Showing posts with label FABER. Show all posts
Showing posts with label FABER. Show all posts

Monday, 25 August 2025

FABER FTP fantasia 505 electric thermo pot repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk 'thermo pot' untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini serta sini.

FABER electric thermo pot

Thermo pot kali ini berjenama FABER, model FTP fantasia 505 dengan masalah air tidak keluar bila butang 'dispense' ditekan.

Model: FTP fanyasia 505

Pemeriksaan awal pada papan litar serta pam pada bahagian bawah elok dan tiada kerosakkan ditemui.

Setelah penutup bawah dibuka...

Seterusnya saya buka pula bahagian atas dan mendapati ada kesan berkarat akibat dimasuki air pada papan litar.

PCB bahagian atas...

Saya menemui salah satu 'tact switch' rosak seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah masih juga tidak selesai setelah suis diganti dan masih tidak mengeluarkan air bila suis ditekan. 

Gantikan suis baru...

Pemeriksaan seterusnya pada bahagian bawah PCB pula juga menemui kesan hakisan akibatnya dimasuki air dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Papan litar terhakis...

Setelah kesan hakisan dibersihkan, saya menemui satu litarnya telah putus dan kedudukannya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Setelah dibersihkan, satu litar putus...

Masalah selesai setelah litar yang putus telah saya sambungkan dengan pateri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambungkan litar yang putus...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY...

Saturday, 23 November 2024

FABER FCC Fornello 2000 electric cooktop

Hari ini saya dirujuk 2 buah 'electric cooktop' berjenama FABER dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

FABER electric cooktop

Sekali pandang ianya 'induction cooker' namun labelnya tercatat 'electric cooktop' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Model: FCC Fornello 2000

Setelah dibuka, ternyata ianya bukan 'induction cooker'. Ia adalah dapur elektrik yang menggunakan elemen pemanas atau ada yang dilabel 'stove' atau 'hob' dan telah banyak saya baiki sebelum ini.

Setelah dibuka...

Perbezaannya dengan stove/hob yang pernah saya kongsikan dahulu ialah suisnya yang mengawal secara digital menggunakan papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Papan litar...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar menemui sebiji voltage regulator 78L05 rosak dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Voltage regulator 78L05 rosak...

Kedua-dua dapur elektrik ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan sebiji voltage regulator 78L05 sahaja.

Gantikan voltage regulator 78L05

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah siap dibaiki.

Selamat berDIY...

Monday, 24 January 2022

FABER FTF CLASSICO 120 BB table fan repair

Semalam saya dirujuk sebuah kipas angin berjenama FABER, model FTF classico 120 BB dengan masalah seluruh rumah bergelap apabila suis dihidupkan.

FABER FTF classico 120 BB table fan

Pemeriksaan awal pada 'plug top' mendapati ada litar pintas pada terminal wayar bumi (E) dan wayar neutral (N).

Model: FTF classico 120 BB

Seterusnya saya menemui kabel pada bahagian belakang kipas kelihatan terbakar serta lebur dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kabel belakang kipas lebur/hangus

Kabel yang rosak saya potong dan perlu membuka penutup bahagian belakang kipas untuk membuat pendawaiaan semula.

Potong bahagian kabel rosak...

Masalah litar pintas pada terminal wayar bumi (E) dan neutral (N) tiada lagi setelah bahagian kabel yang rosak saya potong dan membuat pendawaiaan semula.

Buka penutup belakang & sambung kabel...

Walaupun litar pintas sedikit sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah jika diukur menggunakan multimeter, ianya sudah memadai untuk mengakibatkan bekalan elektrik di rumah kita putus.

Litar pintas pada wayar neutral dan wayar bumi...

Jika anda ada masalah bekalan elektrik terputus ketika menghidupkan peralatan elektrik, tugas anda ialah mencari punca litar pintas tersebut. Masalah hanya akan selesai setelah litar pintas ditemui dan dibetulkan.

Selamat mencuba...

Monday, 4 October 2021

FABER FORNO28 electric oven repair

Semalam saya dirujuk sebuah oven berjenama FABER, model: FORNO28 dengan masalah timer tidak berfungsi.

FABER FORNO28

Pemilik memberitahu saya timer 'tak jalan' dan mengakibatkan makanan yang dipanggangnya rentung sebab tak padam-padam tanpa disedari.

Model: FORNO28

Apabila saya mengujinya, saya dapati timer tidak berdetik setelah dilaras dan tombol pelaras juga tidak bergerak kembali ke kedudukan '0'.

Timer

Setelah timer tersebut saya buka dan periksa, saya dapati suis loceng terkena sebiji gear seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Suis loceng terkena gear...

Apa yang saya lakukan ialah saya bengkokkan sedikit suis timer supaya tidak terkena gear seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bengkokkan sedikit keluar...

Klip video di bawah menunjukkan timer kembali berfungsi setelah suisnya telah saya selengara.

Masalah timer tidak berfungsi di atas selesai dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula. Jika timer gagal diselengara, ianya harus digantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

Saturday, 18 September 2021

FABER FVC Cyclonic Power 617 vacuum cleaner repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah alat penyedut hampagas berjenama FABER, model: FVC Cyclonic Power 617 dengan masalah suis kadang-kadang tidak berfungsi apabila ditekan.

