Showing posts with label Impulse sealer. Show all posts
Showing posts with label Impulse sealer. Show all posts

Sunday, 8 October 2023

PFS-300 impulse sealer repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk 'impulse sealer' seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

PFS-300 impulse sealer

Menurut pemilik, masalahnya ialah ianya boleh dihidupkan, boleh berfungsi namun terlalu panas sehingga plastik putus sewaktu menggunakannya untuk membungkus barangan.

Model: PFS-300

Sewaktu saya mengujinya, elemen pemanas menjadi merah menyala dan lampu indikator tidak padam walaupun pelaras masa/suhu pada kedudukan minima.

Pelaras masa/suhu...

Saya mengesyaki potentiometer (pelaras suhu/masa) rosak yang mengakibatkan suhu/masa gagal dikawal.

Buka bahagian pelaras masa/suhu...

Gambar di atas dan di bawah adalah keadaan bahagian pelaras telah saya buka dan tiada komponen pada papan yang rosak ditemui.

PCB...

Seterusnya saya buka papan litar untuk membuat pemeriksaan pada potentiometer (pelaras).

Potentiometer rosak...

Potentiometer disahkan rosak dan ratingnya ialah 220kΩ seperti boleh dilihat pada labelnya (B220k).

Gantikan potentiometer baru...

Masalah selesai dan ianya berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan potentiometer sahaja. Nombor rujukan jenis potentiometer yang digunakan ialah WH148.

B220K = 220kΩ

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah potentiometer telah saya gantikan dengan yang baru.

Selamat berDIY...

Friday, 2 April 2021

PFS-300 impulse sealer repair

'Impulse sealer' ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Elemen pemanas putus...

Kali ini dia kembali dengan masalah elemen pemanas putus dan tidak cukup panjang jika disambung kembali.

Gantikan elemen pemanas yang baru...

Saya gantikan elemen pemanas dengan yang baharu dan harganya cuma RM6.99 sahaja. Elemen pemanas yang baru juga dilengkapi dengan sekeping 'teflon tape strips' yang tahan panas dan juga telah saya tukar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tutup elemen pemanas dengan 'teflon tape strips'...

Rintangan elemen pemanas yang yang digunakan ialah 1.7Ω dan setelah siap ditukar serta diuji, ianya masih boleh berfungsi semula seperti biasa.

rintangan elemen pemanas - 1.7Ω

Elemen pemanas merupakan komponen 'wear and tear' dan harus ditukar apabila telah rosak serta putus.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 7 January 2021

PFS-300 impulse sealer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk sebuah 'impulse sealer' model: PFC-300 dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

PFS-30 impulse sealer

Kegunaan 'impulse sealer' ini ialah untuk pembungkusan barangan plastik dengan memanaskan bahagian yang perlu ditutup/dilekat bersama.

Model: PFS-300

Seperti biasa, benda pertama yang saya periksa ialah buka plug 3-pin untuk memeriksa fius serta penyambungannya.

Ketika plug 3-pin dibuka, wayar biru (neutral) tanggal namun fiusnya masih elok. Setelah wayar neutral saya sambung kembali dan diuji, 'impulse sealer' ini masih juga tidak berfungsi.

Seterusnya saya periksa elemen pemanas seperti yang telah saya label pada gambar pertama di atas dan ianya juga masih elok.

Gambar di atas menunjukkan komponen yang ada di dalamnya setelah penutup bawahnya saya buka untuk membuat pemeriksaan.

Pemeriksaan menyeluruh mendapati sebiji suis lari dari kedudukan asalnya dan tidak dihidupkan apabila lengan atasnya ditekan seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Gambar seterusnya menunjukkan suisnya telah saya laraskan ke kedudukan asal namun apabila lengan atasnya ditelan, ianya tidak menyentuh untuk menghidupkan suis tersebut.

Saya bengkokkan sedikit besi yang seharusnya menyentuh suis sehingga bunyi 'tik' kedengaran apabila lengan atasnya ditekan.

'Impulse sealer' ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan tanpa menukar sebarang komponen.

Selamat mencuba...