik 

Nasi yang saya tanak menggunakan periuk nasi ini masak dan telah diuji sebanyak 5 kali tanpa masalah.

AI (Artificial intelligence)

Jadi, tiada kerosakkan ditemui dan ianya saya kembalikannya kepada pemilik tanpa dibuka untuk dibaiki.

Sewaktu memasak nasi menggunakan periuk nasi ini, saya dapati ianya memerlukan masa yang lebih lama berbanding periuk nasi konvensional yang saya guna di rumah.

Sewaktu proses memasak, bunyi geganti (relay) kedengaran dari masa ke semasa. Jumlah masa diperlukan untuk memasak ialah 45 minit (30 minit memasak + 15 minit) sebelum lampu merah (start/Reheat) bertukar ke hijau (keep warm) yang memberitau kita proses memasak telah selesai.

Nasi dah masak...  

Jika saya menggunakan periuk nasi konvensional di rumah saya, nasi boleh masak dalam kira-kira 20 minit sahaja.

Perbezaan periuk ini dengan periuk konvensional ialah ianya memasak dengan suhu yang lebih rendah berbanding konvensional dan dikawal oleh geganti. Mungkin itu lah teknologi AI yang diiklankan pada periuk nasi ini...