FABER FVC Cyclonic Power 617

Bahagian luaran penyedut hampagas ini kelihatan nampak baru dan pemilik memberitahu saya ianya gagal berfungsi sahaja.

Model: FVC Cyclonic Power 617

Ketika saya mengujinya, saya dapati kadang-kadang suisnya gagal berfungsi apabila ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Saya juga dapati kelajuan motor atau kekuatan menyedut juga tidak berubah apabila butang dilaras ketika berjaya dihidupkan.

Setelah penutup atas dibuka...

Dari ujian di atas, saya yakin masalahnya hanya pada butang suis sahaja dan gambar di atas menunjukkan lokasi suisnya setelah penutup dibuka.

Suis masih elok...

Apabila suis dibuka serta diperiksa, ianya masih elok namun pin bahagian tengah pada butang pelaras telah patah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Butang suis patah...

Masalah yang saya hadapi ialah gagal menemui alat ganti dan cuba gam bahagian yang telah patah dengan menggunakan 'epoxy glue' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Selain gam bahagian yang patah, saya juga lumurkan bahagian tepinya supaya lebih kuat serta tahan.

Gam guna 'epoxy glue'...

Setelah dibiarkan 'epoxy glue' kering semalaman dan dipasang kembali serta diuji, ianya telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Tuesday, 20 April 2021

FABER FBO 56 SS oven repair

Oven berjenama FABER, model: FBO 56 SS ini saya baiki bersama dengan kipas angin yang telah dikongsikan semalam di sini.

Jenama: FABER

Masalah oven ini ialah gagal berfungsi walaupun telah dibekalkan arus elektrik dan kedua-dua lampu indikator berwarna merah dan oren juga tidak menyala apabila thermostat dilaras.

Model: FBO 56 SS

Menurut pemilik, oven ini telah lama rosak namun tidak dibaiki sebab tidak menemui jurutenik yang boleh membaikinya.

Setelah penutup atas dibuka...

Memandangkan ianya agak besar, saya dipanggil ke lokasi dan pemeriksaan awal pada plug 3-pin, fiusnya masih elok.

Thermal switch rosak...

Setelah dibuka penutupnya, pemeriksaan awal pada elemen pemanas juga masih elok namun sebiji 'thermal switch' ditemui putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pintasan yang saya buat untuk kegunaan sementara...

Saya buat sambungan pintasan (wayar berwarna hijau) seperti boleh dilihat pada gambar di atas untuk kegunaan sementara sehingga 'thermal switch' yang baharu diperolehi atas sebab tiada kedai elektronik dibuka pada hari minggu.

16A, 65°C

Gambar di atas menunjukkan 'thermal switch' telah saya gantikan semalam dengan yang baharu dan 'rating thermal switch' tersebut ialah 16A, 65°C.

Testing...

Oven tersebut telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula dengan hanya menukarkan 'thermal switch' sahaja seperti di atas.

Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 10 September 2020

FABER FCK123SS jug kettle repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki sebuah cerek elektrik berjenama FABER, Model: FCK1223SS dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Jenama: FABER

Seperti biasa, saya akan periksa fius serta pendawaiaan pada plug 3-pin terlebih dahulu dan ianya masih elok.

Model: FCK123SS

Seterusnya saya buka penutup bahagian bawahnya dan jelas kelihatan wayar yang disambung kepada salah satu terminal elemen pemanas lebur dan putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

wayar penyambung lebur...

Ini merupakan kali pertama saya dirujuk cerek elektrik dengan masalah sedemikian dan apabila diperiksa, bahagian wayar yang lebur itu rapuh dan sebahagiannya berkeadaan sangat lembut.

klip penyambung juga lebur...

Ini adalah disebabkan wayar yang digunakan terlalu halus dan bahagian yang berdekatan dengan elemen pemanas amat panas ketika digunakan. Proses panas dan sejuk yang berulang-ulang berakhir dengan kerosakkan wayar.

elemen pemanas masih elok - 27Ω

Jika kita lihat label pada cerek elektrik tersebut, kuasanya (power) ialah 2000w dan rintangan pada elemen pemanas pula ialah 27Ω bila saya ukur dengan multimeter.

Kita boleh mengira arus elektrik yang mengalir kepada cerek elektrik tersebut dengan menggunakan formula P=IV.

2000 = I(240)

I = 2000/240 = 8.33A

Gantikan wayar & klip penyambung baru...

Mari kita kira pula arus elektrik yang mengalir melalui wayar tersebut ketika digunakan menggunakan formula hukum ohm (ohm's law) iaitu V=IR.

240 = I(27)

I = 240/27 = 8.89A

Pastikan wayar yang digunakan untuk disambung kepada elemen pemanas mampu menanggung kira-kira 9A seperti dua kiraan di atas.

Pemeriksaan terakhir sebelum diuji...

Masalah telah ditemui dan saya cuma perlu gantikan wayar yang lebur di atas dengan wayar yang sesuai iaitu boleh menampung 9A atau lebih arus elektrik.

Tested -ok

Selamat mencuba...