Kebanyakan pengeluar telefon pintar kini tidak lagi membekalkan pengecas untuk telefon model baru mereka.
![]() |
| Jenama: ESSAGER |
Ramai pula yang tidak lagi membawa pengecas kerana bateri telefon kini mampu bertahan seharian dan ada pula yang membeli pengecas OEM khas untuk kegunaan di pejabat.
![]() |
| Model: ES-CD43 |
Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk pengecas OEM yang berjaya diselamatkan namun gagal dibaiki.
![]() |
| Setelah dibuka... |
Jenama pengecas ini ialah ESSAGER, model ES-CD43 dengan masalah gagal mengecas serta bahagian penyambung type-C sedikit lebur.
![]() |
| Bahagian belakang PCB... |
Setelah dibuka serta diperiksa, pengecas gagal berfungsi sebab sebiji IC bahagian output mengalami litar pintas.
![]() |
| Litar pintas pada bahagian output type C |
Gambar di bawah ialah keadaan IC tersebut dan kelihatannya ada cecair bocor menutupi label bahagian permukaan atas.
![]() |
| Kesan terbakar... |
Setelah dibersihkan, label IC tersebut ialah LX1706 namun tiada data ditemui menerusi carian atas talian.
![]() |
| LX1706 |
Masalah yang sering dialami oleh kami ialah tiada alat ganti, mungkin ianya produk baru atau memang sengaja tidak disebar kepada pengetahuan umum.
![]() |
| Buka komponen rosak... |
Setelah IC tersebut saya tanggalkan, pengecas kini boleh berfungsi hanya pada terminal Type-A sahaja.
Litar pintas berlaku menyebabkan panas melampau pada IC berlabel LX1706. Saya yakin ianya sebiji diod berfrekuensi tinggi namun tidak di diketahui ratingnya.
Jadi, ianya gagal dibaiki sepenuhnya berikutan tiada alat ganti serta tidak diketahui identitinya.
Saya tidak bersetuju pengeluar telefon bimbit tidak membekalkan pengecas sebab pengecas OEM tidak memenuhi standard serta rating yang diperlukan untuk telefon masing-masing. Jadi, boikot pengeluar telefon yang tidak membekalkan pengecas kepada telefon mereka.
Jika pengecas rosak, pilihan pertama ialah baiki namun jika gagal dibaiki, pilihan kedua ialah beli pengecas tulen. Jika terpaksa membeli pengecas OEM, pastikan ratingnya sama.
Cabaran sekarang ialah banyak produk tiruan di pasaran yang ramai tidak tahu termasuk penjual.
Renung-renungkan...








No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.